our sponsor

Followers

Wednesday, August 5, 2015

‪#‎MH370 telah ditemui‬: Serpihan flaperon Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion sah milik MH370 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

PM mengesahkan, serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah dari MH370:

"Hari ini, 515 hari sejak pesawat itu hilang, dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah dari MH370. Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri merakamkan takziah dan akan sentiasa mengingati mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat MH370. Kerajaan sentiasa komited dalam mengenal pasti punca kejadian ini. Sidang media tamat.

Foto: Harian Metro

No comments:

Related Posts with Thumbnails