our sponsor

Followers

Saturday, October 5, 2013

Gambar eksklusif sekitar perkahwinan pelakon Fouziah Ghous dan pasangan, Zhafran


Ya, sungguh eksklusif. Beautifulnara, Rotikaya hatta Dauzpoznen pun takde gambar seeksklusif ini. Saya pinjam dari kakak saya sebab dia pergi kenduri. Dapat jemputan. Bukan main datang tak berjemput wartawan Melodi kan? Sungguh eksklusif.

Thursday, August 22, 2013

{Gambar} Uqasha Senrose Diraba


Ini gambar Uqasha Senrose.


Ini pula diraba...

You see, UQASHA SENROSE + DIRABA = UQASHA SENROSE DIRABA

Wednesday, August 21, 2013

Ulasan Konsert Metallica di Kuala Lumpur, Malaysia - 21 Ogos 2013


Ahh,... sudah lama abang Ohbloglagi tak mengupdate blog. busy lah katakan. abang bukanlah blogger sepenuh masa. page selalu dicerca dihina, tak ada yg sudi memasuki. bagaimanapun abang sempat menonton konsert band Metallica yang merupakan antara otai thrash metal, one of the big 4 of thrash selain Megadeth, Slayer dan Anthrax (abang pasti blogger jalan-jalan cari makan yang lain yang setakat popular saja tak mengetahui fakta ini.)

(lagipun Blogserius tak buat report konsert Metallica, keh keh keh...)

Awal2 lagi abang dah beli tiket harga enam rat,,,,, temnpat paling depan sebelah speaker lagi (abang ketika ini mengalami sikit pekak2 kerana kurang mendengar). radio2 swasta semua start main lagu Metallica tapi takat lagu Enter Sandman dgn Nothing Else Matters je watpe???? Koman2 pun main la Creeping Death kan? takut radio kena ban pasal lirik banyak DIE! DIE! DIE! ke? alah, lagu2 clubbing dan pop lembik dan tonggek yang lirik yang mencarut2 tu pun rilek je diorang pasang pagi2. 

Bagi abang the ultimate album Metallica ialah Ride The Lightning dan Master of Puppets. album Kill Em All masih lagi tahap kapak lagi, masih belum bercambah penuh la katakan. masih mencari arah walaupun ramai mat rock kampung yg bersiulkan lirik "SEARCHINGGGGG!!!!! SEEK AND DESTROY!!" Album AJFA (...And Justice For All bagi yang noob) pula bagai mensabotaj sound bass Jason Newkid (sekali lagi, Jason Newsted bagi yang noob) sebab kedua-dua Jaymesss Hetfield dan Lars Ulrich masih meratapi kematian pemain bass asal mereka Master Kliff Bvrton yang terkorban dalam kemalangan bas yang meragut nyawanya... Walaupun AJFA album yang amat prog bagi standard Metallica, tapi amat sayanglah sebab sound bass tak berapa dengar (walaupun ada lagu-lagu macam Shortest Straw, To Live is To Die, Harvester of Sorrow, One, Blackened... betul semua info Metallica ni dalam kepala abang je, takyah google macam blogger jalan-jalan cari makan yang lain yang suka menempek kat barricade paling depan nak ambik gambar Metallica, reporting sikit hapah pun takde, saja poyo nak tunjuk gambar banyak2 konon dia lah yg tengok Metallica padahal tiket sponsor, abang beli tiket okayyyyy). 


Selepas mendapat tiket, abang ke venue konsert iaitu stadium Merdeka pada waktu petang yang mana dah ramai orang dok beratur. Harap mereka sempat jugalah menyempurnakan kewajipan mereka. thrash, thrash juga. Ramai di kalangan mereka yang dah pun berkeluarga. ada yang siap bawak anak bini. ye lah, band ni pun dah umur 30 tahun dah penubuhannya. James tu entah pancit ke tidak menyanyi skang ni. mana la nak jerit metal cam dulu dah. macam dongdang sayang je layaknya (Dave Mustaine jugak yang maintain macam zaman muda. abang ni lagi minat Megadeth, lagipun Mustaine dulu2 banyak tulis lagu Metallica, tapi sayang la diorang tak pernah datang Malaysia). Abang mencari juga kelibat Angkatan Pemuda PAS ke kalau2 ada yang membuat bantahan, ataupun kain rentang dari kumpulan ABC band yang baru2 ini mencari publisiti murahan tulis surat kat Khairy Jamaluddin bantah konsert Metallica, padahal sentap tak dapat jadi opening, Jadi slot opening diberikan kepada Cromok. Selepas melepaskan lapar dan dahaga dengan bebola ikan cucuk kat lidi dengan air sirap, abang pun mula memasuki venue yang dah dibuka dalam sejam lebih sebelum bermulanya konsert pada pukul 8 malam.


Wah, lihatlah permandangan dari dalam stadium. Indah permai bukan??? Tak sabar nak menantikan kelibat gitar Flying V Jaymesssss. kalaulah master Kliff ada lagi, sob sob sob....

Memandangkan abang dah banyak kali tengok Cromok dan penat, jadi abang luangkan masa makan kacang putih dulu, lepak2... sehinggalah terdengar alunan muzik latar dari Ennio Morricone iaitu lagu The Ecstasy of Gold dari filem kegemaran abang iaitu The Good, the Bad and the Ugly (blogger jalan2 cari makan takkan tau , bukan lagu, filem pun tak tau. taraf diorang tu layan Adnan Sempit je, sampai kepala pun naik sempit). 

Hit the Lights!!!! Yeah, konsert Metallica dah start dah!!!! Time ni crowd memang gile2 lah. yang beli tiket murah duduk belakang sekali takkan dapat rasa punya. abang duduk depan sekali sebelah sepaker nampak jelas Kirk Hammet dengan Jaymesssss. Mantop lagi beb! Walaupun lagu dari album Kill Em All ni kelakar juga kalau dibawa sekarang sebab kapak sangat!! Teringat abang kat kampung masa layan album Metallica kat pondok , pakat kaset dengan speaker cak ayam DIY. ye lah, dulu mana ada Mp3 dan Ipod semua. 

Master of Puppets !!! MASTER! MASTER!! Berjujuk umat yang melaungkan mantra ini. Awek sebelah abang (rasanya kena paksa ikut boifren dia) mesti tak paham, apa benda yang kami "MASTA! MASTA!"kan . lagu kutuk Mastika ke sebab asyik bahan Black Metal? rasa2 lepas abis konsert ni masuk Mastika tak? konfem...


tetiba stadium ni sound dia best sikit dari biasa. set pentas pun cantik sikit. mesti banyak promoter nak kena bayar nak bagi standard konsert ni macam internasional. ye la, promoter ni kadang2 nama je ambik artis internasional tapi tak pandai buat konsert, tau buat duit je. tapi malam itu membuktikan Metallica ialah salah saktu aksi internasional yang tak rugi ditonton secara live walaupun tiket mahal macam bedil. dan ini BAND METAL BEB!! (lupakan sekejap soal mereka band mainstream. mainstream2 pun radio bukan nak pasang lagu diorang. lagu Stacy yang macam nak tertonggek tu selalu la pasang). 

gimmefuegimmefivegimmedabajadabadaza! YA ITULAH LAGU FUEL! rasa-rasanya ini satu je lagu dari album Reload yang sesuai di mainkan live. takde satu pun lagu dari album Load yang dihentam teruk kerana Metallica dah jadi alternatif pop metal. lagu2 dari album St Anger???? hahahaha, jangan buat wa gelak bro!!!! 

Kemudian masuk pula lagu Harvester of Sorrow yang buat abang teringat masa diorang masa buat show kat Russia, dengan askar penuh kat padang macam siap nak perang, nak bedil dgn kereta kebal kalau mamat metal ni pergi kokak stage. nak metal2 pun  biarlah beradab kan? we are better than Justin Bieber atau lady Gaga fans yang menggelupor dan bimbo tak tentu pasal, kan??? time Harvester ni nak kena ada Newkid jugak kot. Yg orang kata macma tak dengar sound bass dia dalam AJFA. Yes, abang merindu juga kelibat Newkid walaupun ada mamat yang tak suka sebab dia kata "Newkid main bass pakai pick apa kelass????? tengok Kliff, main plucking!!" Lepas tu adalah satu lagu dari album Death MagneticCyanide. Modal kesian buat Rob Truj-susah-nak-ejo. ye la. dia masukMetallica, takkan takde lagu yang dia pernah rekod untuk dimainkan?? apa nama bandmate kan (lu rilek Rob, lua dah kaya dapat juta2, apa kisah. ramai lagi yang teringin sangat nak tempat lu ni.)



