Okay chuolls ai geram sikit... korang dengar sini. Sepatutnya malam Ahad ni Dataran Merdeka nak gegar dengan pertarungan paling dinanti—DMA Islam vs Abang Koroy. Tapi last minute KBS batalkan?! Like… WHYYYY?
Twins Championship sendiri dah umum benda ni... katanya main event tinju sempena Hari Sukan Negara dibatalkan terus. Tak tau apa punca sebenar, tapi confirm bukan pasal DMA tak ready. Dia dah all out training 3 bulan okay! Supporters pun dah standby nak turun dari seluruh pelusuk Malaysia nak tengok live!
DMA pun dah luah rasa kecewa dan marah chuolls... yelah, dia kata bukan dia sorang je kecewa, ramai orang dah set masa, dah plan, siap bawak team dan penyokong. Lepas tu senang-senang kena cancel? Ai pun stress tau kalau jadi kat ai.
Yang paling lawak, netizen terus throwback video legend tahun 69 tu... “Dalam tahun 69 tu... lepas tahun 68... tapi belum jadi tahun 70…” Hahaha ai literally tergolek tengok part tu.
Apa-apa pun, kita harap DMA & Abang Koroy jangan give up. Maybe bukan rezeki kat Dataran, tapi lepas ni mana tau dapat stage yang lebih gempak. Kami tetap nak tengok match tu live ok! #TeamDMA #tinjuviral #dataranmerdeka #sayangketatsendatpadat
0 Comments