our sponsor

Followers

Wednesday, January 20, 2016

Punca Fasha - Jejai bercerai...

@MerrilyReen: "Kesian gak. But then suara Fasha annoying and dia pernah jeling aku and tarik tangan laki dia bila lalu sebelah. Bukan hensem pun Jejai tu."

Wait a sec, Fasha was threaten by you??? Ini ke punca penceraian diorang sebenarnya??

Friday, January 15, 2016

Estranged dan Fazura lancar EP Sepenuhnya Vol.1

Petang tadi di Laundry Bar, The Curve, band Estranged telah mengadakan pelancaran album EP Sepenuhnya Vol.1 bersama rakan-rakan media. Turut hadir ialah pelakon Fazura yang turut berduet melalui trek single "Hancur Aku".

Tracklist penuh EP Sepenuhnya Vol.1:
1. Bangkit
2. Hancur Aku
3. Inginkan Kau
4. Maaf
5. SyD

Tonton video "Hancur Aku": https://t.co/CGRBr9vFOL

Perdengarkan trek "Inginkan Kau": https://t.co/OMBBTKTjVO

EP Sepenuhnya Vol.1 kini di pasaran edaran Universal Music. Pesanan secara talian di laman Rakuten dengan penghantaran percuma: https://t.co/2IGdVpMIgz

Wednesday, January 13, 2016

Siapakah RASHID? Kenapa dia viral dan bijak?

ini abang saya. nama dia abdul rashid. dia tiada akaun facebook. dia tiada aplikasi wassapp. dia tiada hutang kad kredit. dia tiada boss untuk diarah. dia tidak perlu keluar rumah untuk cari duit. sejak dari kecil lagi saya tahu dia orang yang bijak.

Bill, Rashid, Rashidah yang VIRAL! Siapakah mereka?

Bill, Rashid dan sekarang Rashidah.Ini bukti kita hidup dalam zaman semua orang mudah sangat teruja dengan benda-benda bangang. Ni hal tetak dah habis ke belum?

Sunday, January 10, 2016

Datuk Vida Qu Puteh buat filem ‘Cikgu Online’ dengan Ghaz Abu Bakar, konfiden akan tewaskan ‘Polis Evo’ !

Ghaz Abu Bakar: "Bila Dato Vida panggil mengadap agak2 kenapa ye? Tungguuuuu! @datoserivida Tq Dato for your time!" ‪#‎quputeh‬ at Concorde Hotel Shah Alam.

Jangan jadi macam filem Dr. Rozmey, 2 Alam yang pecah punggung 40 juta dah lah.

Saturday, January 9, 2016

Restoran Fizo Mawar dihentam kaw-kaw oleh pelanggan!!! : MAHAL, MAKANAN BIASA SAJA, SERVIS LAMBAT

RM16.80 is the price i paid for drinks and food and time wasted 32min (just to be clear to everyone).

I will not recommend anyone going to this FizoMawar restaurant. Actually baru balik dari tempat tu sebab baru habis luangkan masa dengan kawan-kawan JomWeb di Bangi.

Since saya datang sana seorang diri, waiter kata kalau makan sorang, saya tak boleh duduk di bahagian aircond. Dia tunjukkan kawasan yang tidak beraircond. Lepas tu bila saya 'stare' pada dia and tunjukkan pada dia ada meja kosong di bahagian aircond, dia beralah dan benarkan saya untuk duduk di situ.

Bila saya place order untuk minuman, mereka ambil masa 29 minit untuk sampaikan minuman pada saya. Restoran Murni rasanya lagi pantas serve air walaupun dengan volume pelanggan yang berlipat kali ganda daripada restoran FizoMawar ni.Makanan pulak sampai dalam tempoh 32 minit, taste pun so so saja. Menu tersebut adalah antara menu utama. Bila tengok rupa makanannya, rasanya boleh diserve kan dengan lebih cepat lagi sebab cuma nasi putih, ayam goreng rempah taruk bijan, kuah gulai dan sambal. Nothing kompleks (saya pun memasak juga di rumah). Waiter di Nasi Kukus My Mama pun boleh serve lagi pantas.Fizo Omar ini kalau ikutkan media ialah seorang pelakon yang menceburi bidang 'motivasi' dan jadi penceramah tentang keusahawanan. Katanya pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan ni meluas dan dah ramai orang yang datang dan mendengar ceramahnya. Tapi untuk bisnes F&B, saya rasa Fizo Omar ni perlu lebih banyak belajar, tutup mulut, buka telinga, buka hati dan buka minda kalau nak berjaya dalam bisnes F&B. Ikut nasihatnya sendiri untuk berjaya. Takyah nak sindir perli pelanggan anda.

Untuk menu harga RM16.80, your food biasa-biasa saja dan service pun biasa-biasa saja. Hype saja lebih. Anda semua boleh belanjakan RM16.80 di restoran yang menghidangkan makanan lebih enak dan servis lebih pantas.

Rungutan oleh Farid Nor

Sunday, January 3, 2016

Daftar sebagai ahli Big Bad Wolf Pack dan MENANG IPHONE 6s PLUS!!!

Dengan mendaftar untuk keahlian Big Bad Wolf Pack (daftar adalah PERCUMA), anda berpeluang MEMENANGI IPHONE 6s PLUS!!!

Jawab satu soalan mudah dan rebut peluang untuk memenangi iPhone 6s plus!

Pesta Buku Big Bad Wolf telah bermula pada tahun?
A. 2009
B. 2010
C. 2011

Kemudian isi butiran anda di sini: http://www.bigbadwolfbooks.com/register/

FBI siasat kemungkinan kaitan filem The Wolf of Wall Street dengan 1MDB

Kuala Lumpur: Badan penguasa Amerika yang ternama, Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sedang menumpukan perhatian terhadap filem The Wolf of Wall Street seperti yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Filem yang dibintangi Leonardo DiCaprio, The Wolf of Wall Street adalah filem tahun 2013 yang mengisahkan kisah benar Jordan Belfort, seorang broker saham New York yang terlibat dalam rasuah dan penipuan di Wall Street. Filem ini telah mendapat sambutan hangat dari pengkritik dan juga telah dicalonkan sebanyak lima kali di Anugerah Akademi ke-86.

Penuh dengan kata-kata kesat dan perincian yang mewah (termasuk penggunaan haiwan seperti simpanse dan singa di set), filem ini telah menghabiskan belanja lebih daripada US$100 juta (RM430,295,00) untuk penghasilannya.

Dana untuk filem ini disediakan oleh Red Granite Pictures, sebuah syarikat produksi yang disertai oleh anak tiri Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz. FBI kini sedang menyiasat kaitan antara filem tersebut, kewangan peribadi Najib, dan dana 1MDB yang banyak diperkatakan dan kontroversial.

Menurut WSJ, kredit filem tersebut memasukkan Jho Low dalam bahagian “terima kasih khas”, dan juga mendedahkan bahawa Jho Low dan Riza telah berhubung semasa kedua-duanya belajar di London.

Red Granite Pictures memberitahu WSJ bahawa baik Riza mahupun syarikat tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti perniagaan yang “tidak wajar”. Sejak The Wolf of Wall Street, syarikat itu telah menghasilkan Horns (2014), Dumb and Dumber To (2014), dan Daddy’s Home (2015).

Sumber: DAILYSENI
Related Posts with Thumbnails