our sponsor

Followers

Tuesday, September 30, 2014

[ULASAN FILEM] Braindead a.k.a Dead Alive, arahan Peter Jackson (1992)

Kalau budak-budak sekarang tengok filem ni mesti kata entah apa-apa. Dan orang pun takkan terfikir ini filem Peter Jackson (Lord of the Rings). Banyak rencah ada. Geli, lucu, seram semua ada. Sampai anak aku pun suka tengok. Tapi kalau boleh jangan la bagi anak tengok. Aku bagi rating 3/5.

P/s: Jangan tengok sambil makan. Makan popcorn takpe.

Pengarah: Peter Jackson
Lakonlayar: Peter Jackson, Stephen Sinclair, Fran Walsh
Cerita: Stephen Sinclair
Lakonan: Timothy Balme, Diana Peñalver, Elizabeth Moody, Ian Watkin
Muzik: Peter Dasent
Sinematografi: Murray Milne
Studio: WingNut Films, Avalon Studios Limited, The New Zealand Film Commission
Rilis: 13 Ogos 1992
Genre: Zombie exploitation

Ulasan oleh Abi Alfie Dani untuk Movie Addict

Sunday, September 28, 2014

Robbie Fowler, legenda bolasepak Liverpool teruja bertemu Afdlin Shauki

Nampak jelas keterujaannya.

ND Lala Cabar Den Wahab Buat Laporan Polis, Berhadapan Di Mahkamah

Apa yang kami lihat selepas berlangsungnya sidang media khas Shila Amzah & ND Lala semalam, kekusutan dengan media berbahasa Melayu gagal untuk diselesaikan selepas sidang media yang diadakan bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir wartawan.Baru baru ini juga, Den Wahab ada mendedahkan sekali lagi kepada pihak media yang ND Lala masih berhutang dengan dirinya berbelas ribu ringgit yang masih tidak dibayar sehingga ke hari ini tetapi Den Wahab sendiri sudah malas untuk memikirkan perkara itu.ND Lala dalam sidang media mencabar Den Wahab dan mana mana individu yang memfitnah diri dan keluarganya untuk tampil membuat laporan polis dan sanggup berhadapan di mahkamah jika benar seperti apa yang didakwa.“Kepada Kak Pora, Den Wahab dan sesiapa sahaja yang buat fitnah ini, sila lakukan laporan polis. Dakwa saya dan kita berhadapan. Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan,“ kata ND Lala.Dalam majlis yang sama juga, ND Lala dan Shila Amzah meminta para wartawan hiburan tempatan untuk merujuk kembali etika kewartawanan yang menjadi panduan selama ini.

SUMBER: CARI.COM.MY

Awie Pandai Masak Asam Pedas

Kuala Lumpur – Penyanyi Rock Awie terpaksa membina semula hidup barunya bermula dari bawah ekoran rumah tangga yang dibina bersama Rozana Misbun berdepan krisis yang sehingga kini masih menjadi kes mahkamah.Kata vokalis kumpulan Wings ini, dia sanggup mengharungi semua keperitan asalkan dapat memberi kebahagian kepada kelima-lima anaknya sekaligus melihat mereka membesar di depan matanya.“Saya terpaksa bangkit dari bawah semula. Saya nak besar dan sekolahkan anak saya dengan tangan saya sendiri. Dari dulu sampai lah sekarang ni segala-galanya yang saya buat hanya untuk anak-anak saya.“Sekarang ini saya nak pastikan sesibuk mana pun saya, saya akan tetap luangkan masa dengan anak-anak. Kalau perlu, saya akan bawa saya sekali anak-anak ke lokasi penggambaran. Setahun sekali saya akan bawa anak saya pergi bercuti. Lagipun mereka jarang dapat keluar atas faktor keselamatan. Jadi sesekali saya akan bagi ruang mereka berseronok.“Macam sepanjang bulan Ramadan lalu, saya sibuk jalani penggambaran tapi bila dah hampir waktu berbuka saya balik masakan untuk mereka ataupun saya akan belikan makanan. Lepas berbuka, saya akan ke set semula. Saya dah pandai masak asam pedas okay…”, kata Awie sambil tertawa ketika ditemui media di sesi tayangan filem terbaru lakonannya, ‘Dollah Superstar’ die@Curve, semalam.Selain Awie, filem komedi itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Neelofa, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet. Filem arahan Khabir Bhatia itu bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.Namun dalam pada dia berkerja keras menyara anak-anaknya, Awie akui terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.“Dalam saya mahu memulakan hidup baru, saya terpaksa tolak banyak tawaran. Teater Supermokh (Re-staging) sepatutnya saya tolak. Tapi Hans (Hans Isaac) bagi semangat pada saya. Lagipun ia atas permintaanSultan Selangor.“Saya juga tolak tawaran dari sertai keluarga Akademi Fantasia 2014 kerana saya tak mahu menganggu reputasi program tersebut. Saya tak mahu nanti kes saya dikaitkan sama. Sebab itu saya undur diri”, dedah duta jenama minuman Long Jack ini.Awie juga tidak menafikan timbul sesalan dalam dirinya dengan apa yang terjadi tetapi dia menganggap semua ituadalah fitrah kehidupan.“Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. InsyaAllah saya ada perancangan-perancangan saya untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan sayadengan anak-anak”, ujarnya.Begitupun Awie berkata dia tetap memerlukan seorang wanita di sisinya. Tetapi buat masa ini dia belum terfikir mahu mencari pengganti kerana sejujurnya kata Awie, apa yang dilaluinya sekarang membuatkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga pada masa depan.“Saya tak boleh tipu diri saya. Saya memang perlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.“Tapi, perempuan giler mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ker dia sayang saya dan sayang 5 anak. Mampu ker dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yangsedang membesar tu?“Tapi saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum”, katanya.Hasil perkahwinan bersama Rozana, Awie dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (7 tahun), Putra Ahmad Rezzki (6 tahun), Puteri Qasseh Antasha (4 tahun).Pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hakpenjagaan sementara ke atas tiga anaknya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha,14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada2 Jun lalu. Awie bertindak sedemikian selepas mendapati wang simpanannya yang berjumlah ratusan ribu ringgit yangdi simpan atas nama akaun Rozana lesap sekaligus isterinya itu didakwa ‘mencuri’ duitnya.Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Sumber:  CARI.COM.MY

ROTTW: T-SHIRT EDISI TERBAHARU DENGAN LABEL CUSTOM ROTTW

JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN T-SHIRT EDISI TERBAHARU ROTTW DENGAN LABEL CUSTOM ROTTW DI LEHER DAN DI DEPAN.

SAIZ: M = 40 inci lilitan dada
SAIZ STOK: XS, S , M, L, XL, XXL
HARGA RM: RM40 SEHELAI TERMASUK POS.

CARA PEMBAYARAN: SILA BANK IN KE DALAM AKAUN BERIKUT: MAYBANK 1625 5309 4626 (NOREHAN BT MD NOR) SILA TUNJUK BUKTI PEMBAYARAN BILA SUDAH BERBUAT DEMIKIAN DAN SILA EMAILKAN TEMPAHAN ANDA SERTA BUKTI BAYARAN ANDA KE abangrom@gmail.com

Saturday, September 27, 2014

[GAMBAR] Pertunangan Sarimah Ibrahim & Jamie

Tahniah kami ucapkan dari OHBLOGLAGI!

Beef Samurai Junior : sajian terbaru McDonalds hanya RM5.95

Like this post if you’ve tried the Beef Samurai Junior! Only RM5.95 for McValue Lunch & Dinner with French Fries and soft drink, its too tempting to not try! #trylah #budgetmeals

Cuba taip "1" dan lihat apa jadi pada gambar! Yang dah cuba pasti terkejut.. Jangan Lupa Share dan taw..!!

Cuba taip "1" dan lihat apa jadi pada gambar! Yang dah cuba pasti terkejut.. Jangan Lupa Share dan taw..!!

Klik pada gambar untuk jawapannya.

