our sponsor

Followers

Sunday, October 12, 2014

Terjemahan Hati, album baru dari ST12

Nama band ST12 yang berasal dari Bandung, Indonesia mula naik selepas lagu Putih-Putih Melati mula popular di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, dengan ia menjuarai di hampir semua carta stesen radio tempatan manakala jualan Ring Back Tone-nya mencecah hanpir 4 juta muat turun. Lagu ini mudah menangkap perhatian pendengar kerana baris korusnya yang meminjam bait lirik lagu kanak-kanak popular dengan tajuk yang sama tulisan Said Usbros tetapi dengan sedikit pengubahsuaian.

Populariti lagu dendangan ST12 ini bukan hanya di carta radio sahaja, malah peminat-peminat turut membawakan semula lagu di laman Youtube samada dengan instrumen sendiri atau versi karaoke, termasuklah versi dendangan Datin Seri Rosmah Mansor.

Tahun ini ST12 melancarkan album terbaru mereka berjudul Terjemahan Hati, memuatkan 11 buah lagu yang diterbitkan sepenuhnya oleh ketua band, Pepep. Masih mengekalkan irama Pop Rock Melayu, istimewanya album ini ST12 turut merakamkan semula lagu Salam Terakhir nyanyian asal Allahyarham Sudirman.

Salam Terakhir dan ST12
Salam Terakhir daripada kacamata ST12 merupakan sebuah lagu yang sangat hebat. Lagu ini sarat dengan nilai kasih, semangat dan juga rasa kecintaan dalam perspektif yang sangat unik. Lagu gubahan Manan Ngah dan tulisan Habsah Hassan ini dipilih ST12 sebagai simbolik rasa simpati dan kasih sayang mereka kepada penduduk Malaysia atas dua tragedi pesawat Malaysia Airlines baru -baru ini. “Kami tujukan lagu ini buat ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yang hilang dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine baru-baru ini. Salam Takziah dari kami warga Indonesia yang cintakan keamanan. “ jelas Pepep. ST12 masih menerapkan bentuk muzik dan nyanyian gaya mereka, namun beliau akui lagu asal nyanyian Sudirman ini terlalu luarbiasa untuk ditiru apalagi ditandingi.

Album ini diterbitkan oleh syarikat milik ST12 sendiri CV Stasiun Managemen dan diedarkan secara ekslusif ke Brunei, Singapura dan Indonesia oleh Rumpun Records dan Universal Music.

Senarai penuh lagu di dalam album Terjemahan Hati :
1. Baby Love
2. Rock 'n Roll Cinta
3. Pendamping Hidup
4. I'm So Happy
5. Bilaku Cinta
6. Penyesalan
7. AmpunanMu
8. Terjemahan Hati
9. Harapan Semua
10. Haruskah
11. Salam Terakhir

Album ST12 – Terjemahan Hati kini boleh didapati di iTunes dengan harga USD 5.99 sahaja bermula 6 Oktober 2014.

Pautan:
Laman Facebook ST12
https://www.facebook.com/officialST12
https://www.facebook.com/pages/st12/108452865655

Laman Rasmi Twitter ST12 @officialST12

Laman Rasmi Instagram http://instagram.com/st12band

iTunes ST12 - Terjemahan Hati:  http://smarturl.it/ST12TerjemahanHati

Universal Music Malaysia: http://www.universalmusic.com.my

Facebook Universal Music Domestic: https://www.facebook.com/universalmalaysiadomestic

No comments:

Related Posts with Thumbnails