our sponsor

Followers

Saturday, October 3, 2015

Pelancaran Kempen Retro Raya HABIB 2015 Bersama Duta Selebriti

HABIB meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran Silaturrahim di Hari Raya, Rantaian Kasih Selamanya sebagai tema kempen pada tahun ini, dengan sentuhan gaya dan suasana retro. Bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, pada 16 Jun acara ini bertujuan untuk melancarkan koleksi barang kemas terbaru HABIB sempena Raya iaitu koleksi “Moghul” yang diinspirasikan dari rekaan seni dan reka bentuk pada zaman Empayar Moghul yang diperagakan oleh beberapa selebriti tanahair termasuk duta-duta kempen iaitu Siti Saleha, Elfira Loy dan Iqram Dinzly bersama penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar sebagai pengacara majlis.

Persembahan pembukaan oleh Feeya Iskandar. Azharina menyampaikan lagu-lagu Raya‪.  Sketsa oleh Feeya Iskandar sebagai pengacara majlis dan duta-duta kempen Raya HABIB 2015, Elfira Siti Saleha dan Iqram Dinzly. Ketibaan Dato' Sri Meer yang bergaya dengan berbasikal untuk melancarkan kempen Rantaian Kasih HABIB 2015. 

Selepas pelancaran kempen oleh Dato’ Sri Meer Habib selaku Pengarah Urusan HABIB, para selebriti dan model yang memakai busana Shelle Belle tajaan khas dari Azura Couture serta baju melayu moden ARATA oleh Ryzal Jaafar memperagakan koleksi Moghul yang sangat indah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails