Lawa kan?
Mestilah! Awek saya.
Tuliaan Hasmi Hashim di Facebook beliau: Sebuah makian untuk pelacur dan babi buku indie
Ada kawan bilang, jualan buku indie jatuh. Tak macam setahun lepas, sehingga ada yang sekelip mata jadi kaya. Aku percaya, kawan aku tak bohong. Jadi, kenapa jatuh?
Punca masalah besar buku-buku indie adalah bahasanya. Bahasa yang ditulis walaupun cuba-cuba jadi ragged, sedikit biadap, tapi segera menjemukan. Rata-rata buku indie sebenarnya tak punya gaya bahasa yang kuat. Cuma bahasa semborono saja.
Hei bajingan, “semberono” bukan gaya. Ingat! Semborono adalah sejenis kebodohan.
Tajuk buku indie juga mahu bikin gempak, walaupun gempak itu kadang bukanlah gempak sangat. Bukanlah gempak betul-betul. Hanya gempar kosong. Ia menjadi kosong apabila isinya lompong. Lebih kepada marah-marah yang tak tentu hala.
Sehingga menjadikan buku-buku indie tak lebih hanya ibarat “DBP-nya yang satu lagi.” Satu terlalu sopan sehingga kering, satu lagi terlalu bebas sehingga orang bodoh menulis pun diangkat sebagai penulis.
Aku kira, masalah besar di kalangan penulis yang so-call indie itu apabila mereka kurang pengalaman. Mereka bukan penulis betul-betul. Bukan penulis serius. Nak jadi penulis serius, bukan bererti perlu jadi macam penulis DBP. Sekali lagi bukan macam pengarang DBP. Bukan!
Kalau pun mereka membenci dan anti-DBP, tetapi sekali lagi dan sekali lagi mereka adalah DBP dalam bentuknya sendiri. Bodoh tetap bodoh. Tak pandai menulis perlu belajar menulis. Jangan asal ingat boleh menaip, maka boleh menulis. Aku tak faham. Tak faham bagaimana menulis pun jarang-jarang, setahun sekali, tetiba dah boleh jadi penulis? Kecelakaan apakah itu?
Maka keluarlah tajuk yang bukan main yo-yo, tentang pelacur dan tentang babi, tapi isi dalamnya juga tak lebih macam betul-betul pelacur dan betul-betul babi.
Aku sudah tengok, ramai yang konon hendak jadi penulis apabila jadi penulis bererti jadi popular. Jadi macam selebriti walaupun bakat mereka sebenarnya ciput.
Yang dilebihkan cuma gaya. Misalnya gaya rambut. Misalnya baju berbaju lusuh atau seluar rabak. Macam mana lusuh dan rabak sekalipun seluar dan baju mereka, itu tak menggambarkan fikiran mereka juga rabak. Tidak sama sekali. Sama sekali tidak.
Tak payah cakap aku tak sokong. Tak pernah sejak sekian lama, aku kritik buku indie. Jauh sekali mengkritik penulisnya. Cuma keadaan ini betul-betul membuat aku meluat. Meluat apabila mereka bukan serius untuk jadi penulis melainkan hanya hendak mengabiskan dakwat dan kertas untuk bercakap kepada pengalaman mereka yang cetek lagi sia-sia.
Mereka fikir pengalaman mereka itu hebat sangat. Padahal sampah. Atau lebih bacin dari itu.
Agaknya zaman bodoh lama digantikan dengan zaman bodoh baru. Pembodoh DBP digantikan pembodoh anarki yang tak bertuan. Maksud aku tak bertuan ialah, mereka tak ada rujukan. Mereka kurang membaca. Tiba-tiba sahaja mereka muncul dan jadi penulis.
Tidak lain hanya orang bodoh yang tidak mengetahui dirinya bodoh yang terus menulis tapi kurang membaca. Belum. Kritikan ini belum cukup pedas lagi. Ini hanya tak sampai lima peratus semburan aku berbanding aku yang dahulu.
Ini baru terlalu sedikit, atau tak selayaknya mereka aku kritik kalau ikutkan. Apabila kawan bilang, jualan buku indie jatuh, aku jadi kesian. Sebab itu aku marah. Aku meluat ketika orang gagal tetapi terus sombong dengan kegagalannya.
Konon itulah prinsip. Konon itulah idealisme. Itu semua bukan prinsip dan idealisme. Itu semua adalah ego tak bertempat. Bodoh sombong bak kata orang Melayu di kampung.
Dan orang ego tidak lain adalah tanda orang bodoh. Ia tak ada ubat lain, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri. Tak perlu terlalu angkuh kalau setakat miskin pun ala-ala kadar sahaja. Menulis pun ala-ala kadar sahaja. Sedangkan di banyak foto yang dimuat naik, hanya gambar makanan tak habis-habis. Gambar di instra mereka sendiri cukup gambarkan mereka tidak susah apa-apa pun.
Mereka hanya poyo. Tak rebel mana pun. Hanya poyo. Mereka hanya gadungan dan menipu diri sendiri sebelum menganggap boleh menipu orang lain. Sebelum menganggap orang mahu mendengar bebelan di dalam apa yang mereka panggil sebagai ‘buku’ itu, lebih baik mereka fikir betul-betul sebelum datang orang kencingkan kubur mereka nanti.
Yang mereka terbitkan bukan buku. Ya! Itu bukan buku, itu durjana. Dengan itu, pergi mati!
Kau salah orang untuk diberi kasihan. Dalam kata lain, tak ada pun tak mengapa.