our sponsor

Followers

Wednesday, December 7, 2011

comelnya Sara Ali dalam filem SONGLAP



No, seriously the film is gonna be a blast! Menunggu dengan penuh antisipasi. filem ini telahpun selesai pembikinan akhir tahun lalu cuma pada waktu ini saja ia akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia iaitu 15 Disember ini. kalau perasan nama pengarah iaitu Effendee dan Fariza Azlina, kedua-duanya merupakan tenaga kreatif yang menghasilkan siri KAMI.

sinopsisnya (dipetik dari laman web Sinema Malaysia ):

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

kredit:
Syarikat Produksi : Red Films Sdn Bhd

Tenaga Produksi
Penerbit Eksekutif : Ahmad Puad Onah / Lina Tan / Lee Mee Fung
Penerbit: Lina Tan
Penerbit Penyelaras : Aileen Seet
Pengarah : Effendee Mazlan / Fariza Azlina Isahak
Lakonlayar : Fariza Azlina Isahak
Pengarah Fotografi : Haris Hue Abdullah / Siew Ming Chai
Penyunting : Wong Hui Lynn
Penata Seni : Angie Choo
Skor Muzik : Monoloque
Jurusolek : Susan Chaopradith, Jenny Kon
Penata Busana : Muhammad Sharezzahadi Koh
Pengurus Produksi : Karen Kuek / Nazreen Hara Raj
Penolong Pengarah : Umi Salwana Omar

Pelakon Utama
Shaheizy Sam - Adam Besar (Am)
Syafie Naswip - Adam Kecil (Ad)
Sara Ali - Hawa

Pelakon Pembantu :
Omar Abdullah - Pak Din
Rozie Rashid - Mak Minah
Normah Damanhuri - Rita
Hasnul Rahmat - Abang Mat
Eliza Wong - Mama
Berg Lee - Ah Keong
Khirilridzuan - Hamzah
Ayam Fared - Toyol
Izzue Islam - Razak
Fang Chyi - Ah Fong
Charlene Meng Si Shi - Mei Mei

Penampilan Khas
Fauzi Nawawi - Chipun
Rashidi Ishak - Man Remos
Raja Nor Baizura - Kak Jah
Eizlan Yusof - Yuppie Hubby
Lisdawati - Yuppie Wife
Nasir Jani - Cabdriver
Kenji Sawahii - Dr Lee



boleh lawati laman web rasmi filem SONGLAP di http://www.facebook.com/Songlapmovie?sk=wall dan jangan lupa klik Like.

No comments:

Related Posts with Thumbnails