Iniilah Rob Trujsusahnakejo tu hahahaha


"KUALA LUMPAR!!!!!!" Begitulah jeritan kesawanan Jaymessss Hetfield yang kesawanan melihat stadium penuh dengan lautan manusia berpakaian serba hitam. Lars Ulrich tersenyum penuh makna di sebalik drumkit kerana khabarnya tiket2 sold out. Mana taknya. 30 ribu yang datang malam tu, memang pack gila la stadium. nak raba awek pun mudah saja. (jahatnya abang. abang tau ex-awek pun ada dalam celahan mat-mat rock kampung yang datang tu kat zon2 belakang. mesti dah kena ratah, kena kekah ramai2. padan muka dia). Solo Kirk Hammett masih mantap siot.


Time diorang bawak lagu Sanitarium, wah sebijik macam XPDC time Ali Terra Rosa tu. 2 kali abang dah sebut Sanitarium ari ni kat twitter. Orang KJ mesti ingat abang nak gi tandas.. hahaha.  adalah yang mencilok masuk iphong dan rekod video. abang harap ada lah yang terekod video malam ni HD, letak kat Youtube, lepas tu Lars Ulrich cari sorang2... hahaha. siap ko Lars, akan ku download juga filem Through The Never ko tu kat torrent. Korang tak nak komen pasal Lars Ulrich ke? Please lah komen. Dok sebelah speaker ni, sebu je bunyi dram dia. Rasa macam nak suruh Joey Jordison je yang main dram, takpun Dave Lombardo yang takde job skang ni. Menyampah sebenarnya dengan sound dram Ulrich ni. tengok je la video dokumentari Some Kind of Mosnter. macam gampang dia buat drama.... bak kata band Sunn O))), moga Lars yang tercampak keluar dari bas, bukannya Master Kliff Bvrton ...sebab kalau tak, mesti rhythm section jadi lain malam ni. I expected more from For Whom Bell Tolls actually... tapi tak seepik yang dijangkakan...

And now I take it back pasal sound kat stadium yang abang kata sedap sikit bunyi tu. Well, now it sounds like Stadium Merdeka. Jauh lagi perjalanan nampaknya bagi promoter kita.... 

save the best for last. DIE, BY MY HAND, I CREEP ACROSS THE LAND! KILLING FIRSTBORN MAN! Here comes Pemuda PAS. What? Nothing from St Anger?  Hahaha! Ya, dah masuk encore dah bang, lepas je diorang habis dengan lagu Enter Sandman. Kini set encore dimulakan dengan lagu Creeping Death, lagu yang liriknya merujuk pada Bible bagi mereka yang faham. Ya, abang nyanyi2 pun tau la apa yang dinyanyikan, bukan buta tuli je ikut macam peminat Selena Gomez dan 1Dirrection hatta Backstreet Boys sekalipun.

Lepas lagu Battery, Jaymesss bagi ayat penge-last lah. Sebut 3 perkataan dia kata. haha. apa lagi SEEK! AND! DESTROY!!!!!! itulah lagu penutup konsert malam itu, (still lagu tu kapak benor. hahahaha!)

But overall, Metallica masih lagi mantap walaupun vokal Jaymess masa Enter Sandman dah commercialized sangat dek peningkatan usianya....



yang bestnya, tengah dok syok2 baling pick tu, abang dapat dua ni. rare tu!!!!  Wherever I May Roam 1991-93 kot!!! (yang sebelah tu pick bass RoB Trulisusahnakejo) 


ini pun akan abang simpan buat kenangan... pasti akan dijual di ebay dengan harga yang berganda kalau ada yg sanggup membeli. eh , mestilah KL punya show beb! kalau show kat Donnington ke , dah selalu sangat diorang buat. INI MALAYSIA!!!!

Terima kasih Metallica kerana sudi membuat konsert di Malaysia. kalau boleh, sudi2kanlah pujuk Mustaine and c. buat konsert kat Malaysia juga. kami sanggup membayar dengan harga kapal selam. lihat sendiri pada konsert Metallica, abang harap Metallica dapat meyakinkan abang Mus itu.

