our sponsor

Followers

Saturday, January 3, 2015

Datuk Sharifah Aini – Abadi Dalam Kenangan

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini merupakan seorang penyanyi tersohor dalam persada seni negara. Pemergian beliau pada tanggal 5 Julai 2014 merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh peminat dan penggiat seni serta dianggap sebagai kehilangan yang besar dalam industri muzik tanahair. Bagi menghormati dan mengenang kembali perjuangan seni beliau, pihak Universal Music Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula lagu-lagu terkenal penyanyi yang pernah dikenali sebagai 'Sparkles Diamond of EMI Malaysia' ini di dalam album – Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan.

Album yang sarat dengan nilai sentimental ini pastinya dapat mengimbau kenangan bagi penggemar muzik Datuk Sharifah Aini. Pihak Universal Music Malaysia mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar oleh peminat muzik beliau malahan boleh menarik minat lebih ramai golongan muda untuk menghargai hasil seni Biduanita Negara ini. Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan adalah sebuah album yang mengumpulkan setiap cebisan kehidupan Sharifah Aini di dalam industri muzik semasa zaman kegemilangan beliau.Istimewanya album ini adalah penggunaan teknik 24-bit remastering di dalam pembikinannya. Universal Music Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula lagu-lagu EMI dalam format 24-bit remastering supaya lagu-laguini lebih enak didengar. Pendengar khususnya peminat yang meminati nyanyian lagu pop Sharifah Aini pasti merasa gembira dengan sesetengah lagu yang menonjolkan lagi kualiti nyanyian lagu-lagu di awal karier beliau.

Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan bukanlah hanya sebuah album kompilasi sebarangan, sebaliknya album ini merupakan suatu penghormatan buat Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Album ini mempunyai kesinanbungan bersama dengan Konsert Untukmu Sharifah Aini yang bakal mengabungkan artis baru dan lama ini akan diadakan pada awal 2015 kelak.

Ketika ditanya, pihak Universal Music Malaysia mengakui kesukaran dalam menghasilkan kulit album sesuai dengan permintaan Datuk Sharifah Aini sendiri yang enggan gambar-gambar lama beliau disiarkan kepada umum. Pihak Universal Music Malaysia berharap inisiatif mereka dalam mencipta kulit album yang dirasakan setanding dengan permintaan Datuk Sharifah Aini diterima ahli keluarga beliau.

Lagu-lagu dendangan Datuk Sharifah Aini terlalu banyak, dan hanya 30 lagu dipilih oleh para peminat, pemuzik, serta wartawan hiburan berdasarkan rekod jualan terbaik untuk dimuatkan di dalam album Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan. Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini suatu ketika dahulu seperti Masa (Manan Ngah / Dr Wan Zawawi), Mawar Putih Untuk Mama (Syed Haron), Hapuslah Airmatamu (A. Riyanto), Cinta Dari Pandangan Mataku (Ahmad Nawab / Shaifah Aini), Jatuh Cinta (Rinto Harahap), Hatiku Melekat Di Hatimu (A. Riyanto), Semuanya Kerana Hadirmu (Manan Ngah /Seribayu), Tiga Malam (Lilis Suryani), Tiada Maaf Bagimu (Ahmad Nawab / Sharifah Aini), dan banyak lagi.

Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan berada dipasaran dengan harga RM25.90 sahaja.

Pautan:
Universal Music Malaysia
Facebook Universal Music Domestic

No comments:

Related Posts with Thumbnails