our sponsor

Followers

Friday, February 19, 2016

[TONTON] 'Tulus Ikhlas’, filem adaptasi iklan Hari Lebaran Bernas yang pertama di Malaysia di saluran ASTRO FIRST

Papar kesinambungan kisah 2 sahabat karib dari kalangan insan istimewa

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2016 - 'Tatkala penghuni rumah anak yatim yang lain pulang ke pangkuan keluarga untuk meraikan Hari Lebaran bersama, 2 anak kecil yang mana seorang cacat penglihatan, yang seorang lagi cacat pendengaran masih tergapai-gapai pada malam raya mencari jalan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama ibu kepada anak yang cacat pendengarannya itu. Erat berpegangan tangan, 2 sahabat baik ini berhadapan dengan pelbagai halangan dan akhirnya tiba jua ke destinasi yang hendak dituju hasil belas kasihan seorang pemandu lori yang sudi menumpangkan mereka. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing, apabila dapat meraikan lebaran bersama dengan melawat ibu kepada anak yang cacat pendengarannya,..... di tempat persemadiannya.'

Begitulah ringkasan iklan Hari Lebaran yang disiarkan pada tahun 2012 dan diterbitkan sebuah syarikat padi beras terkemuka tanah air yang pernah menjadi viral pada suatu ketika dahulu dengan jalan ceritanya yang begitu meruntun perasaan masyarakat tempatan. Kini, sudah empat tahun berlalu namun kisah dua sahabat ini masih utuh terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia. Justeru itu, Independent Pictures Sdn Bhd membawakan sebuah filem baharu berjudul 'Tulus lkhlas’ yang diinspirasikan daripada iklan Hari Lebaran tersebut ke kaca televisyen penonton menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 20 Februari 2016 ini.

Filem yang berdurasi selama 90 minit ini mendapat sentuhan sutradara Hafiz Ibrahim dengan olahan skrip oleh Al Jafree Md Yusop. Selain dibintangi oleh 3 bintang filem berpengalaman, Marissa Yasmin (Marlia), Rahhim Omar (Bunyamin) dan Azri Iskandar (Ted), filem ini turut dibintangi oleh 2 muka baru yang juga merupakan watak utama filem ini iaitu Azmi Bahron (Buyong) dan Mohd Safiq Arshad (Adi).

Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro berkata, "Kami sentiasa mencari kelainan di dalam setiap filem yang ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif. Apabila dimaklumkan bahawa filem Tulus Ikhlas ini diinspirasikan daripada sebuah iklan Hari Lebaran yang pernah menjadi viral beberapa tahun lalu, saya yakin filem ini bakal memberi impak yang sangat hebat, sama seperti iklan asal yang dihasilkan sebelum ini."

"Mengimbau kembali keistimewaan iklan tersebut yang pertama kalinya disiarkan pada tahun 2012, ia berjaya meruntun hati setiap mereka yang menontonnya. Saya yakin, dengan sentuhan saudara Hafiz Ibrahim, pengarah yang sama melahirkan iklan Hari Raya tersebut, Tulus Ikhlas mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri para peminat filem yang ada di luar sana. Cetusan idea yang dihasilkan oleh pengarah muda ini mempunyai jiwanya tersendiri dan lain daripada yang lain sehingga berjaya meraih beberapa anugerah di dalam mahupun luar negara. Karya-karya berkualiti seumpama inilah yang kami ingin sajikan khas untuk pelanggan Astro First Eksklusif”.

Tulus Ikhlas membawa penonton menerjah kehidupan 2 insan kurang upaya bernama Adi dan Buyong. Adi yang merupakan seorang cacat penglihatan dan Buyong seorang yang cacat pendengaran meneruskan kelangsungan hidup sebagai tukang urut kaki di Jalan Alor, Kuala Lumpur. Kedua-dua sahabat karib ini bertemu di sebuah rumah anak yatim di mana mereka menumpang berteduh sehingga menginjak usia remaja. Bertahun hidup bersama, hubungan mereka seperti adik-beradik, saling melengkapi umpama isi dengan kuku. Meskipun hidup dalam serba kekurangan, Adi dan Buyong tetap bahagia dan menerima takdir hidup mereka dengan hati terbuka.

Sehinggalah pada satu hari, takdir menemukan mereka dengan seorang lelaki di lewat usia yang masih tegap dan segak bernama Bunyamin. Tanpa disangka, lelaki yang memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota itu merupakan bapa kandung Buyong yang telah membuangnya dari saat beliau dilahirkan. Kini, bapa Buyong muncul kembali dengan hanya satu tujuan; mendapatkan tanah pusaka yang telah turut diwariskan di bawah nama Buyong sebagai pemilik bersama. Oleh kerana ketamakan yang wujud dalam diri bapa Buyong, tanah peninggalan itu perlu dipajak pada kadar segera bagi memastikan kelangsungan projek pembangunan syarikat beliau. Tidak memahami tujuan dan permainan bapanya, Buyong berasa sangat keliru terutamanya apabila setiap pertemuan yang dirancang bersama bapa kandungnya perlu dilakukan secara sulit dan jauh dari masyarakat sekeliling.

Lakonan mantap yang dipersembahkan, suntikan konflik yang pelbagai serta jalan cerita yang segar dan lain daripada kebanyakan karya yang ada di luar sana jelas menjadi tonggak utama kekuatan filem ini.

Jelas Khairul Anwar lagi, "Tulus Ikhlas memaparkan sebuah kisah sisi kehidupan yang jarang diungkapkan kepada masyarakat. Penonton akan dibawa menyelami isi hati golongan kurang upaya dan melihat sendiri cabaran serta keperitan yang mereka lalui dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mana selama ini sering kita pandang enteng sahaja. Tambah menarik lagi apabila kita dapat menyaksikan kehidupan dunia korporat bertembung dengan kehidupan dunia jalanan."

"Naskah ini boleh saya ibaratkan sebagai sebuah pertaruhan berani daripada Astro First Eksklusif apabila meletakkan sepenuh kepercayaan kepada muka-muka baru dalam industri filem tempatan untuk menggalas peranan utama. Pujian harus diberikan kepada setiap pelakon kerana berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan cukup berkesan sekali. Tidak keterlaluan jika saya katakan, faktor mereka yang kurang dikenali sebenarnya amat membantu dalam menghidupkan lagi jalan cerita filem ini kerana penonton sealah-olah menonton sebuah kehidupan sebenar dan bukannya sekadar sebuah Iakonan,” ujar Khairul Anwar lagi.

Jalan cerita filem yang menjalani penggambaran selama 12 hari ini diolah supaya mudah difahami dan dekat di hati penonton serta bersesuaian untuk tontonan segenap lapisan masyarakat. Setiap babak diselitkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti nilai persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang dan pengorbanan.

Tambah Khairul Anwar Iagi, “Filem ini merupakan antara karya air mata terbaik yang pernah dipaparkan di Astro First Eksklusif. Ia mengisi kekosongan jiwa dengan nilai-nilai murni yang semakin dipinggirkan dalam kehidupan seharian masyarakat pada hari ini. Jika penonton mahu lari dari lambakan genre filem masa kini yang tidak jauh bezanya, Tulus Ikhlas adalah jawapannya; sebuah kisah masyarakat yang mampu mendidik jiwa”.

Filem Tulus Ikhlas akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 20 Februari 2016. Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, para penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Tonton treler: http://youtu.be/Ou1Qcd_fOJY

Thursday, February 18, 2016

Budak raver mahu hapuskan hipster di KLCC

ada member email kat gua screen shot ni, persoalan nya dak-dak gothic nak letak mana? hahaha!

INI BODOH!

Filem: JAGAT

Disember memang musim filem yang bosan. Kerana ada Star Wars: The Force Awakens, langsung studio lain tak berani nak tayang filem yang lain. Takut rugi. Sehinggalah ada filem seperti Jagat, filem yang kecil dengan kos pembikinan sekitar RM300,000 yang sesetengah orang 'indicate', "alah, dapat tayang di panggung pun dah kira cukup bagus. Dapat pulang modal pun dah cukup bagus".

Kecuali semangat filem Jagat arahan Shanjhey Kumar Perumal ini tidak sekecil modalnya. Ia sebuah filem dengan mesej yang besar, dibuat penuh berambisi dan seharusnya apabila pembikinnya optimis filem ini mahu diraikan di sebanyak pawagam yang mungkin (bukan itu saja, tapi ketika slot penonton benar-benar bersedia mahu menonton filem - waktu perdana, bukan waktu berkerja) maka kita melihat sebuah lanjutan dari kisah kejayaan The Journey, juga filem yang diraikan satu negara biarpun berlainan latar budaya dan bahasa.

Filem Jagat mendapat rave reviews dari pengkritik dan peminat filem tempatan. Tapi ia bukan jaminan ia dapat menyumbang pulangan besar buat pembikinnya jika ia tidak sampai pada 'targeted audience'nya, biarpun pengarahnya, Shanjhey Kumar Perumal menyasarkan RM3 juta, angka yang besar di kala pasaran filem tempatan lebih banyak turun berbanding naiknya.

Dalam entry Facebooknya, Shanjhey menulis:

"Ramai yang mengkritik kita kenapa mahu 'release' Jagat sewaktu dengan Star Wars...? Sememangnya kita tidak melihat Star wars satu ancaman yag besar dari awal lagi.

Kami tahu masyarakat Malaysia akan menonton Star Wars, filem Tamil etc terlebih dahulu.

Kami percaya mereka akan kembali menonton filem tempatan sekiranya mendapat review yang baik.Kami memang menjangka Jagat akan mendapat perhatian menerusi ‘word of mouth’. 3 hari yang pertama memang suram, tetapi selepas 3 hari,kutipan mulai meningkat.

Pihak pawagam menggunakan alasan 3 hari ini untuk menarik balik tayangan walaupun mereka tahu kutipan sedang meningkat.Sepatutnya filem yang berpotensi perlu diberi perhatian bukan sebulat-bulatnya menuding jari ke arah syarat yang termaktub.Bukan 10 filem tempatan yang masuk pada musim perayaan ini, hanya Jagat sahaja.

Berkenaan dengan 15% 'Theatre occupancy' pula,Pihak pawagam memberi 5 tayangan di lokasi yang laris tetapi memberi 8 tayangan di lokasi yang kurang laris. Kami syak ini adalah untuk sengaja menununjukkan ‘Theatre occupancy’ kurang. It’s not about breaking the rules anymore ,it's about bending the rules.

Tarikh peruntukkan wajib tayang pun perlu direbut-rebut dengan ratusan pembikin filem yang lain.At least 'Star wars' kita dapat tahu tarikh tayangan lebih awal, tetapi filem dari India selalunya tidak ada ketetapan langsung. Mereka akan 'release' dalam minggu-minggu terakhir secara tiba-tiba.

Anda kisah pasal Star Wars ? Boleh dikatakan setiap bulan kita ada 'Blokbuster release' dari Hollywood, Hong kong dan India. Adakah ini bermaksud pembikin filem tempatan tidak harus bergiat dan membikin filem langsung?

Salahkah kami untuk ingin berjuang di musim perayaan ? Lebih baik berjuang dan kalah dengan gergasi daripada kalah dari segi mental dan tidak mahu berjuang langsung."

Jagat kini memasuki minggu kedua tayangan, ditayangkan di pawagam-pawagam berikut: - MBO Harbour Place, Klang
- TGV Cinemas Rawang
- TGV Cinemas Bukit Tinggi, Klang
- TGV Cinemas AEON Bukit Mertajam
- TGV Cinemas Tebrau City, Johor Bahru
- GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur
- GSC IOI Mall, Puchong
- LFS Sentul Cineplex, Kuala Lumpur
- LFS Butterworth
- Superstar Cinema, Today's Mall Ulu Tiram

(Maklumat tayangan di http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2015.10936.jagat.21491&section=showtimes )

Filem JAGAT mengisahkan tentang seorang budak nakal berusia 12 tahun Appoy dan hubungannya dengan bapanya, Maniam, dan pakciknya, Bala (bekas penagih dadah), dan Dorai, seorang gangster. Ia berlatarbelakangkan pada awal 1990, iaitu tempoh sejarah sukar untuk kaum India Malaysia ketika itu di mana pemilik ladang yang sebelum ini mengupah mereka bekerja sejak generasi terdahulu lagi telah meminggirkan mereka, dan mereka terpaksa berpindah ke bandar dan bergelut untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang teruk.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Disember 2015
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: Skyzen (M) Sdn Bhd
Pelakon: Harvin Raj, Jibrail Rajhula, TineshSathi Krishnan, Kuben Mahadevan
Muzik: Kamal Sabran (Space Gambus Experiment)
Pengarah: Shanjhey Kumar Perumal
Laman web: https://www.facebook.com/jagatthemovie

Treler: http://youtu.be/vxdzPPIyRi8

Altimet & The Kawan Band To Perform At SXSW 2016

Altimet & The Kawan Band have been invited to perform at one of the world’s most premier music and film conference and festival i.e. the South by Southwest 2016 which will be held at Austin, Texas, USA between 11 March 2016 to 20 March 2016.

Altimet & The Kawan Band is notably the only Malaysian representative performing on the World Stage at SXSW this year. They will be performing a showcase on 17 March 2016 at the Russian House.

Altimet & The Kawan Band SXSW 2016 Tour is supported by One XOX and Malaysia Airlines Berhad.

http://www.sxsw.com/music/festival

SHEILA ON 7 LIVE CONCERT IN MALAYSIA 2016 IN CONJUNCTION WITH 20TH ANNIVERSARY OF SO7

Tarikh: 27 Mac 2016, 8:00 malam
Tempat: StarXpo Hall, KWC Mall, Kuala Lumpur
Tiket: RM190 / RM150 / RM110 / RM75 , layari http://www.ilassotickets.com/event/view/570

Dalam sejarah muzik Indonesia, band ini dinamakan sebagai satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal sebanyak lebih dari satu juta unit, tiga album berturut-turut.Sejurus sahaja menawan hati khalayak dengan album perdana mereka yang bertajuk Sheila On 7 (1999), band yang awalnya menamakan diri mereka sebagai W.H.Y Gank ini meledak dengan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki (2000), 07 Des (2002), Pria Terhebat (2004), 507 (2006),Menentukan Arah (2008),Berlayar (2011) dan Musim Yang Baik (2014).

Bukan hanya di tanah air sendiri, malah Sheila On 7 yang dikenali dengan nama pendek SO7 ini mencipta nama dan populariti di Malaysia, Singapura serta Brunei. SO7 sudah menjadi sebuah kisah klasik malah kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan Sheila Gank. Kerinduan ini seharusnya dipersembahkan dengan kemunculan grup ini ke Malaysia.

Bersempena dengan ulangtahun ke 20 penubuhan SO7 maka mereka bakal menyambutnya di Malaysia pada 27 Mac 2016 ini. Konsert atas nama “Teman, Sahabat & Cintaku” ini bakal melakarkan sebuah lagi kenangan klasik dan anugerah terindah yang pernah dimiliki Sheila Gank.

Related Posts with Thumbnails