[MOVIE ADDICT] Being John Malkovich (1999)

Apa rasanya menjadi orang lain? Sebuah filem idealis dari Spike Jonze yang sememangnya seorang pengarah idealis. Paling menarik apabila filem ini menggunakan watak Puppeteer sebagai watak utama di mana akhirnya dia seakan mem"puppet"kan orang lain menerusi portal minda. Teras cerita adalah watak. Lakonan yang meyakinkan, Cameron Diaz sangat lain! (agak-agak Fasha Sandha sanggup tak bawak watak macam tu). Akhir filem ini, aku terfikir.."inilah yang akan jadi jika manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada di depannya".

Rating: 4.5 out of 5

Teks oleh Aliff Ihsan Rahman untuk ‎Movie Addict Facebook group.

Friday, September 26, 2014

Kerja tipu 'kopek ikan bilis di rumah'

Berhati-hati jika dapat tawaran kerja "kopek ikan bilis di rumah". Kakak kepada staff saya terpukau dan terkena.

Modus operandi:
- Jiran yang sebelah rumah dipukau terlebih dahulu.
- Jiran tersebut datang ke rumah dan bawa pemukau.
- Jiran rekomen projek si penipu tu. Kopek ikan bilis di rumah sendiri supaya dapat dijual semula kepada kedai2 atau restoran2.  Bersyaratkan kena beli ikan bilis dulu guna duit sendiri dulu.
- Kesemua mangsa dibawa ke klinik di Seremban (!!!) untuk suntikan kesihatan.
- Sebelum masuk klinik, si penipu suruh kesemua mangsa tinggalkan barang di kereta kononnya tak boleh bawa ke dalam klinik.
- Si penipu ambil kad pengenalan kesemua mangsa untuk tujuan pendaftaran.
- Mangsa tunggu lama. Bila tanya kaunter, kaunter kata tiada sebarang pendaftaran bagi pihak mangsa.
- Mangsa pergi ke kereta, kereta dah lama blah.

Friday, September 19, 2014

Sunday, September 14, 2014

Bincang GST dari Mahkamah Tinggi Shah Alam

Soalan simple untuk yang guna otak dengan baik.

Soalannya: GST dikatakan tidak membebankan rakyat, situasi pertama: Seorang Makcik pergi beli barang. Harga dia sebelum GST RM45.80. Selepas GST dilaksanakan barang naik. Harga barang tadi jadi RM52.40.

Pilih jawapan yang rasa anda suka;

A) Adakah barang yang dikenakan itu naik harga? Dan ianya tidak membebankan?

B) Adakah cukai sales dimansuhkan dan disatukan menjadi GST akan menguntungkan makcik?

C) Kerajaan akan seragamkan penyeralasan cukai untuk kepentingan rakyat?

D) Yang makcik itu nampak dahulu RM45.80 tapi sekarang RM52.40 adalah penurunan harga?

E) Barang akan naik harga dan bebankan rakyat?

*abaikan jika anda menggunakan kepala lutut bypass otak untuk berfikir.

[PROMO] Nikmati filem terkini hanya RM9 di MBO Cinemas

Kini anda boleh menikmati filem-filem terkini di pawagam MBO semurah RM9 tanpa perlu menunggu hari Rabu! Tapi cepat! Promo ini hanya dari 11 September sehingga 5 November 2014 sahaja!

GREAT NEWS TO ALL MOVIE LOVERS & MBO CINEMAS FANS !!

Watch your favourite movie on weekdays at MBO Cinemas for price as low as RM 9* !! What are you waiting for? Drop by our outlet now! Check for movie showtime at www.mbocinemas.com.

*T&C applies

Adaptasi Korea Bukan Pemikiran Malaysianisme

Menonton drama-drama melayu di kaca televisi membuatkan aku tersenyum sendiri. Geli hati melihat kebodohan masyarakat aku pada hari ini. Mudah diperbodohkan oleh golongan kapitalis. Kadang kala aku terfikir, jika kau mampu pulaukan produk Yahudi seperti MCD dan Nestle, kenapa kau tak sanggup pulaukan drama-drama melayu di tv 3suku ?Adakah kau merasakan, kerana makanan Yahudi boleh mengancam nyawa anak-anak Palestin? Itu mungkin betol. Tapi kau terlupa, drama-drama televisi yang disiarkan setiap hari boleh menggoncangkan tiang agama kaum-kaum wanita tua di Malaysia ni. Aku dapat rasakan, kaum-kaum wanita tua ini stim. Ya stim. Stim melihat ketampanan pelakon lelaki, stim melihat rumah dan kereta besar yang dimiliki hero. Maka tidak hairanlah mereka mula lupa diri. Adakah kaum-kaum ibu tua di Malaysia ni terlupa, bahawa rancangan televesyen ini boleh memandulkan mindanya?

Suspek utama kertas peperiksaan UPSR bocor 2014

Phuiiiii
Emmet butterfingers
Puuiii3x
Choiii

Coffee & Art Fringe Festival Asia 2014 (CAFFA) : Festival kopi dan seni terbesar di Malaysia

Festival kopi dan seni terbesar di Malaysia kembali ke Publika dengan membawa lebih banyak kopi, muzik, seni dan kebudayaan. Dianjurkan oleh Racing Creatures Sdn Bhd, CAFFA akan diadakan dari 26 hingga 28 September 2014 di PUBLIKA yang meliputi Boulevard, The Square dan MapKL,  acara untuk seisi keluarga ini meraikan keindahan dunia bertemakan kopi, muzik, seni dan kebudayaan. Buat pengunjung, ia mendidik anda untuk menghargai, membuka minda anda tentang kepelbagaian kopi selain turut menikmatinya. Turut diadakan persembahan muzik, teater dan visual.

Tahun ini ia menghimpunkan 30 tapak pameran yang merangkumi penyertaan dari pelbagai gerai soda dan aiskrim, Espresso Martini Launch Party; program simposium kopi yang pertama di Asia khusus buat penggemar kopi dan profesional, demonstrasi Live Barista ; A Latte Art Street JamTempatan FestNuminous Live Poetry and Music evening; Live Bands & Street Performers; dan Emerging Artist Exhibition; Photography Exhibition; Doodle Competition by the Doodict Collision, Live Graffiti Jam dan banyak lagi.

Datanglah! Anda akan dapat merasa pelbagai jenis kopi, melihat pelbagai karya seni dan mendengar pelbagai jenis muzik. Ianya percuma untuk semua peringkat umur (kecuali acara tertentu yang memerlukan tiket!) Dari 10 pagi hingga 8 malam! Lawati laman web CAFFA www.caffasasia.com atau Facebook https://www.facebook.com/CoffeeArtFringeFestival untuk maklumat lanjut.

[Konsert] XPDC 25th ANNIVERSARY LIVE SHOWCASE HARD ROCK CAFE MELAKA 2014

XPDC 25th ANNIVERSARY LIVE SHOWCASE HARD ROCK CAFE MELAKA, Ahad, 14 SEPTEMBER 2014, 9PM. TIKET BERHÀRGA RM70.

UNTUK PEMBELIAN TIKET BOLEH TERUS KE HARD ROCK CAFE MELAKA ATAU BOLEH MENEMPAH SECARA ONLINE DENGAN HANYA EMAILKAN BUTIRAN ANDA:
(1) NAMA PENUH
(2) NO. IC
(3) NO HP@NO TELEFON
(4)J UMLAH TIKET YANG DIKEHENDAKI

EMAILKAN BUTIRAN KE: enquiries@hardrockcafe-melaka.com

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TERUS JOY AHMAD 012-6033 757 ATAU HARD ROCK CAFE MELAKA+606 292 5188.

CONS Project Kuala Lumpur: a series of free creative workshops by Converse CONS

‪#‎CONSProjectKL ‬will be happening at WakaLab, NSTP, Jalan Riong Bangsar this 20th September 2014.

It is a series of free creative workshops by Converse CONS with collaborations from the industry experts in SKATE, MUSIC & ART.FREE entry! Follow www.facebook.com/conversemy

Register online at thinkraw.asia/consprojectkl

[GADIS HILANG] Yong Gayah Mencari Cucunya, Fatin @ Baby

Kalau jumpa, harap dapat menghubungi Facebook Yong Gayah. Baby berusia 15 tahun. Ganjaran RM1000 jika dapat ditemui.

Wednesday, September 10, 2014

[ULASAN TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama.

(Girlfriend telefon)
Joey : Nak dengar teka teki tak?
GF : Apa dia?
Joey : Pisau potong daging...daging potong apa?
GF : Abang buat apa tu?!!!
Joey : Tengah bagi ikan linang makan...

Rasanya telemovie ini walaupun budget murah, skrip dan plotnya ringkas je, ianya lebih baik daripada lain-lain cerita Melayu kat panggung tu. Part paling 'mabeles' semasa Pak Imam (Kazar) suruh bebudak tu azan, antara gelak dan syahdu bercampur dengan rasa insaf. Kumpulan Tongkat Langit! Tasawuffff.

Menghidupkan telemovie ni si botak Hazama dan Kazar. Spoil Kamaroo Hj Yusof aka Abang Man. Memang slow time dia ada. Lawak klise sangat dengan filem Rock. Terlebih-lebih pun ya juga. Tapi memang Kazar gak champ. Muka berlagak jadi ahli kumpulan Qudrat.

Babak taining pertandingan nasyid dalam surau, siap melompat dan bukak langkah silat bagai, tak faham apa relevan training physical sebegitu untuk pertandingan nasyid. Jika dilihat telemovie ini seperti spinoff filem Rock sebab ada Cik Man! Tapi dia tak sebut Rimba Bara. Dia sebut Lipan Bara (sebuah nama band rock sebenar). Malaikat Maut pun ada dia mention. Hazama azan sedap!

Sinopsis: Rock Sangkut adalah berorientasikan komedi tele dan agama. Ia adalah kisah tiga pemuda dari kampung yang bercita-cita tinggi untuk menubuhkan sebuah band rock. Mereka perlu melalui pelbagai sakit dan pahit dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita mereka. Takdir menjadikan mereka tidak menjadi kumpulan rock, tetapi sekumpulan nasyid terkenal di Malaysia. 

Skrip dan arahan: Mawi AF3 berdasarkan cerita dan skrip asal Rahman Shaharudin
Genre: Drama, komedi, muzikal.
Lakonan: Acey, Along Cham, Deen Maidin, Hazama, Joey Daud, Kamarol Hj Yusof, Kaza dan Mak Jah.

Monday, September 8, 2014

Proton Iriz Bakal Dilancarkan 25 September 2014, Harga bermula sekitar RM45,000

Mari beli!

Tips dan rahsia mengambil gambar selfie yang dapat banyak LIKE bersama gadis bertudung

Rahsia di sebalik gambar selfie yang selalu dapat banyak “Like”. Senang je #6 kan? (Klik pada gambar)

[ULASAN TELEFILEM] PI (Private Investigator), lakonan Beto Kusyairy (slot CEREKARAMA TV3)

Sherlock versi Malaysia. Lakonan  memang mantap dan sambungan cerita yang baik. Mungkin ada sequel. Tricky plot, smooth storyline, great actors. Awesome-mosem ! Cepat-cepat sikit keluarkan sambungan kes tadi tu. Tak selesai lagi tu. Haha. Terlepas menonton #PrivateInvestigator sebab kena keluar? Takde tv? Sebab tv di'conquer' dengan AF yang tak sudah-sudah?? Kat tonton.com.my kan ada.



Sinopsis : Kematian Datuk Ruzaini dan Datin Mariam telah membongkarkan muslihat adik Datuk Ruzaini iaitu Razman yang mahu menjadi pewaris harta. Mampukah Sam, penyiasat persendirian menyelesaikannya? Sam seorang penyiasat persendirian yang bijak. Sam sangat cekap dalam menyelesaikan kes yang diberikan kepadanya dan sering membantu pihak polis. Dia juga rapat dengan Inspektor Azlan kerana sering menyelesaikan masalah jenayah bersama-sama.

