our sponsor

Followers

Sunday, July 13, 2014

[FILEM] Taking Woodstock : Era Vintage Woodstock Dikembalikan Dalam Garapan Sebuah Filem

Talking Woodstock merupakan sebuah filem bercorakkan komedi drama yang berkisar tentang Festival Muzik Woodstock 1969. Filem ini dikeluarkan untuk tayangan umum pada 2009 semasa Festival Filem Cannes. Selepas itu ia ditayangkan di New York dan Los Angeles pada 26 Ogos 20009.Dua hari kemudian ia ditayangkan serentak di seluruh Amerika. Pengarahnya merupakan seorang lelaki berbansa cina bernama Ang Lee. Filem ini telah diadaptasi daripada sebuah buku berjudul Taking Woodstock : A True Story of a Roit, a Concert and a Life yang ditulis oleh Elliot Tiber dan Tom Monte. Penggambaran filem ini bermula pada Oktober 2008 dibeberapa lokasi seperti New Lebanon, New York dan East Chatham, New Yorkyang terletak di Columbia County dan New York City Filem ini mendapat ulasan dan kritikan yang baik daripada para penkritik filem. Walaupun berstatus filem bebas ia mampu mengutip kutipan box office dengan minggu pertama tayangannya sebanyak $3,457,760. Jumlah keseluruhan yang dikutip berjumlah $8,695,829. Filem ini turut tercalon untuk kategori Outstanding Film Anugerah Media GLAAD Malangnya ia tidak ditayangkan di pawagam negara kita. Saya berkesempatan menonton filem ini selepas terjumpa dvdnya di sebuah pasar malam.

Para Pelakon
* Demetri Martin sebagai Elliot Teichberg / Tiber,
* Imelda Staunton sebagai Sonia Teichberg
* Henry Goodman sebagai Jake Teichberg
* Liev Schreiber sebagai Vetty von Vilma
* Jonathan Groff sebagai penganjur Woodstock  Michael Lang
* Eugene Levy sebagai Max Yasgur,pemilik ladang
* Emile Hirsch sebagai Billy, veteren perang Vietnam
* Paul Dano dan Kelli Garner sebagai pasangan hippie
* Jeffrey Dean Morgan sebagai Dan, abang Billy
* Mamie Gummer sebagai Tisha
* Dan Fogler sebagai Devon
* Skylar Astin sebagai John P. Roberts
* Adam LeFevre sebagai Dave
* Kevin Chamberlin sebagai Jackson Spiers
* Damian Kulash sebagai pemain gitar hippie

Plot
Berlatarkan tahun 1969 ia merupakan sebuah kisah benar yang diilhamkan oleh Elliot Tiber. Watak Elliot dilakonkan oleh Demetri Martin. Permulaan kisahnya bemula mengenai Elliot di mana ibu dan bapanya iaitu Jake lakonan Henry Goodman dan Sonia lakonan Imelda Staunton memiliki sebuah motel kecil yang bernama El Monaco di Bandar raya New York. Sekumpulan Hippie yang digelar The Earthlight Players menyewa sebuah pondok tetapi mereka tidak mampu untuk membayar sewa. Setiap kali datang seseorang mengutip bayaran sewa, kumpulan hippies ini akan bertempiaran lari dengan berbogel sehingga dikejar masuk ke pondok oleh Sonia. Hari-hari kehidupan keluarga Elliot sangat malap dan motel itu hampir-hampir ditutup kerana masalah kewangan. Ini memajksa Elliot mencari jalan untuk menyelamatkan motel keluarganya. ideanya dengan cuba mengadakan sebuah festival muzik berskala kecil dengan bayaran serendah $1 sahaja. Akhirnya dia berjaya mendapatkan permit dari pekan Bethel. Apabila tersebarnya berita tentang kesukaran penganjur Festival Woodstock mendapatkan permit dia menawarkan permit yang diperolehinya berserta kemudahan motelnya. Jirannya Max Yasgur lakonan Eugene Levy bersetuju menyediakan lokasi konsert di ladang kepunyaanya dengan mengenakan bayaran sebanyak $5000.Tetapi apabila menyedari kehadiran penonton mungkin mencapai puluhan ribu Yasgur menaikan jumlah bayaran kepada $75000. Ia membawa pulangan kepada Elliot dan Yasgur. Pada mulanya ibu Elliot menentang keras cadangannya itu tetapi selepas melihat sejumlah wang akhirnya dia bersetuju. Seorang pendudukj yang dikenali dengan Vilma ( Liev Schreiber ) diupah sebagai pengawal keselamatan. Elliot dan Yasgur berdepan pelbagai masalah seperti hotelnya di cop sebagai lokasi keganasan oleh pihak berkuasa  dan turut dicap dengan lambang swastika nazi oleh muda mudi pekan itu. Setelah menghadapi berbagai dugaan, akhirnya mereka berjaya mendapat kepercayaan penduduk tempatan. keluarga Tiber akhirnya dapat membikin duit. Elliot tidak menonnton persembahan muzik di festival itu tetapi pergi mengembara bersama-sama pasangan hippie lakonan Paul Dano dan Keilui Garner dengan menaiki van VW. Sekembalinya daripada pengembaraan tersebut dia mencadangkan ibunya untuk menggaji pekerja supaya dia boleh meninggalkan pekan itu. Namun ibunya tidak mahu malah inginkan Elliot terus membantunya secara suka rela walaupun ibunya memiliki wang simpanan berjumlah $97000. Elliot membenci sikap ibunya yang berpura-pura menghadapi masalah kewangan.

Kenali Ang Lee
Ang Lee dilahirkan pada 23 Oktober 1954 di Taiwan. Beliau merupakan seorang pengarah filem. Antara hasil arahanya ialah Eat Drink Man Women (1994), Sense and Sensibility (1995), Crouching Tiger Hidden Dragon (2000), Hulk (2003) dan filem yang mendapat Anugerah Academy sebagai pengarah terbaik iaitu Brokebabk Mountain (2005). Malah filem ini turut mendapat pelbagai anugerah seperti Independent Spirit award dan Golden Globe Award. Beliau merupakan orang asia pertama yang mencapai kejayaan sedemikian.

No comments:

Related Posts with Thumbnails