our sponsor

Followers

Monday, December 22, 2014

[ULASAN FILEM] Penguins of Madagascar

Jika anda masuk ke panggung bersama rakan anda menonton Penguins Of Madagascar, perlu nyatakan padanya yang animasi gaya DreamWorks takkan pernah sama dengan Disney/Pixar, malah gaya humor empat sekawan penguin ini sendiri berbeza dengan haiwan lain di Madagascar. Mereka dibentuk sebagai comic relief yang tak pernah ada waktu seriusnya (ketika mereka sedang serius). Ada lawak yang agak rawak yang memetik nama selebriti seperti Nicholas Cage dan Halle Berry yang mana penonton dewasa saja faham sedang penonton kanak-kanak bakal terpukau dengan aksi mereka apatah lagi dengan janaan CGI 3D yang ditonton di IMAX. Ianya situasi 'menang-menang'. Tapi jika anda mencari momen drama Disney yang bakal mengalirkan air mata, tidak! Anda salah filem kerana filem ini penuh dengan lawak sengal.

Plot: Mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan penguin: Skipper, Kowalski, Rico dan Private yang  merupakan haiwan tumpuan di Central Patk Zoo tetapi menghadapi ancaman dari Dave, sotong kurita yang berdendam dengan mereka lalu Classified, serigala yang mengetuai pasukan perisik North Wind menghulurkan bantuan. Filem animasi dan komedi ini diarahkan oleh pengarah, Simon J. Smith dan bakal menampilkan alih suara dari bintang-bintang ternama Hollywood seperti Benedict Cumberbatch, John Malkovich, Ken Jeong dan ramai lagi.

Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Simon J. Smith
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Peter Stormare, Annet Mahendru, John Malkovich, Ken Jeong, Tom McGrath, AndyRichter

No comments:

Related Posts with Thumbnails