our sponsor

Followers

Thursday, May 30, 2013

Rumah Julie Woon hampir dirompak oleh penjenayah amatur bersenjata pisau

Kejadian ini berlaku apabila ibu Julie Woon mendengar deringan loceng pintu di rumahnya. Dan apabila ibunya membuka pintu, seorang lelaki dalam usia 20'an yang berwajah Cina berkaca mata berdiri di depan pintu dengan membawa beg. Apabila lelaki itu mahu bergerak selangkah ke hadapan dengan ibu Julie masih cuba mengecam siapa lelaki ini, dalam masa beberapa saat saja ibunya menyedari yang lelaki itu cuba menarik sebilah pisau panjang si sebalik begnya. Ibu Julie menjerit membuatkan lelaki itu terkejut lalu menutup pintu dengan kuat. Lelaki itu terus bertempiaran lari dan kemungkinan lelaki itu baru saja belajar nak merompak. Tapi syukurlah dalam kejadian itu ibu Julie selamat dan tidak menjadi mangsa rompakan. Jadi, berhati-hatilah apabila kita menerima jemputan, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Pastikan pintu gril tidak dibuka terlebih dahulu sebelum kita kenal pelawat rumah kita. Dan i love you, Julie. Marilah kita berkahwin.

Berikut ialah petikan status Facebook Julie Woon:
Sejam yang lalu, seorang lelaki tidak dikenali membunyikan loceng pintu rumah ibu saya. Menyangka itu saya, beliau membuka pintu, namun mendapati seorang pemuda berbangsa Cina, berusia lingkungan 20-an, berdiri di hadapannya sambil membawa sebuah beg galas dan berkaca mata.
Lelaki itu melangkah masuk selangkah, dan ibu saya menatapnya sambil tertanya-tanya siapa dia. Dalam sekelip mata, ibu saya menyedari lelaki itu mengeluarkan pisau panjang dari belakang begnya. Ibu saya menjerit, menyebabkan lelaki itu terkejut lalu melangkah ke belakang. Dalam keadaan panik, ibu saya terus menutup pintu dengan cepat. Lelaki tersebut melarikan diri.
Kemungkinan lelaki itu seorang amatur yang belum pernah merompak sebelum ini. Saya bersyukur ibu saya selamat dan tidak menjadi mangsa pertamanya. Pastikan pintu dan pagar anda dikunci sebelum tidur malam ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails