our sponsor

Followers

Friday, December 11, 2015

Kisah 2 budak jual Sandwich 20 sen yang Viral

"Salam semua...

Terima kasih atas komen-komen dan kata kata semangat yang diberikan. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pencerahan di sini supaya tidak ada salah anggap. Ini adalah inisiatif anak-anak saya sendiri atas tujuan charity. Malahan modal pun dari duit simpanan sekolah mereka. Saya hanya memberi sokongan kepada mereka dan berharap mereka dapat 'life lesson' dan 'value of giving'.

Setiap kali musim cuti sekolah tiba.. Anak2 saya akan come up with a project untuk bantu golongan yang memerlukan.. Contoh nya seperti tahun2 yang lepas, mereka telah bantu anak2 di Gaza, golongan banjir di Pahang dan Kelantan.. Kali ini mereka bantu untuk mereka yang bekerja di kawasan sekitar TTDI untuk mendapatkan sarapan dengan harga RM0.20sen..Dan hasil kutipan sepanjang jualan ini akan dipanjangkan ke rumah anak yatim yang mereka pilih untuk bekalan keperluan sekolah.. Mungkin hasil yang dikutip tidak sebanyak mana pun... Tetapi dengan kutipan yang sedikit ini mungkin dapat meringkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kepada mereka yang telah menyokong project kebajikan mereka ini... Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya... Dan ini bukan bermaksud untuk di viralkan." - Nurhuda Samsudin

Takpe puan Nurhuda. Niat yang baik perlulah dihebahkan, kan? Kalaulah ada sandwich 20 sen di tempat saya (Batu Caves Centrepoint) selalu lah saya jadi pelanggan. Dengan kenaikan kos pengangkutan awam, memang saya rasa terbeban. Makan pun terpaksa kena catu. Atau saya tukar menu, di tempat saya, beli nasi kat gerai akak ni berlaukkan kuah dengan leher atau kaki ayam je, kadang kala adalah sayur dan tempe. Boleh la dalam RM2. Kalau akak tu pemurah, time nak tutup gerai dapat la RM1.50 untuk nasi berlauk ala kadar saya tu. Tak merasa makan daging ayam atau ikan pun. Kalau di restoran mamak, simle yang macam saya ambil tu pun dah nak RM2.50 ke RM3. Masak sendiri pilihan tepat kecuali saya menyewa bilik yang tak berdapur. Ada rice cooker je. Apapun, teruskan niat murni puan. Semoga Allah murah rezeki puan sekeluarga untuk terus membantu sesama manusia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails