our sponsor

Followers

Monday, March 7, 2016

Sidang media pelancaran single Radja - Setia

Radja Band sebuah nama yang tidak asing Iagi di telinga pendengar muzik Malaysia kini kembali dengan lagu terbaru 'SETIA'.

Radja Band adalah sebuah band yang berasal dari Banjarmasin, lndonesia yang tercipta pada 17 Mac 2001. Kumpulan Radja yang kini dianggotai oleh lan Kasela (Vocalist), Moldy (Guitarist), lndra (Bass) dan Seno (Drum).

Mereka menggunakan nama “Radja” kerana mereka berharap akan menjadi “RAJA” kepada muzik di tanahair mereka suatu hari nanti. Radja mulai mewarnai persada muzik Indonesia dan Malaysia dengan lagu-lagu hits mereka seperti “Jujur”, ”Takkan Melupakan Mu”, Aku Ada Karna Kau Pun Ada” ,dan “Benci Bilang Cinta”. Sambutan peminat terhadap Radja Band begitu positif dan memberikan impak yang baik di industri muzik Indonesia dan Juga Malaysia.

Seperti apa yang sering berlaku, di dalam Radja Band iuga mengalami peristiwa yang sama di mana dua dari anggota kumpulan Radja Band seperti diketahui pada 2010, Indra (bass) dan Seno (drum) memutuskan keluar dari Radja. Mereka berdua sempat membentuk band baru dengan nama Audio Jet. Namun atau dasar “brotherhood” dan keserasian serta pengalaman mereka bersama dalam tempoh 10 tahun menjadikan mereka kembali bersama ke formasi lama bagi memperjuangkan kembali band Radja. Maka Iahirlah single terbaru “SETIA”.

Lagu terbaru “SETIA” yang kini semakin hangat mendapat sambutan di stesen-stesen radio popular dan menjadi siulan pendengar sekarang ini pasti dapat mengubat rindu peminat peminat Radja Band yang 'SETIA' menantikan lagu terbaru dari kumpulan ini. Lagu ini diberikan tajuk “Setia” kerana ia melambangkan Radja Band masih SETIA kepada peminat-peminatnya.
“SETIA” adalah hasil usaha sama di antara syarikat milik Radja iaitu Istana Musik dan Rusa Music.

Untuk mengetahui perkembangan lebih Ianjut mengenai Radja Band boleh ikuti mereka di:

Instagram: radjabandofficial
Facebook: radja
Twitter: @radjabandomcial

Foto-foto sekitar sidang media Radja - Setia bersama media dari Malaysia di Hotel Royal, Rabu, 2 Mac 2016.

Kredit foto: Megat Firuz

No comments:

Related Posts with Thumbnails