Lakonan: Beto Kusyairy, Anas Ridzuan, Josiah Hogan, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.
Arahan : Razaisyam Rashid
Penulis Skrip: Nazri M. Annuar
Terbitan: Arafilm

"Anybody, Mindf*ck Films?", event filem anjuran FINDARS


"Anybody, Mindf*ck Films?" Merupakan sebuah event filem dari FINDARS, akan berlangsung Jumaat ini jam 8:30 mlm,masuk percuma (lokasi: No.8, 4th Floor, Jalan Panggong, Kuala Lumpur). Rasanya ia akan jadi acara mingguan. Sesuai sebagai acara bersidang bagi ahli-ahli grup di sini. Sebagai permulaan mereka akan tayangkan filem "A Scanner Darkly" tapi kalau ada yg hendak beri cadangan boleh usulkan pada mereka.

Laman web : https://www.facebook.com/events/362110820619837?_ft_&__tn__=C

Apa yang berlaku apabila seorang jejaka Melayu jatuh cinta dengan gadis Cina?

Apa yang berlaku apabila seorang jejaka Melayu jatuh cinta dengan gadis Cina… Saksikan video di atas....

Sunday, September 7, 2014

Tenacious D live in Singapore 2014 (Jack Black & Kyle Gass)

Ready, Kage? Ready. Let's do this. Fatty.

Date:   2 December 2014, Tuesday
Time:  8.00PM ( Doors open 7.30PM)
Venue: TheColiseum™ Hard Rock Hotel® Singapore, Resorts World Sentosa

Tickets now onsale at https://tickets.eventclique.com/thegathering/Online/default.asp

[PREVIEW FILEM] Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium, arahan Mamat Khalid

'Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium'.  Ya. Itu judul filem terbaru Tuan Direktor Mamat Khalid yang bakal keluar awal 2015. Ada Elizabeth Tan. Ada Nasir Bilal Khan. Ada Perak Man. Ada Drakula. Akan tayang directly lepas filem 'Amukan Buas Frankenstein Tempatan' release nanti. Ini perkara serius.

Penulis skrip : Usop Wilcha
Pengarah : Mamat Khalid
Penerbit : Les Copaque

P/s : harapan anda?

Subahanallah! Berapa ramaikah muslim yang akan like kuih apam berkuah ini?

Lagi sedap daripada cupcake. Apamnya lembut, kuah berlemak. Salah satu daripada berjenis-jenis makanan ruji orang Terengganu.

Saturday, September 6, 2014

Gula-gula berlogo Parti PAS

Saya bertanya kepada kawan saya, apa maksud logo hijau tersebut.

Dengan konfiden dia jawab.. Lambang PAS..

Kalau logo bulan hijau camti , it means Vegetarian bro. Vege. 100% vege ingredient.

Friday, September 5, 2014

Rita Rudaini Perlekeh Kerja Kerani

Rita Rudaini tak tau ke makwe gomen yang kerja kerani paling ramai tengok drama lakonan dia? Kesian Rita... muka lawa otak sempit. Kalau nak sangat duit nafkah dari bekas suami janganlah sampai hina orang lain. Walaupun aku cuma kerja kerabat (keranipejabat), tapi alhamduLillah aku tak bercerai berai. Anak pun dah 3.

kenyataan dangkal Rita cuma menunjukkan dia ni gagal subjek Ekonomi Rumah Tangga. bagaimanakah insan ini dibenarkan beranak pinak tetapi terasa beban nak menjaga anaknya is beyond me. Sedangkan yang pernah kerja kerani gred S17 alhamdulillah ALLAH bagi cukup rezeki untuk sara empat anak mereka. Belajar bersyukur.

Monday, September 1, 2014

[ULASAN] Rindu Awak 200%, episod akhir

Dah habis dah "Rindu Awak 200%".

Kesimpulan saya kalau drama2 macam ni:

1) Kalau pasangan pilihan keluarga, walaupun awalnya tak suka, ending mesti dapat baby

2) Kes kahwin paksa 1 (isteri sudah di'sentuh' suami), ending mesti suami berubah jadi baik

3) Kes kahwin paksa 2 (isteri belum di'sentuh' suami), ending mesti bekas pakwe isteri datang selamatkan keadaan.

* jangan lupa masukkan scene makan-makan, datok/datin, projek juta-juta.

Related Posts with Thumbnails