our sponsor

Followers

Wednesday, December 11, 2024

Kediaman Che Ta Diserbu Kerana Hutang Mara


Maka tersebutlah kisah di Kota Damansara, tatkala mentari pagi menyinsing, kediaman seorang seniwati termasyhur, Rozita Che Wan, yang masyhur dengan gelaran Che Ta, telah didatangi oleh para hulubalang Majlis Amanah Rakyat (Mara). Perihal ini terjadi lantaran suatu urusan yang penuh hiba dan takdir yang tiada terelakkan.

Adapun, menurut bualan para pencerita dan perawi yang arif, Mara mengutuskan langkah demikian demi meneliti serta menilai harta benda dalam istana seniwati tersebut. Perkara ini adalah kerana selebriti berusia lima puluh satu tahun itu didapati telah alpa dalam menjelaskan hutang piutangnya yang menghampiri nilai sejuta, yakni RM1 juta jumlahnya.

Pepatah Melayu ada berkata: "Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama." Maka dengan ini, Che Ta menjadi buah mulut masyarakat, dikenang bukan kerana karya seni semata, tetapi juga kerana episod hutang-piutang yang membebankan.

Seumpama gurindam berbunyi:
"Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,
Namun hutang Mara, walau tertangguh,
Pasti dikejar walau di penjuru bumi."

Maka jadilah peristiwa ini iktibar kepada kita semua, bahawa amanah itu tidak boleh diabaikan, dan janji yang dimeterai harus disempurnakan. Semoga yang bersangkutan diberi kelapangan dalam menyelesaikan musykilnya, dan Mara pula berlaku adil dalam urusannya.

Demikianlah hikayat ini disuratkan, sebagai peringatan kepada semua, agar tidak alpa dalam menunaikan janji dan tidak leka dengan dunia fana. Biar putih tulang, jangan putih mata.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, March 14, 2024

Koleksi Drama Bersiri Dan Telefilem Ruhainies Yang Viral di YouTube

Peminat drama Melayu kini boleh menikmati pelbagai siri drama dan telefilem yang dibintangi oleh aktres terkenal, Ruhainies, di saluran YouTube. Antara karya yang mendapat perhatian adalah “Legenda Puteri Felora”, “Cukup Derita Itu”, “Kanvas”, “Sayang Tak Dikenang”, “Musyrik”, “Sorry Naik Lori”, “Topeng”, “Salam Manis”, dan “Pak Belalang”. Kehadiran koleksi ini telah mencetuskan fenomena baru di kalangan peminat, membolehkan mereka mengikuti kisah-kisah menarik yang dibawakan dengan penuh emosi dan keunikan oleh Ruhainies.


Populariti Ruhainies kini semakin meningkat, bukan sahaja kerana bakat lakonannya yang luar biasa tetapi juga kerana keupayaannya untuk menghidupkan watak-watak yang kompleks dan berlapis. Keberanian dan keikhlasan yang ditunjukkan dalam setiap peranannya menjadikan Ruhainies seorang ikon dalam industri hiburan tempatan.

Peminat setia dan penonton baru terus bertambah, menandakan era baru dalam karier Ruhainies yang gemilang.

Monday, July 3, 2017

Vokalis May, Mus koma akibat demam panas selepas raya

PETALING JAYA: Vokalis band rock kapak terkenal May yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Wings iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan  dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Mus terkenal sebagai penyanyi lagu Sendiri bersama kumpulan May dan Biru Mata Hitamku bersama kumpulan Wings menggantikan Mel semasa ketiadaan Awie.

Menurut isterinya, Sue, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian  bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa),"katanya. Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan. "Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.

Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun  dia mungkin keletihan. "Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapannya tiada yang serius," jelasnya.

Turut berkongsi berita ini ialah rakan penyanyi dari kumpulan Bumiputra Rockers, Joey melalui laman media sosialnya.




Mari kita sama-sama panjatkan doa semoga kesihatan abang Mus kembali pulih seperti biasa.

Saturday, July 1, 2017

‘Jangan Sampai Aku Jumpa Kau Perempuan Miang, Aku Bun*h Kau Nanti’ : Wany Hasrita Terima Ugutan Bun*h di Instagram

Penyanyi lagu hit Menahan Rindu yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Wany Hasrita telah menerima ugutan bun*h menerusi beberapa komen dan mesej di laman instagram miliknya.

“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram. Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bun*h kau nanti’. Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.“

"Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej dan komen peminat tersebut dan dia pun telah berhenti mengganggu saya. ,” katanya. Sungguh kaliamak peminat ini. Tak layak dipanggil peminat. Nama kemain Rabiatul Adawiyah tapi tiada ciri Islamik langsung dengan mencarut maki hamun pukim*k kau bab* hanjeng macam lagu Naratu. Mesti laki dia gatal menggoda Wany lalu dia panas dan menyerang penyanyi itu di Instagram malah di Facebook juga. Meroyan je kerja. Pasti beliau seorang yang *******, *** macam tong dram bila bersanding runtuh pelamin. Ooppsss.... Dah body shaming la pula.

Wany juga mengatakan yang dia masih lagi mencuba untuk menyesuaikan diri dengan populariti yang sedang diterima olehnya semenjak lagu single pertamanya, Menahan Rindu mendapat sambutan yang hangat daripada peminat dan dia juga mahu mengambil langkah berhati-hati.

“Saya menyedari impak lagu Menahan Rindu membuatkan nama saya lebih dikenali. Saya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya sedang menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi sekarang. Saya juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap tindakan yang saya lakukan. Apa yang penting, saya mahu berusaha dengan lebih kuat agar apa yang saya kecapi sekarang tidak bersifat sementara atau ‘one hit wonder’. Saya mahu lebih fokus dalam mencipta produk berkualiti agar apa yang saya sampaikan dapatditerima ramai,” ujarnya lagi.

Dengarkan lagu raya Lebaran Terindah terbaru dari Wany Hasrita.

[PREMIERE] Lebaran Terindah dari artis-artis FMC - Music Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul dan Haqiem Rusli

Wany Hasrita and the gang dah start beraya...

Video muzik sempena Aidilfitri 2017 dari artis-artis rakaman FMC Music iaitu Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul dan Haqiem Rusli membawakan single terbaru, LEBARAN TERINDAH.

Lagu Lebaran Terindah ditulis oleh Ibnu manakala liriknya ditulis bersama oleh Ibnu dan Gouffran. Kini boleh dididengar melalui iTunes dan rangkaian streaming lagu yang lain tak lama lagi.

Download video di http://www.youtube.com/watch?v=bcH31GR8wNU

LEBARAN TERINDAH - Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem Rusli
Composer : Ibnu
Lyricist : Ibnu/Gouffran

©2017 FMC Music Sdn Bhd

Wednesday, June 14, 2017

Iklan raya TNB 2017 yang epik: Jéro si kucing nak baju raya angkasawan dari Aida #DugaanRaya

"Jéro nak baju angkasawan." Aida. Mana nak dapat kucing macam Jéro ni. Dah lah comel, demand tinggi pulak tu.

Part buat kuih memang win. Plus, kucing terapung tu damnnn awesome!!

Barulah lain dari yang lain. Ni asal iklan raya je mesti sedih. semua iklan nak jadi yang paling sedih. Lepastu macam berlumba-lumba iklan siapa paling menyayat hati sampai  kami pun tak faham kita beraya ni memang untuk bersedih ke ?

** Download video iklan raya ini **

Saturday, June 10, 2017

TAJUL & WANY HASRITA - DI SANA CINTA DI SINI RINDU (video muzik rasmi) akhirnya rilis juga...

Tonton video muzik rasmi Tajul dan Wany Hasrita membawakan single duet pertama mereks, DI SANA CINTA DI SINI RINDU. Bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music, penampilan mereka mengingatkan pendengar akan gandingan arwah Achik Spin dan Siti Nordiana yang pernah menggegarkan industri muzik tanahair di era 2000'an.

Jika anda suka video muzik ini, kongsikan pada rakan-rakan anda. Lagu ini juga boleh didengar di laman iTunes dan pelbagai platform streaming lagu tidak lama lagi. Katakan 'TIDAK' pada muat turun haram dan cetak rompak yang boleh membunuh industri samada secara fizikal atau digital. Sama-samalah kita menyokong artis tempatan. Buatlah permintaan lagu ini di stesen-stesen radio kegemaran anda.

DI SANA CINTA DI SINI RINDU - TAJUL & WANY HASRITA
Komposer/Penulis Lirik : Patrick Kamis

©2017 FMC Music Sdn Bhd

Monday, March 20, 2017

Foto pengebumian Amri Rohayat [TAKZIAH]

Amri Rohayat telah meninggalkan kita.

Innalillah Hiwainna Illaihi rojiun.

Harap Kawan Kawan dapat Sedekah Kan bacaan bacaan Yang DI galakankan serta doa Yang terbaik untuk arwah.

Related Posts with Thumbnails