Pelakon, Nad Zainal baru-baru ini telah mengorak langkah sebagai usahawan apabila memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan di bawah jenamanya, Audela by Nad Zainal. Produk ini telah dilancarkan pada 1 Mac lalu di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
"Setelah sebulan mencuba produk ini, saya rasa banyak perubahan fizikal di mana berat badan saya susut lebih empat kilogram dan kulit bertambah putih berseri,” katanya kepada wakil media yang hadir. Nad teruja apabila ramai mula memberi maklum balas positif mengenai fizikalnya yang dilihat semakin kurus dan cerah kesan daripada pengambilan produk tersebut. “Audela sebenarnya satu produk kesihatan dan kecantikan yang merangkumi lima fungsi iaitu detox, mengurangkan berat badan, memutihkan kulit, anti-penuaan dan memberi tenaga. Saya ambil hanya dalam tempoh sebulan lebih dan saya mula nampak kesannya,” jelasnya.
Menurut Nad, setakat ini, Audela sudah pun memiliki 12 wakil stokis di seluruh negara termasuk di Singapura dan berharap angka berkenaan akan terus bertambah di masa hadapan. “Produk ini sesuai untuk sesiapa yang mengimpikan bentuk tubuh menawan, kulit cerah berseri selain menambah tenaga tanpa perlu ragu-ragu tentang kandungannya.“
Bagi yang berminat, sebekas Audela mengandungi 30 paket dan dijual dengan harga RM229. Keterangan lanjut, boleh layari www.audelabeauty.com atau Instagram @by_nadzainal.
No comments:
Post a Comment