our sponsor

Followers

Monday, February 9, 2015

Karl CROMOK di BACA World 2015

31 Januari lalu, sekitar 5:30 petang di Hall 4, Kuala Lumpur Convention Center, gitaris band thrash metal tempatan, Karl Cromok telah menjadi jemputan untuk slot Digital Music di pameran BACA World 2015 yang merupakan pameran 'digital content' yang pertama di Malaysia.

Sepanjang sesi yang dikendalikannya, Karl telah mendedahkan kepada para pengunjung serta peminat muzik dan Cromok amnya, tentang bagaimana teknologi digital telah mengubah cara Cromok merakam dan menggubah muzik mereka. Pelbagai 'archive' yang masih disimpan oleh Karl sepanjang 25 tahun penglibatannya dalam bidang muzik telah dipertontonkan kepada pengunjung selain turut memainkan beberapa buah lagu secara live termasuklah hits "I Don't Belong Here" dan "Another You". Pengunjung yang bertuah juga telah membawa pulang hadiah eksklusif dari Karl melalui sesi kuiz dan soal jawab selain sesi bergambar bersama Karl.

Info lanjut tentang BACA World boleh diikuti di www.bacaworld.com.my

Poster / trailer filem POLTERGEIST (2015)

"Dulu hantu tv CRT analog! Sekarang poltergeist in ultra high definition! Ultra HD resolution...and High Frame Rate!"

Poster terbaru dan trailer filem POLTERGEIST, terbitan Ghost House dan 20th Century Fox. Bakal tayang 24 Julai 2015.

Arahan: Gil Kenan
Penerbit: Roy Lee, Sam Raimi, Robert G. Tapert
Lakonlayar: David Lindsay-Abaire
Lakinan: Sam Rockwell, Jared Harris, Rosemarie DeWitt  Saxon Sharbino, Kyle Catlett, Kennedi Clements, Nicholas Braun, Jane Adams
Muzik: Marc Streitenfeld
Sinematografi: Javier Aguirresarobe
Suntingan: Jeff Betancourt

Paint The Sky Red 'Not All Who Wonder Are Lost' Malaysia tour

Supporting acts:
Deepset
Moi Last Von
Loch
Soft

Date: Sunday, February 15 at 5:00pm
Venue: Penny Lane Studio 9-2, Jalan PJS 8/11, Mentari Business Park, Sunway, 46150 Petaling Jaya, Malaysia.
Ticket: RM15

Paint The Sky Red is an independent instrumental rock band from Singapore.

According to the band: "The songs we write hope to serve as the soundtrack for one's own self-reflection to find meaning in tests of time, moments of uncertainty, the nostalgic past, the bitter past, the fragility of life and relationships and struggles in one's acceptance of fate."

"They are purely instrumental with wordless words for listeners to envelop and express with their own interpretations."

To listen: http://painttheskyred.bandcamp.com
To watch: http://www.youtube.com/painttheskyredsg

Sunday, February 8, 2015

BOYCE AVENUE LIVE IN MALAYSIA!

When: Feb 12, 2015 at KL LIVE

Boyce Avenue will be heading to Malaysia as part of their Asia Tour which will be held at KL LIVE on February 12. Organized by The Livescape Group, the one-night-only show is set to attract over 2,000 fans in what will be their first ever appearance in the country.

The band is made up of brothers, Alejandro who sings lead vocals, plays the guitar and piano, Fabian who plays the guitar and sings backing vocals, and Daniel who plays bass, percussion and also sings backing vocals. The brothers formed the band in 2004 and have been producing videos and sharing their original music as well as covers of popular songs on YouTube since 2007. The band boasts over 6.5 million YouTube subscribers, 1 billion total views, and over 290 videos on their main YouTube channel BoyceAvenue. They have also collaborated with other YouTube artistes such as David Choi, Kina Grannis, Alex Goot, Hannah Trigwell, Tyler Ward, Fifth Harmony, and many more.

The name of the band, Boyce Avenue, is derived from two street names which the brothers used to live on when they were younger. The sensational trio are among the first few internet celebrities to create music-focused channels on YouTube and have since gained a large number of subscribers on their respective YouTube channels. They are known for their collaboration in making covers of popular pop songs on YouTube.

The band’s debut album, All We Have Left includes singles such as “Every Breath”, On My Way” and “Broken Angel”. Boyce Avenue will independently re-release their album All We Have Left through their label, 3 Peace Records, founded in 2006 by the brothers. The band later released their first EP, No Limits, in 2014 which include singles such as “Speed Limit”, “I Had To Try” and “Scars”.

The Boyce Avenue Asia Tour live in Kuala Lumpur will take place at KL LIVE, Kuala Lumpur on February 12 and will also feature Narmi and Elizabeth Tan as opening acts with JinnyBoy hosting.

Tickets: RM188, RM258 (Ticket prices exclude RM3 ticketing fee)

Ticket info visit: http://www.ticketpro.com.my/jnp/concert/1516901-Boyce-Avenue.html

Sidang Media Pelancaran CD, VCD dan DVD Konsert “ANUAR ZAIN – TIGA DEKAD: MUZIK, CINTA DAN SANUBARI”

Pada 27 Januari lalu di TGV 1Utama telah berlangsungnya majlis pelancaran CD, VCD dan DVD konsert Anuar Zain - Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari terbitan Anuar Zain Network, edaran Universal Music. Juga konsert Anuar Zain live in Singapore yang bakal berlangsung pada 7 Februari 2015. Penonton di kalangan ahli TGV Movieclub yang terpilih pagi tadi telah berpeluang menyaksikan preview dari DVD ini selain membawa pulang hadiah eksklusif dari Anuar Zain.

Kehebatannya tidak perlu dipertikaikan lagi, pertama kali mengadakan konsert mega, Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari setelah tiga puluh tahun bergelar anak seni nyata cukup untuk membuktikan kredibiliti, reputasi, serta populariti beliau. Ternyata aura dan kekuatan penyanyi kacak Anuar Zain terletak pada muzik dan vokalnya yang berupaya menggamit hati lebih kurang enam ribu penonton yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam semasa konsert ini berlangsung.

Anuar Zain turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas. Muzik video Sempurnakan Aku yang menjadi kesinambungan kepada muzik video Ajari Aku juga dipertontonkan kepada para peminat Anuar Zain buat julung kalinya malam itu. Selain Nora Danish, beberapa rakan artis seperti Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira Arul juga membuat kemunculan dalam Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari.

Kini, khas buat semua peminat-peminat Anuar Zain yang ingin menonton semula konsert yang meruntun kalbu ini, Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan TGV Cinemas akan melancarkan CD, VCD dan DVD Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari yang menjadi saksi kelantangan suara merdu Anuar Zain. Peminat beliau boleh mendapatkan CD, VCD dan DVD Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari di Speedy Video berhampiran.

Cinta Harus Memiliki dari Anuar Zain adalah single utama yang dipertaruhkan oleh Universal Music Malaysia dan Anuar Zain Network dalam album konsert ini. Peminat-peminat fanatik Anuar Zain akan dapat menonton siaran penuh konsert serta di sebalik tabir Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari. Selain itu, terdapat juga MTV karaoke Ajari Aku sebagai trek bonus di dalam album ini.

Atas kerjasama dengan TGV Cinemas, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari akan dipertontonkan kepada umum di layar perak bermula Februari ini. Tayangan pertama dijangka akan diadakan di TGV Cinema One Utama pada 15 Februari 2015 pada jam 3 petang.

TGV Cinemas dilengkapi dengan sistem pancaran dan sistem bunyi yang terkini, menempatkannya sebagai lokasi yang sesuai untuk menyiarkan Konsert Anuar Zain – Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari yang pastinya dapat memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh peminat.Tayangan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TGV Cinemas untuk meningkatkan dan mentakrifkan semula hiburan pawagam untuk para penonton. “Sebelum ini, kita juga telah menayangkan konsert seperti ‘One of a Kind 3D: G-Dragon 2013 1st World Tour’ dan ‘Justin Beiber’s Believe’ yang telah mendapat sambutan hebat daripada peminat mereka. Muzik Anuar Zain adalah abadi dan dia telah mempunyai peminat dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat, oleh itu kami amat teruja untuk menayangkan konsert ini, “kata Celeste Koay, Pengurus Pemasaran Kanan TGV Cinemas.

Jualan tiket untuk tayangan Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari akan bermula pada awal Februari. Untuk menempah tiket dan mendapatkan maklumat lanjut, peminat tegar Anuar Zain boleh layari www.tgv.com.my, layari laman Facebook (www.facebook.com/tgvcinemas) atau memuat turun TGV Mobile App dari GooglePlayStore atau Apple App Store.

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari ini pastinya mendapat tempat yang istimewa dalam hati para peminat beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=BLc66TgXKpU

#anuarzain #tgvcinemas

Preview dan ulasan filem BANGUNAN arahan Khir Rahman

29 Januari lalu telah berlangsungnya pratayang media filem BANGUNAN yang menjadi filem tempatan pertama yang mengadakan preview filem di GSC Nu Sentral (yang baru dirasmikan pagi sebelumnya).

Plot: Suatu temuramah rambang untuk proses kreatifsebuah produksi filem,  telah menemukan suatu pengalaman lain dari yang dijangka, lalu mengubah hala produksi tersebut ke arah kisah aneh di sebuah Bangunan. Khabarnya, apa yang bakal disaksikan bukanlah berasal dari skrip tetapi apa yang benar-benar berlaku. Bangunan akan ditayangkan di pawagam berdekatan pada 5 Februari 2015. Arahan Khir Rahman dan Sein Qudsi, dibintangi oleh Khir Rahman, Sein Qudsi, Aqasha, Yusran Hashim, Osh Azmi Musa dan Wan Shahidi. Terbitan Camwerk Studios dan Suar Channel, edaran Excellent Pictures.

Ulasan: Khir Rahman boleh saja pitch idea filem (berbentuk separa dokumentari dengan slot akhir ialah lakonan semula) ini untuk slot tv dengan nama, wait.... Entiti. Dia ada 2 kes bangunan saja yang ditampilkan, dan itu yang hanya sempat dirakam. Kalau dirakam/ditokok-tambah mitos urban berkaitan bangunan untuk menambah durasinya, itu lebih molek daripada filem ini dihabiskan dengan filler Tinggal Seorang yang tiada kena mengena dengan tema asal filem. Cerita last tu menarik kalau buat silent horror film yang boleh berdiri sendiri. Ya, part last tu tak berapa nak setuju dicantum sekali.

Poster tanpa gambar pelakon. Awesome!

Bintang sebenar filem ini: Cikgu Yusran.

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=qe_5qfulIZM

Tayangan perdana filem The Dream Boyz ( 小電影 )

Di Pavilion pada 3 Februari lalu telah berlangsungnya majlis bertemu barisan pelakon dan pengarah filem Mandarin tempatan The Dream Boyz ( 小電影 ) (dari team filem The Journey) dengan peminat serta tayangan perdana filem di GSC Pavilion. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam mulai 12 Februari 2015 edaran RAM Entertainment.

Filem arahan Ryon Lee ini mengisahkan lapan sekawan daripada kelab drama sekolah mereka yang berhasrat untuk menerbitkan sebuah filem sebelum menamatkan zaman persekolahan, dan dalam masa yang sama menyelamatkan kelab drama tersebut. Sepanjang perancangan tersebut, mereka diuji dengan pelbagai masalah dari segi persahabatan mereka.

