our sponsor

Followers

Thursday, July 19, 2012

ulasan filem The Dark Knight Rises



A storm is coming...


PROLOG: Pada  26 Ogos 2008, saya menulis perkara di bawah selepas menonton The Dark Knight yang kata Aadi Salman watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger telah menenggelamkan Batman lakonan Christian Bale:

"Sebenarnya ketika karya Christopher Nolan tahun 2005 'Batman Begins' keluar, orang masih tak mahu memperkatakan betapa bagusnya filem ini. Sesetengah orang masih trauma dengan 'campiness'  filem Batman terdahulu, Batman & Robin ketika era Joel Schumacher (yang buat filem tu jadi crappy ). Sesetengahnya pula tak dapat menerima dengan rekaan Batmobile yang dah jadi tank, walaupun ia lebih dekat dengan realiti. Itu saja."


Saya tiada pengalaman sinematik dengan Batman Begins sebab tiada panggung wayang di Kuala Terengganu. Salinan VCD pula hancur visualnya. Tapi saya bernasib baik kerana selepas berhijrah ke Kuala Lumpur, pada tahun 2008 beberapa ketika sebelum TDK keluar di panggung, saya sempat menonton filem Batman Begins semula di saluran HBO dengan visual yang lebih cantik dan juga sebuah lagi filem arahan Christopher Nolan, The Prestige (yang saya akui sukar difahami oleh penonton filem yang lain kerana penceritaan tidak linearnya) tetapi amat saya sukai (mungkin sebab ada David Bowie sebagai Nikola Tesla). The Prestige sebenarnya menyelamatkan saya dari kemurungan, tambah pula ada lagu dari Thom Yorke - "Analyse" sebagai penutup filem yang agak rawak juga kejadiannya.

Bila tiba waktunya TDK ditayangkan , saya jadi seperti seorang budak lapan tahun yang gilakan watak superhero kegemarannya dan meronta (baca : jiwa yang bergelojak) mahu menonton filem ini di pawagam. Bekas kekasih waktu itu dipaksa membeli tiket untuk tayangan waktu siang. Tetapi malangnya, bekas kekasih tidak dapat menemani (dan ia menjadi titik terakhir kami untuk bercerita tentang pengalaman sinema sebelum kami terputus hubungan buat selama-lamanya....). TDK ditonton dengan seat sebelah kanan yang kosong (yang sepatutnya ditemani oleh bekas kekasih) manakala seorang lelaki cina di sebelah kiri saya pula jadi amat kagum dengan adegan Batman terjun dari bangunan pencakar langit di Hong Kong. Keluarnya dari menonton TDK, timbul perasaan ingin menonton filem ini sekali lagi. Ia jadi satu mandatori di mana filem Nolan perlu di tonton lebih daripada sekali di pawagam (seperti yang saya lakukan dengan filem Inception pada tahun 2010). Peluang menonton filem TDK kali kedua di pawagam bagaimanapun datang ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal (kalau tak silap saya), jadi waktu itu rasanya saya lebih sibuk dengan persiapan membeli tiket bas pulang ke kampung di Terengganu.

Filem TDK disambut dengan pujian pengkritik. Banyak keratan akhbar yang saya simpan ketika itu. Sesetengah masih lagi tertanya-tanya adakah mereka menonton sebuah cereka superhero kerana filem TDK agak cross-genre yang membuatkan filem adaptasi dari komik lebih-lebih lagi dalam genre superhero tidak dilihat sama seperti dulu lagi.

Saya ada perasaan yang filem Batman ketiga oleh Nolan akan disambut dengan kurang antisipasi sejak kematian Ledger, seolah-olah filem Batman Nolan hanya hidup dek kelibat Joker/Ledger sahaja. Sehinggalah Inception. Sehinggalah datang terma 'fanboy Christopher Nolan'. Sehinggalah FollowingMemento dan Insomnia digali semula. (atau kes terpencil, saya yang menonton semula lakonan Bale dalam filem Empire of the Sun yang jadi filem kegemaran ketika sekolah rendah dahulu).

The Dark Knight Rises akhirnya keluar dengan trailer dan pengenalan kepada watak Bane yang bakal menghapuskan mimpi ngeri Bane di dalam Batman & Robin yang tidak diberikan karakteristik yang sewajarnya. Bane jadi lebih taktikal dan seteru Batman setara dari segi kebolehan fizikal.

......................................................

Pada 19 Julai 2002, sehari selepas preview screening, 2 hari selepas press screening, ketika ada umat masih belum menyaksikannya, tetapi yang benar telahpun menonton konklusi epik yang bernama The Dark Knight Rises ini...


... dan sekitar perbualan pada 19 Julai....


Ulasan penuhnya di sini

No comments:

Related Posts with Thumbnails