Hari ini semasa saya dalam perjalanan balik ke Seri Iskandar dari KL saya singgahdi R&R Tapah untuk solat. Di R&R tersebut ada sebuah stall yang menjual lemang. Saya membeli sebatang lemang (RM15), 10 butir ketupat daun palas (RM10) dan rendang tok (RM10). Saya mahu makan di rumah jadi saya bungkus semuanya. Transaksi berlaku lebih kurang jam 440pm pada 15 Jun 2014.
Sampai saja di rumah kami sekeluarga terus menjamu selera. Alangkah malangnya kerana 4 butir dari ketupat palas itu telah basi. Saya baru teringat dan perasan, semasa penjual tersebut mengambil ketupat palas tadi, dia mengambil separuh dari satu sudut dan separuh lagi dari satu sudut yang lain. Sangkaan saya ialah, beliau mencampurkan yang lama dan yang baru.Mencampurkan yang telah basi dengan yang baik.
Oleh kerana rumah saya dan R&R Tapah adalah jauh (lebih kurang sejam perjalanan), saya tidak dapat mengembalikan ketupat palas yang basi tadi.
Saya ingin menasihatkan konsumer semua supaya berhati-hati dengan stall yang menjual lemang ini. Apabila membeli pastikan makanan yang dibeli adalah baru dan tidak basi terutama apabila anda membelinya untuk makan di rumah. Sangkaan saya ialah stall lemang ini adalah franchise dan terdapat di banyak R&R.
Janganlah memberi alasan bahawa yang menjual tidak tahu ianya telah basi. Jika penjual tidak tahu, siapa yang nak diharapkan supaya tahu?
Amatlah mengecewakan dalam keadaan kita sekarang kelam kabut dengan halal haram makanan yang dijual, penjual MUSLIM juga tidak kurang buruknya. Mereka mengambil kesempatan menjual makanan yang buruk kepada kita. Kepercayaan kita sebagai pembeli Muslim dipermainkan. Kualiti dan intergriti dalam muamalah diperlakukan seperti tiada nilai dosa dan pahala dalam agama.Semoga peristiwa ini menjadi iktibar kepada kita untuk menjadi peniaga yang lebih berintergriti, bermaruah dan berkualiti. Pembeli juga tidak boleh percaya 100% kepada peniaga, walaupun dia beragama Islam. Pengusaha juga perlu mengambil tindakan kepada peniaga sebegini.
Yang Kecewa,
Dr Ibrisam Akbar,
Seri Iskandar, Perak.
--------------------------------------
Lanjutan dari kisah ketupat daun palas basi...
Saya telah call PLUSline dan seorang pegawai bernama Aida telah mengambil aduan saya. Beliau berkata akan menghantar seseorang untuk buat semakan terhadap kiosk tersebut.
Lebih kurang sejam kemudian, Aida menelefon kembali dan dia telah buat semakan. Malangnya, komplen saya terhadap ketupat daun palas disalaherti kepada lemang. Beliau berkata bahawa lemang yang ada di kiosk tersebut telah diganti dengan yang baru ketika orang PLUS datang buat semakan. Saya katakan kembali bahawa masalahnya pada ketupat daun palas bukannya lemang. Beliau bertanya samada saya mahukan kekalkan aduan dan saya menjawab, ya. Dia mahu memberi no telefon peniaga tersebut tetapi saya minta peniaga itu menelefon saya.
Tidak lama kemudian, peniaga itu menelefon saya. Dia memperkenalkan diri sebagai supervisor kiosk tersebut (bukan budak yang menjual pada petang tadi). Dia katakan selama ini lemang yang dijual sentiasa dalam keadaan baik. Lebih dari itu dia katakan saya yang memilih lemang dengan pilihan saya sendiri. Saya jawab, bukan pada lemang tetapi pada KETUPAT DAUN PALAS. Dia tergamam.
Saya katakan, ketika mengambil ketupat daun palas tadi, si budak yang memilih, dan dia pilih sebahagian dari kelompok lain dari sebahagian dari kelompok yang lain.
Beliau meminta maaf dan offer ganti rugi. Beliau minta saya ambil gantirugi di Ipoh (yang terdekat) atau di R&R. Saya katakan gantirugi itu bukan penting, yang penting kualiti makanan tidak dijaga. Dia merayu untuk tarik balik aduan, saya katakan tidak supaya ini akan menjadikan beliau lebih prihatin terhadap kualiti. Dia katakan selama ini tiada masalah dan ketupat daun palas yang dihantar adalah dari orang lain dan kiosk hanya merebus. Saya katakan itu bukan masalah saya, dan atas sebab aduan ini beliau patut memarahi vendor yang hantar ketupat daun palas tersebut. Dan selepas ini beliau patut jaga kualiti dengan lebih baik lagi. Dia merayu sekali lagi, saya katakan tidak.
Terima kasih kepada PLUS kerana mengambil serius terhadap aduan saya. Kepada kiosk ketupat, rendang tok dan ketupat daun palas tersebut, semoga ini menjadi pengajaran kepada anda supaya lebih menjaga kepercayaan pembeli yang membeli dengan prasangka baik dan juga dapat menjaga intergriti dan kualiti makananyang dijual di masa akan datang.
Ini bukan membuka aib sesama Muslim, INI ADALAH ADUAN/KOMPLEN.
Yang benar,
Dr Ibrisam Akbar,
Seri Iskandar, Perak.
No comments:
Post a Comment