Klasifikasi: P13
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 12 Februari 2015
Bahasa: Mandarin
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pengarah: Ryon Lee
Pelakon: Alvin Chong, Fuying, Sam, Rayz Lim, Teddy Chin, Eric Lin, Joe Chong, Qie Wang ( Astro Miss Chinese Internal Pageat finalist).

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=M2p8wlS4Hyc

Kulit depan novel grafik FIGHT CLUB 2

Ilustrasi dari ilustrator komik David Mack untuk kulit depan novel grafik sekuel FIGHT CLUB tulisan Chuck Palahniuk yang ditunggu-tunggu penuh antisipasi (Dark Horse Comics) telah didedah kepada umum, menantikan isu pertamanya pada bulan Mei ini.

-—----——----------—-----

In recent interview with Hustler Magazine, Chuck talked more extensively about the sequel, so we now have what looks like the most complete plot description of the story.  Here goes:

"The sequel will be told from the-- at first-- submerged perspective of Tyler Durden as he observes the day-to-day tedium of the narrator's life. Because 20th Century-Fox created the convention of calling the protagonist Jack, I'm calling him Cornelius.  He's living a compromised life with a failing marriage, unsure about his passion for his wife.  The typical midlife bullshit.  Likewise, Marla is unsatisfied and dreams of accessing the wild man she'd once fallen in love with.  She tampers with the small pharmacy of drugs that her husband needs to suppress Tyler, and-- go figure-- Tyler reemerges to terrorize their lives."

Chuck also spoke about the process and inspiration for writing the sequel:

"The sequel has been percolating in my mind for years.  My only worry is about presenting it in the form of a graphic novel.  The medium shapes the messages, and I'll be relearning how to tell stories.  My tendency is to hold the entire plot in my mind until I'm afraid of forgetting it.  Once I start writing, I can't stop.  That feverish, ill-fed, exhausting stint of writing in the only part of the process that I fear."

Pelancaran trailer rasmi filem Cicakman 3 & Muzik Video “Adiwira”

Pada 28 Januari lalu, di Glitters Cafe, GSC Pavilion telah berlangsungnya majlis perasmian trailer filem dan pengumuman penaja filem Cicakman 3 terbitan KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw.

Dengan gabungan mantap barisan pelakon popular seperti Zizan Razak,Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, garapan dua pengarah terkemuka tempatan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar, serta kolaborasi studio-studio gergasi tanahair KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw; maka terhasillah filem mega yang dinantikan ramai “Cicakman 3” yang bakal menggegar pawagam tidak lama lagi.

“Cicakman 3” mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu dan bersahaja, aksi yang lebih mantap serta elemen drama yang menyentuh hati. Bandaraya Metrofulus pula dihidupkan semula dengan penggunaan CGI yang lebih kemas hasil kematangan artis-artis kesan khas visual di KRU Studios yang kini sudah masuk tahun yang ke 10 di dalam bidang penerbitan filem.

“Cicakman 1 merupakan filem arahan saya yang pertama pada 2005. Ketika itu ramai yang skeptikal tentang projek ini dan tidak faham naskhah yang ingin saya tonjolkan melalui konsep “zero to hero” iaitu seorang “loser” tetapi berjiwa besar yang dalam proses pembelajaran untuk menjadi adiwira. Eskperimen tersebut berjaya dan Cicakman 1 mendapat kutipan box office filem tempatan yang tertinggi pada tahun 2006. Kini, saya berani katakan Cicakman 3 merupakan naskhah yang terbaik yang pernah saya arahkan bukan saja dari sudut teknikal tetapi yang lebih penting penceritaan yang baik hasil kerjasama dengan Ghaz serta pakar-pakar skrip dari tiga studio yang ternama di Malaysia” ujar Yusry Abdul Halim.

Menurut pengarah bersama filem Cicakman 3, Ghaz Abu Bakar: “Gabungan dua pengarah di dalam satu set penggambaran jarang berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, Cicakman 3 merupakan filem yang besar dan ianya menjustifikasikan keperluan tersebut. Saya dan Yusry sering bertukar pendapat semasa penulisan skrip, penyediaan papan cerita, di lokasi penggambaran dan hasilnya memang cukup kemas dari pelbagai sudut.”

“Cicakman 3” mempertaruhkan Zizan Razak sebagai Man yang menjadi Cicakman baru bagi meneruskan legasi adiwira yang pernah dipopularkan oleh Saiful Apek. Selain dari Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, filem ini turut dibintangi oleh Bell Ngasri, Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Adam Corrie dan pelakon cilik Rykarl Iskandar.

Pada sidang media yang sama, KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw turut mengumumkan kerjasama dengan Nestle Kit Kat sebagai penaja rasmi Cicakman 3. Nantikan “Cicakman3” di pawagam berhampiran anda mulai 12 Mac 2015.

Pengarah: Yusry Abdul Halim & Ghaz Abu Bakar
Skrip: Nizam Zakaria
Terbitan: KRU Studios, Grand Brilliance & Astro Shaw
Pelakon: Zizan Razak,Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Bell Ngasri, Rykarl Iskandar, Rashidi Ishak, Adam Corrie, Azizah Mahzan dan Sathiya.

Trailer:

https://www.youtube.com/watch?v=lL7NVXhcggU

Kolaborasi pertama kali dari Zizan & KRU menghasilkan “Adiwira”, lagu tema kepada Cicakman 3 boleh diperdengarkan di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=BdDd6KQ_URs

ROAD TO RAMLEE lakonan Iedil Putra, Christina Suzanne, Awang Masrin, Bo Amir Iqram

ROAD TO RAMLEE. Drama 4 minit sebanyak 4 episod oleh 4 pemuda, mencari Ramlee‪ arahan Rewan Ishak kini memasuki episod kedua dan boleh ditonton di www.youtube.com/Samsungmalaysia

Menurut Rewan: "Road To Ramlee ‬will be released online on Samsung Malaysia youtube channel starting from 28 January. It's not a feature film for cinema release, it's a web film (4 parts & will be released weekly). So you don't have to go to cinema or check cinema listing. It's free. Make sure you share it online after you watch it. There will be an activation code in each episode that you need to unlock to watch the music video and download the final song from the band for free in the 4th week. Thanks for the support. For better viewing pleasure, buy a‪ Samsung Note 4‬ with WQHD display. Majulah filem & muzik untuk negara."

PLOT: In the hustle bustle of modern Kuala Lumpur, 4 friends: Adam, Reza, Haris and Jonny inspired by their common respect for the late P. Ramlee, are part of a 4-piece musical tribute band, The Un4gotten.

Hoping to become legends in their own right, they embark together on a journey in search of their own true voice, powered by the Samsung GALAXY Note 4.

Road to Ramlee dilakonkan oleh Iedil Putra, Christina Suzanne, Awang Masrin, Bo Amir Iqram dan Sean Lee.

Hashtag: #‎roadtoramlee‬

#SamsungNote4 presents #RoadToRamlee. Meet Adam, Reza, Haris & Jonny from The Un4gotten. Their journey begins January 28. Exclusively on @samsungmobilemy official youtube channel. ‪

Saturday, February 7, 2015

Tayangan media eksklusif ‘AFTER THE WEDDING’ anjuran HyppTV dan CinemaWorld

HYPPTV DAN CINEMAWORLD ASIA MENGANJURKAN TAYANGAN MEDIA EKSKLUSIF ‘AFTERTHE WEDDING’, CALON ACADEMY AWARD BAGI FILEM BAHASA ASING TERBAIK

CinemaWorld HD meraikan bulan Mac dengan pemenang & calon-calon Anugerah dari serata dunia, membawakan semuanya ke rumah anda. Tayangan perdana “After The Wedding” di CinemaWorld HD (HyppTV Saluran650) pada 7 Mac, 9.00 malam, dan di aplikasi mudah alih, HyppTVEverywhere.

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, dengan kerjasama CinemaWorld Asia baru-baru ini menganjurkan acara tayangan secara eksklusif filem ‘After The Wedding’, filem dari Demark yang mendapat pencalonan di Academy Award bagi kategori “Filem Bahasa Asing Terbaik” pada tahun 2007 untuk rakan-rakan media. Filem ini dibintangi oleh Mads Mikkelsen (Casino Royale) dan diarahkan oleh pemenang pengarah terbaik di Academy Award, Susanne Bier. ‘After The Wedding’ akan ditayangkan pada 7 Mac 2015, jam 9.00 malam secara eksklusif di CinemaWorld HD, HyppTV Saluran 650.

Dilancarkan di platform HyppTV pada September 2014 lalu, CinemaWorld HD merupakan satu-satunya saluran filem antarabangsa seluruh Asia pertama yang menayangkan pelbagai pilihan filem box office terbaik secara eksklusif, filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan filem-filem kegemaran di seluruh negara. CinemaWorld HD menawarkan kepada penggemar-penggemar filemdi Malaysia dengan program-program yang unik.

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Kami percaya kepada pentingnya mempunyai pelbagai tawaran kandungan untuk pelanggan-pelanggan HyppTV seperti filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan yang layak memenangi anugerah dari pelbagai negara seluruh dunia di CinemaWorld HD. Ia bukan sahaja membawakan kandungan bertaraf antarabangsa yang belum pernah ditonton malah menayangkan juga filem-filem berkualiti tinggi yang menampilkan kepelbagaian budaya dan mempunyai nilai sinematik yang tinggi buat pelanggan kami.”

“CinemaWorld merupakan salah satu daripada rakan kongsi yang turut hadir pada acara HyppCarnival baru-baru ini di mana kami telah melancarkan pek nilai terbaru HyppTV iaitu HyppTV Jumbo Pack, Aneka Pack dan Varnam Pack. Menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan sesuatu yang mampu dimiliki oleh pelanggan HyppTV untuk menikmati kandungan bertaraf antarabangsa seperti Hiburan dan Sukan, CinemaWorld HD merupakan sebahagian daripada penawaran kandungan dalam HyppTV Jumbo Pack pada harga mampu milik iaitu RM60 sebulan. Pelanggan HyppTV bukan sahaja boleh menikmati filem-filem dari CinemaWorld HD ketika berada di rumah, malah mereka turut boleh menontonnya di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere,” tambah beliau.

Sementara itu, James Marturano, Naib Presiden Eksekutif, CinemaWorld Asia dalam ucapannya berkata, “Kami amat teruja dengan pelbagai pilihan filem perdana pada bulan Mac ini. Penonton-penonton bakal menikmati filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan tercalon bagi pelbagai anugerah yang telah kami pilih khusus untuk anda. Anda turut berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan selesa tanpa perlu meninggalkan rumah anda!”

Selain itu, CinemaWorld HD memberikan para penggemar filem pelbagai filem terbaru yang menarik yang tidak dapat ditonton di tempat lain. Merentasi pelbagai negara, filem-filem dari Eropah, Amerika Latin, Australia, Asia, Asia Tenggara, Amerika Utara dan dari Timur Tengah, saluran ini pasti menghidangkan sesuatu untuk setiap peminat filem. CinemaWorld HD merupakan dunia hiburan terbaru selain Hollywood. Kesemua filem ini akan dinikmati di saluran televisyen berbayar di CinemaWorld HD dan akan ditayangkan dengan sari kata Bahasa Malaysia, memberikan pelanggan keseronokan menonton yang maksimum.