METALLICA IN MALAYSIA! YEARGHHH!!! 


setlist Metallica live in Kuala Lumpur:
Hit the Lights 
Master of Puppets 
Fuel 
Harvester of Sorrow 
Fade to Black 
Ride the Lightning 
Cyanide 
Welcome Home (Sanitarium) 
Sad but True 
Orion 
One 
For Whom the Bell Tolls 
Blackened 
Nothing Else Matters 
Enter Sandman 

Encore:
Creeping Death 
Battery 
Seek & Destroy 

Wednesday, July 31, 2013

Entry untuk R.A.M IT UP : reka semula helmet Daft Punk


Sebelum masuk entry seterusnya, dalam last week saya ada post entry ni dalam Facebook Sony Music (sila LIKE ) sebagai salah satu penyertaan peraduan R.A.M IT UP iaitu design semula helmet Daft Punk ikut kreatif sendiri (macam yang saya buat di atas dengan nama Daft Batix tu). Tarikh hantar dah tamat tapi sekarang ialah masa untuk mengundi sehinggalah tarikh akhirnya pada 2 Ogos 2013. Hadiah utama RM1,000 tunai. Layari https://www.facebook.com/sonymusicmy/app_292261434243076 (LIKE dulu page Sony Music) Helmet saya empat ke bawah dari kanan. Sila undi walaupun saya tak optimis pun boleh menang sebab kemenangan bergantung pada 70% dari undian (yang mana saya tak ramai follower pun banding dgn orang lain) manakala 30% lagi ialah dari juri-juri Sony Music (and yet, saya tak gila-gila sangat pun design helmet ni,... I mean, c'mon! aku ada sejam je nak design dengan kebarangkalian internet yang slow an that's all i could think, hahahaha!!! Could have done better.) 




Takpe lah, dapat headphone baru dari Sony pun dah ok....

-----------------------------------------------------




Sunday, June 9, 2013

{FILEM] The Purge: APA AKAN JADI JIKA DALAM SETAHUN, ANDA BOLEH LAKUKAN JENAYAH SECARA SAH SELAMA 12 JAM?



Kalau saya lah,.... saya dah lama gagalkan segala konsert Kpop, baling najis kat penggemar muzik Kpop. Saya boleh suka hati saya.

The Purge ialah filem bajet murah iaitu USD3 juta saja tapi menjadi filem nombor satu minggu lepas di Amerika mengatasi kutipan filem-filem yang lebih popular sebelumnya seperti Iron Man 3, fast & Furious 6, The Hangover dan Star Trek Into Darkness. Lakonan Ethan Hawke, filem ini melihat sebuah masa depan iaitu tahun 2022 di mana sistem perundangan Amerika yang mana kadar jenayahnya cuma 1% saja tetapi setiap tahun diadakan satu annual di mana selama 12 jam, rakyat mereka boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya secara sah tanpa ditangkap termasuklah membunuh. Konsep horror thriller The Purge memang original walau dibahan teruk oleh pengkritik. Tak sabar ingin menontonnya!!!


Thursday, May 30, 2013

Rumah Julie Woon hampir dirompak oleh penjenayah amatur bersenjata pisau


Kejadian ini berlaku apabila ibu Julie Woon mendengar deringan loceng pintu di rumahnya. Dan apabila ibunya membuka pintu, seorang lelaki dalam usia 20'an yang berwajah Cina berkaca mata berdiri di depan pintu dengan membawa beg. Apabila lelaki itu mahu bergerak selangkah ke hadapan dengan ibu Julie masih cuba mengecam siapa lelaki ini, dalam masa beberapa saat saja ibunya menyedari yang lelaki itu cuba menarik sebilah pisau panjang si sebalik begnya. Ibu Julie menjerit membuatkan lelaki itu terkejut lalu menutup pintu dengan kuat. Lelaki itu terus bertempiaran lari dan kemungkinan lelaki itu baru saja belajar nak merompak. Tapi syukurlah dalam kejadian itu ibu Julie selamat dan tidak menjadi mangsa rompakan. Jadi, berhati-hatilah apabila kita menerima jemputan, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Pastikan pintu gril tidak dibuka terlebih dahulu sebelum kita kenal pelawat rumah kita. Dan i love you, Julie. Marilah kita berkahwin.

Berikut ialah petikan status Facebook Julie Woon:
Just an hour ago, someone wrang my mom's doorbell at home. Thinking it was me, she opened the door and right in front of her stood a young 20-ish looking chinese guy with spectacles carrying a knapsack. He took 1 step in and my mom stared at him wondering who he was. Within a split second, she realised he was pulling out a long knife from behind his bag. She screamed and the guy took a step back in shock as my mom quickly came to her senses and slammed the door shut. The guy ran away. He was probably an amateur who has never robbed anyone before. But i'm glad my mom wasn't his first victim & that she's safe and unhurt. Please lock your gates/doors /grills before u sleep tonight. Good night.

Friday, May 24, 2013

#GSCSchHoliday : ALAM RIA CUTI SEKOLAH DI GSC!!! Goodie bags untuk anda dan temui watak-watak dari Despicable Me dan The Smurfs!!!


Cuti sekolah esok bermula 25 Mei 2013, bawa anak-anak anda atau diri sendiri ke pawagam-pawagam GSC untuk aktiviti istimewa sempena #GSCSchHoliday! Dapat goodie bags percuma, tiket wayang dan temui watak-watak dari filem animasi seperti Despicable Me dan The Smurfs!!! Lihat jadual seperti pada gambar di atas.

[Twitter Trending] Himpunan kawan2 Adam Adli 8.30 malam ni di depan Balai Polis Jinjang




Kumpulan bersemangat masih di Jinjang bersolidariti...hidup rakyat!

balai polis pun boleh jadi trending .Asal lah tradisional sgt nama jinjang uh

Due to recent lockup of Adam Adli, i get to know Jinjang and it becomes a famous place in Malaysia..haha. Khabar dari Jinjang. Majistret tolak permohonan reman. Tian Chua , Haris dan Tamrin. Bebas! Semalam tengok orang buddha sambut wesak jalan bawak lilin .. dah macam sama je orang-orang yang tunjuk perasaan utk kbebasan adam adli di jinjang.

Macai UMNO akan kata:, "Kumpulan Anak Muda Sesat Bawa Lilin Keliling Balai Polis Jinjang!!!"

Sementara awak tahun depan akan ke Jinjang Pelamin. Sekian...


Thursday, May 23, 2013

Karnival Jom Heboh, Presint 2 Putrajaya, 25 Mei 2013. Temui pelakon filem KIL seperti Redza Minhat dan Cristina Suzanne Stockstill



Temui Cristina Suzanne di Karnival Jom Heboh

Lokasi ketiga janji aktiviti lebih menarik 
   Selepas membuka tirai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu diikuti Johor, acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh meneruskan kemeriahan ulang tahun ke-11 di Presint 2, Putrajaya, mulai esok dengan program lebih segar dan menarik.
   Antara yang menarik ialah pembukaan gerai eksklusif Cereka dan Studio 3; Bananana! Land; Selera @ Jom Heboh; Wow! Bag Booth; Kota Ilmu dan kiosk perkhidmatan yang akan memuatkan segala maklumat, paparan menarik, cenderamata keluaran terhad dan promosi program TV3.
   Gerai Cereka menggabungkan program terbaru dari slot drama, hiburan, majalah dan dokumentari. Antara artis yang akan turun padang ialah Sherry Ibrahim (bintang Akasia : Teduhan Kasih); Syatilla Melvin (Azalea : Kalau Bukan Aku); Jay Iswazir (Aksi : Karlos); Izzue Islam dan Azlee Khairi (Zehra : Sebenarnya Saya Isteri Dia); Qi Razali (Jalan-Jalan Cari Makan) dan ramai lagi.
   Tidak ketinggalan pelakon filem Kil dan Pecah seperti Cristine Suzanne, Redza Minhat dan Ako Mustapha.




A feel good movie about a suicidal young man called KIL. Starring Redza Minhat and Cristina Suzanne Stockstill. Produced by Flux Visual Lab. Copyright 2011.

Peluang tonton episod drama bersiri akan datang 
   Gerai Studio 3 memberi peluang kepada penonton setia TV3 menyaksikan episod akan datang drama bersiri TV3. Antaranya Karlos; Kisah Cinta; Sebenarnya Saya Isteri Dia; Epilog Cinta Khirana; Teduhan Kasih dan Iman Nabila. Pengunjung hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 untuk mendapatkan tiket.
Bananana! Land pula khusus untuk peminat cilik yang pasti ceria dengan kehadiran Deera, Harris dan Hadi dari program Idola Kecil serta Mohamed Solehin (Soccer Kids All Stars) yang akan melakukan pelbagai aktiviti menarik.
   Wow! Bag Booth pula menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan artis jemputan seperti Alex Yanz, Riz Amin, Zalif Sidek dan Nur Risteena.

Persembahan band indie 
   Sementara itu, khusus untuk pengunjung generasi muda, TV9 membawa barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Bunkface, OAG dan Go Gerilla, mulai jam 9 malam, Ahad ini. Sehubungan itu, jangan lupa hadir pada Karnival Jom Heboh di Putrajaya selama dua hari mulai esok untuk bertemu artis pujaan dan memenangi hadiah menarik.

sumber: BERITA HARIAN


[TAHUKAH ANDA] McDonalds Pernah Jual Pizza


Malangnya pizza ni tak laku...


Sekitar pertengahan 90'an, McD pernah terjerumus ke kancah bisnes pizza. Mungkin mereka rasa mereka boleh kalahkan francais Pizza Hut, Domino's hatta Shakey's Pizza sekalipun, tetapi pizza McD ini jadi hidangan sampingan yang bukan saja tak menarik tapi tak sedap hatta membuatkan ianya tak laku. Hakikatnya, penggemar McD dah terbiasa dengan hidangan cheese burger, McChicken, foldover, apple pie,... and thank God for bubur ayam McD jadi pengguna merasakan apa perlunya mereka memilih pizza McD (yang sudah tentunya lebih mahal daripada hidangan ringkas McD yang lain). Tambahan pula, banyak lagi outlet pizza yang lebih sedap dan ikhlas menghasilkan pizza berbanding McD yang lebih ke arah strategi pemasaran saja.
   McD juga  mengalami kerugian kerana terpaksa membeli ketuhar pembakar pizza yang kemudian tidak lagi digunakan. Bukan itu saja, McD melakukan tindakan yang bangang dengan terpaksa meluaskan kelebaran tingkap kaunter drive thru supaya dapat muat dengan saiz pakej pizza tak sedap mereka yang sebenarnya tak perlu pun.
   Yang kami boleh kata pada McD dengan suara ala Donald Trump ialah : McD, you're bodoh, bodoh, bodoh! And you're fired.

Wednesday, May 22, 2013

Best la jadi tauke camni. Dapat RM1,000 percuma jew.... Dapat amoi lagi....



You can get your business online for FREE now by claiming a RM1,000 subsidy under GMBO 2.0, an initiative by the government to help micro businesses to start their Internet businesses. More info: gmbo.skmm.gov.my




Tiket menonton wayang percuma di Cathay Cineplexes


Sempena penambahan 4 layar baru Cathay Cineplexes, anda boleh tonton filem-filem terkini seperti Fast & Furious 6, Epic, Christmas Rose dan Bikers Kental secara percuma dengan membawa keratan akhbar The Star, Harian Metro dan Sin Chew pada 23 Mei 2013 dan tukarkan dengan 2 keping tiket wayang percuma di Cathay Cineplexes JB City Square. Cepat! Sebelum tiket kehabisan!!!


Tuesday, May 21, 2013

BURGER KING RM1.88!!! BURGER TEPI JALAN PUN TAK DAPAT OFFER MACAM NI!

YA! SEHINGGIT LAPAN PLOH LAPAN SEN SAJA! LUPAKAN BURGER BAKAQ YANG TERLALU MAINSTREAM DAN KLISE KINI. MARI SERBU BURGER KING BBQ RODEO PADA HARGA YANG CUKOP GILA SEKALI! TAK PERLU PRINT KUPON! CEPAT SEBELUM KEHABISAN!!!


Monday, May 20, 2013

punca sebenar konflik Afiq Muiz dan ibunya sehingga dipanggil anak derhaka


Ada orang suruh aku tulis pasal kes Afiq Muiz dengan mak dia ni. Lalu dengan langkah prihatin ala MENCARI PUNCA, OHBLOGLAGI menemui video ini yang menjawab persoalan kenapa ibunya marah benar dan mahu dia balik. Memang dulu ibunya menghambat Afiq di jalanan tetapi sebagai satu pengajaran. Tetapi nampaknya Afiq tidak insaf setelah berkenalan dengan Eina yang dikatakan dibuli di sekolah kerana poyo cantik. Apakan tidak, setong tepong telah disapu mukanya sehingga ia menyamai konsep opera Gene Simmons dan rakan-rakan.

Lihatlah video di bawah...



Nak lepak restoran As  Salam apa kebenda nama aku pun tak tau, pukul 3 , 4 pagi memang la mak ko marah Afiq oi, lepas tu ko cakap nak pergi rompak rumah orang. memang singkat betul fikiranmu... Tolong mak ko lipat baju lagi bagus.


Kavin Jay menunjukkan bagaimana mengelakkan dating yang seram dengan Nissan Almera...



The most intelligent way to escape overly attached dates . Kavin Jay will show you why Nissan Almera is one of the most awesome cars around in these funny videos

10 Filem Paling Hebat di Malaysia!


Anda akan tentukan siapa bakal menang di Anugerah Blokbuster Astro. Undi pelakon dan filem terbaik sekarang!

Sunday, May 19, 2013

ABDUCTION : Iklan sci-fi kreatif dari Petronas yang KRU pun tak mampu nak buat, apatah lagi David Teoh...



SINOPSIS: 

Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart?

Masih ingat pada rakaman tentang makhluk asing di sekitar Stuttgart?

Tontonilah video terbaru ini untuk mengetahui apakah yang dikejar oleh makhluk asing dengan bersungguh-sungguh. Adakah kita akan ketahui bagaimana sasaran memperolehi kuasa yang luar biasa untuk melarikan diri?

25 JAM DI DAPUR DENGAN PASANGAN ANDA??? BIAR BENAR????


Hubungan anda bersama orang yang tersayang kali ini diuji apabila IKEA membawa cabaran 25-Hour Cook-off, 25 jam di dapur. Apa yang anda berdua akan lakukan? Yang lebih penting mampukah kalian bertahan? Hadiah bernilai RM38,000 dari IKEA bakal dimenangi!!!!


[TAHUKAH ANDA] : Play-Doh asalnya bukan barang mainan....

Benar, Play-Doh pada mulanya direka sebagai pembersih kertas dinding. Ia kemudian menjadi barang mainan dan kraf apabila bentuknya seperti mainan modelling ala tanah liat (atau Plasticine)  itu tetapi tanpa bahan toksik dan kurang 'kecah' telah memberi kelebihan buat perekanya iaitu Joe McVicker yang kemudian memasarkan Play-Doh sebagai barang mainan sejak tahun 1956. Sebelum itu, Play-Doh dipasarkan sebagai Kutol Wall Cleaner. Joe kemudian telah menjadi jutawan pada hari jadinya yang ke-27 selepas Play-Doh dijual semula sebagai barang mainan. 



Mari hasilkan buku skrap unik untuk anak comel kesayangan anda dengan Trudy & Teddy! Tak perlu mengupah designer, hanya lakukan sendiri!



Bawa kupon baucer di bawah ke butik Trudy & Teddy untuk potongan 20%!!!

Bring along your Calendar Voucher of May to Trudy & Teddy's boutique in Pavilion and enjoy RM30 off with nett purchases of RM200 and above in a single receipt.

Terms and Conditions:
*Valid at Trudy & Teddy boutique at Pavilion KL
* Valid for redemption from 1 – 31th May 2013
* Valid for normal and value buy merchandise in a single receipt
* Not exchangeable for cash
* Only 1 voucher can be redeemed per person


Anda rasa anda ada memori yang lebih bagus daripada ikan emas? Menangi wang tunai RM20,000 dan banyak lagi hadiah menarik...



Think you've got better memory than a goldfish?

Put those brain cells to the test with Capital FM's "Reconnect" memory game!

From 6 - 24 May, take a shot at memorising the correct combinations on the Reconnect game to win up to RM 20,000 cash and cool prizes including an all-paid weekend getaway, spa packages and more.

The Capital FM "Reconnect" game runs 5 times a day, so stay tuned!


Saturday, May 18, 2013

#OreoMillionMinutes : Sedangkan Biskut Oreo juga sayangkan anaknya...



A million minutes spent with your kids is still a million too little! 

Your family needs more than just daily hugs and kisses from you.
They need your presence, your time, your love. Come share and create precious moments with them by dedicating your time with us.


Friday, May 17, 2013

AHHH.... KPOP LAGI. TAK HABIS-HABIS DENGAN KPOP....


