Sempena kedatangan Awal Muharam yang mulia ini, pelakon yang lebih dikenali dalam dunia filem Hong Kong sebagai Jackie Chan mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Abdul Qadir Chan bin Abdullah (sebagai penghormatan pada jurufoto Kadir Chan dan sparring partner Bruce Lee, Kareem Abdul Jabar) atau orang Ganu panggil Pok Dir atau Ustak Dir Cine. Alhamdulillah. Dia jugapernah dicalonkan Oscar untuk filem Drunken Master dan Muallaf.
Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran berlakon sementelah patah rahang ketika bergayut di set lakonan yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti pelakon yang uzur sepertinya. Jackie Chan berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi pelakon dahulu yang mendedahkan ketiak macam Hanis Zalikha di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Raya Haji yang lalu.
[GAMBAR: Jackie Chan menyedekah unta sempena Hari Raya Qurban yang lalu di Syria.]
Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta serban Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki Jackie Chan . Pakai Atlas juga ya? Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.
No comments:
Post a Comment