31 Januari lalu, sekitar 5:30 petang di Hall 4, Kuala Lumpur Convention Center, gitaris band thrash metal tempatan, Karl Cromok telah menjadi jemputan untuk slot Digital Music di pameran BACA World 2015 yang merupakan pameran 'digital content' yang pertama di Malaysia.
Sepanjang sesi yang dikendalikannya, Karl telah mendedahkan kepada para pengunjung serta peminat muzik dan Cromok amnya, tentang bagaimana teknologi digital telah mengubah cara Cromok merakam dan menggubah muzik mereka. Pelbagai 'archive' yang masih disimpan oleh Karl sepanjang 25 tahun penglibatannya dalam bidang muzik telah dipertontonkan kepada pengunjung selain turut memainkan beberapa buah lagu secara live termasuklah hits "I Don't Belong Here" dan "Another You". Pengunjung yang bertuah juga telah membawa pulang hadiah eksklusif dari Karl melalui sesi kuiz dan soal jawab selain sesi bergambar bersama Karl.
Info lanjut tentang BACA World boleh diikuti di www.bacaworld.com.my
No comments:
Post a Comment