our sponsor

Followers

Saturday, October 3, 2015

Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Domino's Pizza - Delicious Deal

Domino’s Pizza menganjurkan majlis berbuka puasa untuk 70 tetamu istimewa dari Rumah Perlindungan Al-Nasuhah dan 50 guru dari Program Domino’s Sokong Sekolah (DSSP). DSSP adalah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat Domino’s dan juga platform komprehensif yang dirangka untuk menyokong sistem pendidikan Malaysia.

Menurut Pengurus Besar, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree, majlis berbuka itu adalah cara syarikat berkenaan membawa kepada masyarakat kurang bernasib baik dan juga untuk melancarkan promosi Ramadan Domino’s Delicous Deals.

Promosi Domino’s Delicous Deals ini bukan saja enak untuk berbuka puasa, tetapi juga sesuai dijadikan hidangan sahur. Sama ada berbuka puasa sendirian atau bersama mereka tersayang, Domino’s memastikan pelanggan dapat menikmati pelbagai pilihan sajian makanan dengan diskaun hebat. Shamsul berkata, tawaran Ramadan Domino’s memenuhi keperluan pelanggan sepanjang Ramadan. Ini termasuk makanan untuk sahur seperti ‘Late Night Buy 1 Free 1’ dan ‘2 Pizza Deals’ yang menawarkan nilai hebat. “Ramai yang mengambil kesempatan pada Ramadan untuk makan bersama keluarga dan rakan. Oleh itu, kami menyediakan Ramadan Combo Feast yang menarik untuk dinikmati beramai-ramai,” katanya.Pelanggan digalakkan membuat pesanan terlebih dulu menerusi kemudahan atas talian yang boleh dibuat dibuat tujuh hari lebih awal dengan pelbagai kaedah pembayaran daripada tunai, kad debit Domino’s dan juga kad kredit.Domino’s menawarkan diskaun 50 peratus ke atas piza terpilih untuk makan di restoran atau bawa pulang. Promosi ini meliputi piza yang sentiasa menjadi kegemaran ramai seperti Aloha Chicken, Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni, Classified Chicken dan Plain Cheese.

Selain mendapatkan tawaran nilai wang menerusi promosi seperti membeli dua piza saiz biasa pada harga serendah RM7.90 setiap seorang, pelanggan boleh menikmati manisan pencuci mulutpada harga RM5.50 setiap satu.

Tawaran ‘Late Night Buy 1 Free 1’ Domino’s yang bermula dari jam 9 malam hingga 11 malam pula sesuai dijadikan sajian pembuka selera ketika sahur dengan penjimatan sehingga RM45.80. Malah Domino’s juga memberikan petua cara cepat dan mudah untuk memanaskan semula piza.Ramadan Combo Feast merangkumi dua piza saiz biasa, satu breadstix, sebotol 1.5L Teh Ais Lipton dan satu Crazy Chicken Crunchies. Pelanggan juga boleh menikmati ‘2 Pizza Deals’ yang menawarkan penjimatan sehingga RM20.10. Untuk hidangan Sweet Sides, pelanggan boleh mencuba Chocolate Lava Cake, Caramel Sticky Dessert, Banana Kaya Dessert dan Cinnastix dengan penjimatan sehingga RM4.50.

Tawaran Domino’s Delicious Deals untukRamadan bermula pada 18 Jun 2015 dan boleh didapati untuk tempoh terhad. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman http://www.dominos.com.my.

No comments:

Related Posts with Thumbnails