Pada bulan Mac ini, CinemaWorld akan menayangkan filem-filem yang memenangi anugerah dan yang mendapat pencalonan pada setiap hari Sabtu dan Ahad padajam 9.00 malam. Nikmati tayangan perdana pelbagai filem eksklusif termasuklah filem “After The Wedding” yang turut tercalon di anugerahOscar; filem Britain “Third Star” yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch (The Imitation Game), arahan pengarah yang pernah memenangi anugerah di BAFTA, Hattie Dalton; dan filem Kurdish “My Sweet Pepper Land” yang menjadi pembukaan bagi Cannes Film Festival 2013, dibintangi oleh pelakon Iran popular, Golshifteh Faharani (Exodus: Gods and Kings).

Penonton turut berpeluang menikmati pengalaman tontonan dengan senarai filem-filem Oscar dari Lithuania, Afrika Selatan dan Croatia: “The Gambler’, mengisahkan tentang percintaan, kesungguhan dan kesinambungan hidup; “Little One”, mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sebuah bandar di Johannesburg; dan ”Cowboys”, sebuah filem komedi mengenai sekumpulan orang tempatan yang ingin mementaskan sebuah karya Amerika Barat dalam bentuk muzikal.

Bercirikan time shift, catch-up dan tontonan di pelbagai peranti menerusi HyppTV Everywhere, saluran ini membolehkannya ditonton di CinemaWorld HD on Demand (Saluran 850), sebagai sebahagian daripada penawaran “Video On Demand” dari HyppTV.Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman sosial media kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), dan www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

Poster baru siri Netflix/Marvel DAREDEVIL

Poster terbaru siri Netflix, DAREDEVIL yang merupakan komik  popular Marvel telah didedahkan  yang bakal ditayangkan pada 10 April ini.

Sinopsis: DAREDEVIL mengisahkan tentang MATT MURDOCK yang buta setelah terkena bahan radioaktif. Walaupun OKU, pancaindera Matt yang lain seperti mendengar, menghidu dan merasa memiliki keupayaan yang sangat luar biasa. Dengan kelebihan ini, Matt yang pada siangnya merupakan seorang peguam berubah menjadi adiwira bernama Daredevil yang menegakkan keadilan bandar  Hell’s Kitchen, New York City.

Siri ini dibintangi oleh Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil, Deborah Ann Woll sebagai Karen Page, Elden Henson sebagai Foggy Nelson, Rosario Dawson sebagai Claire Temple dan Vincent D’Onofrio sebagai Wilson Fisk . Siri Marvel untuk siaran Netflix ini merupakan terbitan eksekutif Steven S. DeKnight (“Spartacus,” “Buffy: TheVampire Slayer,” “Angel”) dan Drew Goddard (“Cabin in the Woods,” “Lost,” “Buffy The Vampire Slayer,” turut menulis dua episod Daredevil”), di samping Jeph Loeb (“Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D.", “Marvel’s Agent Carter”, “Lost”). Ia merupakan terbitan bersama Marvel Television dan ABC Studios untuk Netflix.

Fara Fauzana pengacara baru Muzik Muzik 30

Khamis lalu kami berada di Studio C, Sri Pentas sempena rakaman pertama Muzik Muzik 30 (MM30) selain pengumuman pengacara baru MM30 yang digalas oleh Fara Fauzana menggantikan pengacara terdahulu, Scha Alyahya yang sempat mengacarakan Muzik Muzik selama 2 musim.

Penyampai radio, Fara Fauzana dipilih sebagai hos baru MM30 bergandingan dengan AG Hot FM. Pengumuman itu dilakukan Khamis lalu ketika berlangsungnya rakaman episod pertama yang diadakan di studio C, Sri Pentas. Pengumuman itu menamatkan teka-teki selama ini akan pengacara baru MM30.

AG dan Fara juga bukan asing bersama kerana turut mengendalikan segmen AM Krew Hot FM dari pagi Isnin hingga Jumaat. Fara sebelum ini pernah mengacarakan program Melodi dan Nona yang turut disiarkan di TV3.

