"Berbual-buallah dulu ya, nak. Nanti makcik siapkan..... kopi!"
"Kalau mak sama dengan bapak kamu, yang mana jantan yang mana betinanya?"
"Ha, lihat orang-orang tu semua. Ya tak gambar ini boleh bercakap?"
Seorang lagi biduanita perfileman Melayu telah meninggal dunia di rumahnya di Woodlands, Singapura, pada pukul 5.50 petang tadi iaitu Biduanita Momo Latif atau nama sebenarnya, Momo Makarim, 92 tahun, meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi. Pelakon yang pernah membintangi filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Musang Berjanggut dan Pendekar Bujang Lapok. Dikenali dengan watak isteri kepada Pendekar Mustar Pinang Sebatang. Di atas ialah sebahagian dialog yang pasti anda ingati.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Momo Latiff yang menghembuskan nafas terakhir di sisi 10 anak dan cucunya. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum dikebumikan di Pusara Abadi, You Chu Kang, selepas solat Jumaat esok. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment