our sponsor

Followers

Monday, December 22, 2014

[ULASAN FILEM] Penguins of Madagascar

Jika anda masuk ke panggung bersama rakan anda menonton Penguins Of Madagascar, perlu nyatakan padanya yang animasi gaya DreamWorks takkan pernah sama dengan Disney/Pixar, malah gaya humor empat sekawan penguin ini sendiri berbeza dengan haiwan lain di Madagascar. Mereka dibentuk sebagai comic relief yang tak pernah ada waktu seriusnya (ketika mereka sedang serius). Ada lawak yang agak rawak yang memetik nama selebriti seperti Nicholas Cage dan Halle Berry yang mana penonton dewasa saja faham sedang penonton kanak-kanak bakal terpukau dengan aksi mereka apatah lagi dengan janaan CGI 3D yang ditonton di IMAX. Ianya situasi 'menang-menang'. Tapi jika anda mencari momen drama Disney yang bakal mengalirkan air mata, tidak! Anda salah filem kerana filem ini penuh dengan lawak sengal.

Plot: Mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan penguin: Skipper, Kowalski, Rico dan Private yang  merupakan haiwan tumpuan di Central Patk Zoo tetapi menghadapi ancaman dari Dave, sotong kurita yang berdendam dengan mereka lalu Classified, serigala yang mengetuai pasukan perisik North Wind menghulurkan bantuan. Filem animasi dan komedi ini diarahkan oleh pengarah, Simon J. Smith dan bakal menampilkan alih suara dari bintang-bintang ternama Hollywood seperti Benedict Cumberbatch, John Malkovich, Ken Jeong dan ramai lagi.

Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Simon J. Smith
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Peter Stormare, Annet Mahendru, John Malkovich, Ken Jeong, Tom McGrath, AndyRichter

[FILEM] Birdman

BIRDMAN, filem arahan Alejandro González Iñárritu ini seringkali disebut sebagai filem meta seolah-olah perlambangan kepada pelakonnya sendiri Michael Keaton yang pernah menjadi Batman dan kemudian mahu menaikkan karier lakonannya semula selepas melalui zaman yang suram. Plotnya begitu. Bakal tayang secara terhad di panggung GSC yang terpilih mulai 22 Januari depan edaran 20th Century Fox.

Plot: Seorang aktor bernama Ringgan Thomson yang dilakonkan oleh Michael Keaton merupakan seorang ikon adiwira yang sedang bertarung dalam hidupnya walaupun sedang memainkan watak di Broadway. Dirinya terpaksa mempertahankan ego demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dalam keluarga, kerjaya dan dirinya sendiri. Filem ini merupakan sebuah cerita adaptasi dari karya nukilan Raymond Carver yang berjudul "What We Talk About When We Talk About Love".

Genre: Komedi
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Alejandro Gonzalez Inarritu
Pelakon: Michael Keaton, Zach Galifianakis, Edward Norton, Andrea Riseborough, Amy Ryan, Emma Stone, Naomi Watts

Sunday, December 21, 2014

Tayangan eksklusif EXTANT untuk pihak media anjuran HyppTV

Selasa lalu, di panggung LUXE TGV One Utama, HyppTV telah mengadakan tayangan eksklusif buat pihak media siri tv EXTANT, sebuah drama bersiri fiksyen sains 13 episod lakonan pemenang Oscar, Halle Berry yang diterbitkan oleh penerbit terkenal Steven Spielberg. Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di HyppTV di saluran RTL CBS Entertainment HD.

Acara pada tengahari itu dihoskan oleh Stephanie Carrington, wakil RTL CBS Asia. Dua episod terawal telah dipertontonkan iaitu "Re-Entry" dan "Extinct". Secara amnya, jika anda penggemar premis misteri sains, penjelajahan angkasa, A.I, dan makhluk asing, Extant akan berada dalam senarai wajib tonton anda. Sejak ditayangkan di US  9 Julai lalu, ia telah menerima ulasan positif dari pengkritik dan kini penonton-penonton di Malaysia akan berpeluang menonton siri tv ini bermula 6 Januari 2015, pukul 9.55 malam menerusi RTL CBS Entertainment HD (saluran 616 HyppTV yang boleh dilanggan dengan harga RM9 sebulan).

Selain Halle Berry, ia turut dijayakan oleh Goran Visnjic, Pierce Gagnon dan Hiroyuki Sanada. Plotnya berkisar tentang seorang angkasawan wanita iaitu Molly Woods (Halle Berry) yang mengalami sesuatu yang aneh apabila didapati hamil 14 minggu ketika berada di angkasa.Molly juga berhadapan masalah dengan suaminya John Woods yang mencipta robot dengan kecerdikan buatan seperti seorang manusia di mana robot yang bernama Ethan ini dianggap seperti anak mereka sendiri.

Sunday, December 7, 2014

Hasil Ops Pengemis di Wakaf Che Yeh: Menipu mengemis dapat RM2000 sehari

Dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan, terbongkarlah satu sindiket pengemisan yang memanfaatkan imej keagamaan untuk menipu orang ramai. Individu-individu ini, yang berpakaian seperti pelajar pondok atau tahfiz dan wanita dengan tudung labuh, didapati tidak mampu mengucap atau membaca Al-Fatihah ketika disoal, dan akhirnya mengaku beragama Buddha.

Operasi ini mengungkap bahawa pengemis-pengemis tersebut mampu mengumpul purata RM2,000 sehari, jumlah yang mengejutkan dan menimbulkan kebimbangan tentang penyalahgunaan belas kasihan masyarakat. Pihak berkuasa kini mengambil langkah serius untuk menangani isu ini dan memastikan bahawa amalan mengemis tidak disalahgunakan sebagai alat penipuan. Wakaf Che Yeh, yang dikenali sebagai pusat perniagaan dan tarikan pelancong, kini menjadi titik fokus dalam usaha memerangi penipuan pengemisan. 

Masyarakat setempat diingatkan untuk berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Thursday, December 4, 2014

Bisnes Burger Bakar V2! Pendapatan RM940 sehari!

Anda ada masalah "DUIT"? Nak "TAMBAH PENDAPATAN"?

Kini dilancarkan! Bisnes Burger Bakar V2!

Lebih padat dengan "JUALAN YANG MEMBERANSANGKAN". Pendapatan anda boleh mencecah hingga RM940 sehari!

Nak tahu dengan lebih lanjut? Klik Link INI.

Tuesday, December 2, 2014

Merakam saat-saat indah Yuyu Zulaikha dengan Samsung GALAXY Tab 4

Di tengah-tengah kesibukan lalu lintas yang tak terelakkan, Yuyu Zulaikha, seorang penulis blog yang sedang menantikan kelahiran anak pertamanya, telah menemukan cara untuk mengabadikan momen-momen berharga. 

Dengan Samsung GALAXY Tab 4 di tangannya, dia tidak melewatkan peluang untuk merakam setiap detik yang berharga itu. “Walaupun terperangkap dalam kesesakan trafik, apa sahaja akan dilakukannya!” kata Yuyu dengan penuh semangat. Samsung GALAXY Tab 4, yang dikenali dengan keupayaan multimedia yang canggih, menjadi alat yang sempurna bagi Yuyu untuk mengekspresikan kreativitinya dan berkongsi pengalaman kehamilannya dengan dunia. 

Dengan ciri kamera yang mumpuni dan antaramuka yang mudah digunakan, GALAXY Tab 4 membolehkan Yuyu untuk dengan mudah mengambil foto dan video, serta mengeditnya langsung dari tablet. Ini bukan hanya tentang teknologi, tetapi tentang bagaimana teknologi tersebut membantu Yuyu untuk menangkap dan membagikan setiap momen yang bermakna selama perjalanan keibuan yang luar biasa ini..

Related Posts with Thumbnails