our sponsor

Followers

Thursday, January 8, 2015

[FILEM] Teaser Trailer dan Poster Rasmi Ant-Man, Terbitan Marvel Studios

Paul Rudd bakal menyertai senarai terbaru adiwira Marvel Cinematic Universe melalui penampilannya sebagai Ant-Man di dalam filem yang bakal ditayangkan pada 17 Julai 2015, selain disokong oleh pelakon-pelakon lain seperti Michael Douglas, Evangeline Lilly dan Corey Stoll tapi sebelum itu kita saksikan dahulu teaser trailer di bawah yang menyoroti perjalanan Scott Lang sebelum dia menjadi adiwira.

Trivia Ant-Man sebagai persediaan sebelum anda menonton aksi penuhnya di layar lebar:
- melalui komik terbitan Marvel, Ant-Man ialah adiwira yang bertanggungjawab terhadap tertubuhnya kumpulan adiwira The Avengers.
- Ant-Man punya kelebihan untuk mengecilkan dirinya sebesar seekor semut tetapi dalam masa yang sama kekuatannya semakin meningkat.
- melalui teaser trailer, kita dapat melihat asalnya Scott Lang dengan kegiatan mencuri sebelum dipenjarakan. Selepas dibebaskan, dia bertemu dengan Doctor Hank Pym (Ant-Man yang asal sebelum Scott menggantikannya) yang menjadi mentornya di mana Hank dapat melihat potensi Scott sebagai bakal adiwira dengan sut Ant-Man rekaannya yang berteknologi tinggi. Hank juga mahu melindungi sutnya daripada pihak tidak bertanggungjawab yang bakal mengancamnya (dan seluruh dunia) jadi Scott dilihat sebagai calon yang sesuai dalam melindungi sut ini.
- Ant-Man dibintangi oleh Paul Rudd sebagai Scott Lang atau Ant-Man, Evangeline Lilly sebagai Hope Van Dyne, Corey Stoll sebagai Darren Cross atau Yellowjacket, Bobby Cannavale sebagai Paxton, Michael Peña sebagai Luis, Judy Greer sebagai Maggie, Tip "Ti" Harris sebagai Dave, David Dastmalchian sebagai Kurt, Wood Harris sebagai Gale, Jordi Mollà sebagai Castillo dan Michael Douglas sebagai Hank Pym.
- Peyton Reed (pengarah Yes Man) menggalas tugas sebagai pengarah yang dahulunya dipegang oleh Edgar Wright (Shaun of the Dead, Hot Fuzz) sebelum dia mengundurkan diri kerana perbezaan kreativiti semasa pra-produksi.

LINK:
FACEBOOK Marvel Malaysia
INSTAGRAM Marvel Malaysia
YOUTUBE Marvel Malaysia

No comments:

Related Posts with Thumbnails