Kah, kah, kah! Nak 'viral' tak kena gaya cikgu ni.Kau bawa makan 19 orang kot, kalau RM1,131 bahagi 19 dah jadi RM59.55 satu kepala. Okaylah tu, nama pun makan 'seafood'. Kalau nak bajet RM300 sahaja untuk 19 orang, itu baru RM15.80, pergi KFC sahajalah.Lagi satu, restoran 'seafood' ni ada 'level' dia. 'Level' paling rendah ialah 'seafood' ikan, udang atau ketam atas ais (dah mati), 'level' pertengahan jenis yang ikan, udang dan ketam duduk dalam akuarium atau tong biru. Tapi 'level' tahap dewa-dewi ialah 'seafood' yang ikannya hidup dalam sangkar laut, yang ini kalau duit tak berkepuk, jangan buat main. Amin Floating Restaurant ini khabarnya restoran terapung yang bela ikan dalam sangkar. Hah, kira 'level' paling atas dah ni.
Hal sama ada restoran 'aircond' atau tidak dan dibuat dari papan sahaja, itu tidak memainkan peranan sangat. Kebanyakan restoran 'seafood' yang 'power' pun ialah jenis yang dalam ceruk, dibuat dari papan dan 'open air'. Satu lagi, perkataan 'floating' atau terapung dalam nama restoran itu boleh memberikan kita petanda tahap harga yang pastinya berbeza dengan restoran 'seafood' atas tanah. Nak selamat, jangan 'order' ikan (tapi apalah maknanya makan 'seafood' tak ada ikan?).
Minggu sudah aku pun ada pergi Langkawi, makan 'seafood' juga. Harga cuma RM65 untuk 2orang, ikan jenis terbaring atas ais. Kalau kau nak makan 'seafood' murah, sedap dan servis baik di Langkawi, pergi Wonderland Food Store. Tapi di pekan Kuah, atas tanah dan tepi parit lah.Nak lagi murah, kena terbang pergi Sabah. Kalau di Kota Kinabalu, cuba Gayang atau Salut. Di Tawau, boleh pergi kedai 'seafood' yang ada di Sabindo. Tapi syurga 'seafood' bagi aku ialah Sandakan, seperti di Sim Sim atau Ocean King. Di sana, 4 orang makan siap ada kerapu tikus dan kerapu bintang pun masih tak cecah RM200.
Tapi semua restoran 'seafood' yang aku sebut tu ialah restoran Cina. Aku belum jumpa lagi 'seafood' Melayu yang betul-betul 'up to the level'.
Minta maaflah orang UMNO.
No comments:
Post a Comment