our sponsor

Followers

Thursday, February 18, 2016

Filem: JAGAT

Disember memang musim filem yang bosan. Kerana ada Star Wars: The Force Awakens, langsung studio lain tak berani nak tayang filem yang lain. Takut rugi. Sehinggalah ada filem seperti Jagat, filem yang kecil dengan kos pembikinan sekitar RM300,000 yang sesetengah orang 'indicate', "alah, dapat tayang di panggung pun dah kira cukup bagus. Dapat pulang modal pun dah cukup bagus".

Kecuali semangat filem Jagat arahan Shanjhey Kumar Perumal ini tidak sekecil modalnya. Ia sebuah filem dengan mesej yang besar, dibuat penuh berambisi dan seharusnya apabila pembikinnya optimis filem ini mahu diraikan di sebanyak pawagam yang mungkin (bukan itu saja, tapi ketika slot penonton benar-benar bersedia mahu menonton filem - waktu perdana, bukan waktu berkerja) maka kita melihat sebuah lanjutan dari kisah kejayaan The Journey, juga filem yang diraikan satu negara biarpun berlainan latar budaya dan bahasa.

Filem Jagat mendapat rave reviews dari pengkritik dan peminat filem tempatan. Tapi ia bukan jaminan ia dapat menyumbang pulangan besar buat pembikinnya jika ia tidak sampai pada 'targeted audience'nya, biarpun pengarahnya, Shanjhey Kumar Perumal menyasarkan RM3 juta, angka yang besar di kala pasaran filem tempatan lebih banyak turun berbanding naiknya.

Dalam entry Facebooknya, Shanjhey menulis:

"Ramai yang mengkritik kita kenapa mahu 'release' Jagat sewaktu dengan Star Wars...? Sememangnya kita tidak melihat Star wars satu ancaman yag besar dari awal lagi.

Kami tahu masyarakat Malaysia akan menonton Star Wars, filem Tamil etc terlebih dahulu.

Kami percaya mereka akan kembali menonton filem tempatan sekiranya mendapat review yang baik.Kami memang menjangka Jagat akan mendapat perhatian menerusi ‘word of mouth’. 3 hari yang pertama memang suram, tetapi selepas 3 hari,kutipan mulai meningkat.

Pihak pawagam menggunakan alasan 3 hari ini untuk menarik balik tayangan walaupun mereka tahu kutipan sedang meningkat.Sepatutnya filem yang berpotensi perlu diberi perhatian bukan sebulat-bulatnya menuding jari ke arah syarat yang termaktub.Bukan 10 filem tempatan yang masuk pada musim perayaan ini, hanya Jagat sahaja.

Berkenaan dengan 15% 'Theatre occupancy' pula,Pihak pawagam memberi 5 tayangan di lokasi yang laris tetapi memberi 8 tayangan di lokasi yang kurang laris. Kami syak ini adalah untuk sengaja menununjukkan ‘Theatre occupancy’ kurang. It’s not about breaking the rules anymore ,it's about bending the rules.

Tarikh peruntukkan wajib tayang pun perlu direbut-rebut dengan ratusan pembikin filem yang lain.At least 'Star wars' kita dapat tahu tarikh tayangan lebih awal, tetapi filem dari India selalunya tidak ada ketetapan langsung. Mereka akan 'release' dalam minggu-minggu terakhir secara tiba-tiba.

Anda kisah pasal Star Wars ? Boleh dikatakan setiap bulan kita ada 'Blokbuster release' dari Hollywood, Hong kong dan India. Adakah ini bermaksud pembikin filem tempatan tidak harus bergiat dan membikin filem langsung?

Salahkah kami untuk ingin berjuang di musim perayaan ? Lebih baik berjuang dan kalah dengan gergasi daripada kalah dari segi mental dan tidak mahu berjuang langsung."

Jagat kini memasuki minggu kedua tayangan, ditayangkan di pawagam-pawagam berikut: - MBO Harbour Place, Klang
- TGV Cinemas Rawang
- TGV Cinemas Bukit Tinggi, Klang
- TGV Cinemas AEON Bukit Mertajam
- TGV Cinemas Tebrau City, Johor Bahru
- GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur
- GSC IOI Mall, Puchong
- LFS Sentul Cineplex, Kuala Lumpur
- LFS Butterworth
- Superstar Cinema, Today's Mall Ulu Tiram

(Maklumat tayangan di http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2015.10936.jagat.21491&section=showtimes )

Filem JAGAT mengisahkan tentang seorang budak nakal berusia 12 tahun Appoy dan hubungannya dengan bapanya, Maniam, dan pakciknya, Bala (bekas penagih dadah), dan Dorai, seorang gangster. Ia berlatarbelakangkan pada awal 1990, iaitu tempoh sejarah sukar untuk kaum India Malaysia ketika itu di mana pemilik ladang yang sebelum ini mengupah mereka bekerja sejak generasi terdahulu lagi telah meminggirkan mereka, dan mereka terpaksa berpindah ke bandar dan bergelut untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang teruk.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Disember 2015
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: Skyzen (M) Sdn Bhd
Pelakon: Harvin Raj, Jibrail Rajhula, TineshSathi Krishnan, Kuben Mahadevan
Muzik: Kamal Sabran (Space Gambus Experiment)
Pengarah: Shanjhey Kumar Perumal
Laman web: https://www.facebook.com/jagatthemovie

Treler: http://youtu.be/vxdzPPIyRi8

No comments:

Related Posts with Thumbnails