our sponsor

Followers

Sunday, July 13, 2014

Sebelum & Selepas Slipknot : Stone Sour

"Kami dah ada material yang cukup untuk 4 buah album !", jelas Corey Taylor tentang cara penulisan lagu untuk Stone Sour menunjukkan betapa mereka begitu relaks dalam menghasilkan karya. Ia begitu berbeza dengan hasil kerjanya untuk band metal bertopeng, Slipknot. "Ia datang dari apa saja, menunjukkan bagaimana bebasnya kami menulis lagu dan berkerja bersama. Macam kami tak peduli langsung tentang benda lain." Dahulu, Stone Sour adalah band yang paling popular di Des Moines, Iowa sebaris dengan Slipknot tapi tak ada orang yang datang ke Des Moines untuk melihat mereka dan ia sangat menghampakan Corey. Slipknot sendiri terpaksa ke Chicago untuk dikenali. Corey menyertai Slipknot untuk bereksperimen dengan sesuatu yang berbeza. Kebetulan, dia menyukainya.  "Tapi saya tahu saya akan kembali juga bersama dengan Stone Sour.

"Stone Sour memberi ruang kepada vokalis Slipknot itu untuk memperkembangkan gaya penulisan mengikut citarasanya dan sesuatu yang tak sesuai dengan format Slipknot. Realitinya,Stone Sour adalah band asal Corey sebelum dia menyertai Slipknot dan anggota-anggota Stone Sour adalah rakan-rakan lamanya yang bergabung semula untuk menghasilkan sesuatu yang telah lama mereka tinggalkan, band hard-rock bermelodi yang berisi dan berinisiatif. Corey menamakan Iron Maiden, Skid Row, Metallica, Motley Crue, Misfits, Sex Pistols dan Black Flag sebagai pengaruh muzikalnya ketika menghasilkan lagu untuk Stone Sour.

Pemain gitar, Josh Rand memberi pendapat tentang bunyi awal mereka, "Kami mula sebagai band alternatiflah lebih kurang, tapi saya keluar sebab saya nak jadi lebih berat. Masa tu semua orang nak jadi macam Pearl Jam atau Nirvana. Kami fikir dah tak ada orang yang dengar Slayer, jadi Stone Sour banyak dipengaruhi bunyi alternatif pada awal penubuhan."

Dibentuk pada tahun 1992 oleh Corey dan pemain drum Joel Ekman, Stone Sour adalah produksi selama 10 tahun yang penuh dengan keazaman. Rakan lama Corey, pemain bass Shawn Economaki, menyertai Stone Sour selepas band itu diasaskan. Tanpa konsep yang tetap, mereka hanya menulis lagu-lagu yang disukai dan bermain di kelab-kelab dengan pemain-pemain gitar yang berbeza, ada diantara meraka hanya sempat bermain untuk satu show sahaja.

Titik perubahan mereka datang pada tahun 1995 apabila Jim Root meyertai mereka, menjadikan bunyi mereka lebih berat dan ini melengkapkan formasi mereka sebagai satu unit band. Sehinggalah tahun 1997, Corey mengambil keputusan menyertai Slipknot diikuti Jim dan ini telah menguburkan Stone Sour. Joel mula berkeluarga manakala Shawn menjadi pengurus pentas untuk Slipknot. Tahun 2000, Josh Rand, anggota asal Stone Sour dan juga rakan lama Corey telah menulis beberapa lagu dan menperdengarkan lagu-lagu itu kepada Corey Taylor. Corey menyukainya dan terus memasukkan lirik. Selepas itu mereka mula menulis lagu bersama-sama sehingga cukup untuk dimuatkan ke dalam satu album iaitu StoneSour. Mereka merakamkan demo sambil dibantu oleh Dan Spain, pemain dram Downthesun yang ketika itu menunggu masa untuk bandnya menandatangani kontrak bersama Roadrunner. Demo mereka yang telah siap pula kemudian sampai ke tangan Monte Corner, A&R untuk Roadrunner yang berpendapat bahawa mereka patut mencari anggota untuk melengkapkan band mereka. Sejurus selepas itu Joel dihubungi untuk menyertai mereka diikuti Shawn seminggu kemudian dan akhir sekali Jim Root kerana terdapat lagu-lagu Stone Sour yang memerlukan dua pemain gitar.

"Dalam demo, Corey bermain bahagian gitar kedua, tapi dia memutuskan untuk memfokuskan hanya pada vokal. Dari situ kami mula berfikir untuk memanggil Jim untuk bermain gitar. Lagipun dia sendiri dulu adalah sebahagian daripada Stone Sour. Jim ada menulis sebuah lagu 'Inside The Sinage' pada tahun 1997, dan dia kata pada Shawn, kalau kami nak main lagu tu, dia pun nak join kami balik, " tambah Josh. "Pelik juga kerana kami telah kembali sebagai Stone Sour. Semasa saya dan Corey memulakannya, kami sekadar suka-suka buat lagu, itu saja, lepas tu ia berkembang menjadi Stone Sour. Kenyataannya kami dah 4 kali tukar nama, kepada sesuatu yang mengarut dan berakhir dengan Stone Sour.Stone Sour adalah band 'full time' bagi kami. Yang jelasnya, Corey dan Jim menganggap Stone Sour adalah band serius mereka sama seperti Slipknot.Stone Sour bukanlah band projek."

No comments:

Related Posts with Thumbnails