Dalam edisi terbaharunya, MuzikMuzik 30 akan memperkenalkan pengacara TV dan penyampai radio popular, Fara Fauzana sebagai gandingan baharu AG untuk meneruskan legasi Muzik Muzik. Fara Fauzana bukan sahaja berpengetahuan luas dalam bidang muzik tetapi beliau juga seorang pengacara TV yang mempunyai kredibiliti dan versatil. Fara Fauzana pernah memenangi Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005 – 2012 dan juga Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2006 – 2014.

Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9 berkata, “Alhamdullilah, Muzik Muzik masih relevan dengan kehendak penonton selepas tiga dekad bersiaran. Keserasian gandingan AG dan Fara Fauzana juga sudah terbukti dalam pengendalian segmen popular, Hot FM AM Krew. Jadi, kami yakin gandingan mantap dua nama besar ini dapat memantapkan lagi persembahan kandungan Muzik Muzik 30 yang lebih tumpu kepada kekuatan editorial.

”Setiap tahun, Muzik Muzik memperkenalkan segmen baharu supaya tampil dengan pengisian program yang lebih mantap dan terus menjadi rujukan kepada peminat muzik tanah air. Selain carta lagu dan pencalonan lagu-lagu baharu pada setiap minggu yang bakal menentukan 30 lagu yang bertanding di separuh akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu 30 serta berkongsi perkembangan terkini industri muzik di dalam dan luar negara, Muzik Muzik 30 yang membawakan konsep ‘infotainment’ turut memperkenalkan beberapa segmen baharu, antaranya, “Launching At Muzik Muzik”, “Projek Muzik Hot FM” dan “Story Of The Month”.

Launching At Muzik Muzik” bakal menyaksikan produksi Muzik Muzik menjalani sesi rakaman atau bersiaran secara langsung di lokasi pelancaran album ataupun acara muzik yang dikendalikan oleh syarikat rakaman atau artis.

Ekoran daripada kejayaan Projek EP Hot FM, tercetus idea untuk TV3 bekerjasama dengan stesen radioHot FM bagi melancarkan Projek Muzik Hot FM menerusi program Muzik Muzik 30. Projek Muzik Hot FM mengetengahkan karya lagu asli dan aliran muzik yang baharu. Penyertaan Projek Muzik Hot FM perlu dihantar dalam bentuk klip video sama ada rakaman kamera ataupun telefon pintar. Lagu-lagu yang diterima atas Projek Muzik Hot FM juga akan dipaparkan dalam Muzik Muzik 30 dan menjadi bahan kandungan yang berlanjutan sehingga ke peringkat separuh akhir dan juga AJL30.

Story Of The Month”, projek bulanan Muzik Muzik 30 ini memaparkan perbincangan secara santai bersama panel yangterdiri daripada penggiat muzik tanah air termasuk penyanyi, penulis lirik dan juga komposer. Mereka akan mengupas isu-isu dan menjawab persoalan yang berkaitan dengan industri muzik Malaysia.

Muzik Muzik 30 juga akan membuat liputan tentang penggiat muzik tempatan di arena antarabangsa. Ikuti juga paparan perkembangan terkini artis-artis kegemaran anda di laman sosial. Selain itu, pasangan hos juga akan berinteraksi secara santai dengan tetamu studio menerusi aktiviti permainan yang mudah dan lucu. Tidak ketinggalan juga paparan buletin artis-artis luar negara dengan kerjasama Majalah Hot.

Saksikan Muzik Muzik 30 yang menampilkan gandingan hos AG dan Fara Fauzana pada setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang mulai 7 Februari 2015. Muzik Muzik 30 terbitan Primeworks Studios diketuai oleh Puan Nurhul Huda Haji Khalid selaku penerbit eksekutif, Mohd Jamira Ramli dan Mohd Zamzuri Mohd Zaini sebagai penerbit program. Hangatkan lagi perbualan di laman sosial tentang program Muzik Muzik 30 dengan hashtag #MM30.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan ‘Muzik Muzik 30’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Related Posts with Thumbnails