AHHH.... KPOP LAGI. TAK HABIS-HABIS DENGAN KPOP....


Adakah Kharina mengikut nasihat Mia akhirnya? Apakah idea yang mengemparkan saudara Fariq ingin menyampaikan kepada gadis cantik pada episod Kisah Chenta Uda & Dara malam ini ya? Anda sukakan K-pop?

Jangan terlupa untuk menontoni episod malam ini di Astro Ria Jam 9 malam! Jgn lupa saksikan #CornettoUdaNDara Rabu ini! Ikutilah Kisah Chenta Cornetto Uda N Dara dan watak-watak dalam perjalanan hidup mereka! Tontonilah Kisah Chenta #CornettoUdaNDara! Episod 2 #CornettoUdaNDara - lebih drama dan suspens, jangan ketinggalan! Saksikan bagaimana watak-watak #CornettoUdaNDara mencapai impian mereka!


Tuesday, May 7, 2013

Hantaran Mas Kahwin - Frame (Berbingkai)




Untuk makluman u ols,, mas kahwin pihak lelaki kepada pihak pompuan dalam Rm 30 hinggit gitiew,, dan masa discuss ari tu si pengantin lelaki plan nak buat bentuk jambangan bunga menggunakan duit kertas,, tapi James Hetfield mencadang kan beliau guna duit syiling versi baru yang telah di keluarkan Oleh Bank Negara baru-baru ni,,,

Thursday, April 11, 2013

Pavilion banjir, bumbung bocor masuk air. Inilah balasan dari Tuhan....



Dah tak 5 bintang dah. Inilah bala dari Allah kerana ibu bapa terlalu membiarkan anak2 melepak bershuffle dan bercomolot 'dia pilih KLCC aku nak lepak Pavilion dow, aku budak emo metalcore dow.." dan juga diva2 yang selalu mengambil gambar bermuka duckface di tandas Pavilion dow...

Mari kita mengimbau kembali kenangan indah kita bertepuk tangan dan berdamai di depan KLCC sambil ditemani muzik post rock oleh Red Sparowes....

Thursday, March 28, 2013

Kecoh 'babi' dalam troli NSK


Gambar yang dikatakan 'babi' dalam troli di pasar NSK yang tersebar di Fesbuk. Babikah ia?

Ye lah, ramai dah post berita ni. Kat Facebook orang post gambar kononnya 2 ekor babi dalam troli tanpa lastik menunggu dilapah di NSK Selayang. Dan sebagai blog yang semakin mendapat perhatian, adalah menjadi tanggungjawab Abang Ohbloglagi untuk membuat mythbuster akan kekecohan ini.

Babifobia. Melayu memang babifobia. Dari jauh pun dia dah dapat detect kebabian di mana-mana tapi pegang tangan pasangan bukan mahram selamba aje....

Sumber gambar: Sinar Harian.


Dari facebook Kz Catering: "terkejut tengok kat FB malam ni...akibat salah faham @ tuduhan melulu @ jahil/ kebodohan @ kurang periksa frozen mutton ini digembar-gemburkan sebagai babi dan menimbulkan kekeliruan, saya sebagai pengguna/ pembeli merasa terpanggil untuk membetulkan keadaan bukan untuk pasaraya tersebut tetapi sebagai pengguna muslim yang menggunakan frozen mutton dari australia atau new zealand"

Oh, bebiri rerupanya.... maaf, kami di sini jarang makan bebiri. Tak tahu. Bangangkan kami?

Menurut Mak Liza pula:  Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.
   Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.
   Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.
   Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."
   Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
   Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.
   Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..
   Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?
   Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.
   Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.
   Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.
   Mohon maaf jika tegursan saya ni salah."

... ye. Kesian NSK kena fitnah. Masalahnya sebelum tangkap gambar dan post dkt FB dan terus menyebarkan fitnah kepada dunia,apa salahnya pergi jumpa pemilik dan tanya itu babi ke tak? sekali kambing plak tu.... kalau pemilik tak nak jawab,lepas tu baru report pd pihak berkuasa. macam tegur jiranlah,tegur dulu... bukan terus maki hamun. Kesiannya mentaliti melayu islam dalam negara ni. terlupa diorang jasa NSK jual brg murah2 dr mana2 pasaraya lain dkt malaysia ni. -aku tak dpt profit backup nsk-

Related Posts with Thumbnails