our sponsor

Followers

Saturday, October 25, 2014

[ULASAN FILEM] Nasi Tangas

Rumpun-rumpun asia (atau asean) memang agak mewah dengan aktiviti sihir-sihir kuno atau black magic yang sentiasa selari dengan kemodenan. Oleh kerana tema begini akrab dengan budaya, maka bila ia difilemkan dengan mudah ia menjadi ‘promosi’ percuma yang mampu menarik penonton.

(Ngangkung (2010) atau Khurafat (2011) bagi aku antara yang terasa tempias ‘promosi hangat’ ini). Menonton filem seram bermakna kita bersedia untuk ditakutkan. Jika kita tidak takut, maka filem itu tidak seram. Kekaguman aku pada Penangkal Ilmu Teluh (1982) ialah kerana impak ngiang dari desibel ketakutan yang diberi walaupun dengan efek ‘murah’ dan biasa-biasa. (Lihat upacara siat kulit wajah kemudian hantar-hantar senjata ketika black magic war, kadang-kadang aku seolah ternampak lelaki berpakaian hitam yang membawa bola api terbang, haha!).

Namun siapa yang mampu menafikan impaknya seramnya? Melihat kepada sinopsis filem ini, aku cuba mencari seram didalam setiap lakon watak Nasi Tangas. Kerana apa? Kerana filem ini tidak berkisar mengenai yang dah mati hidup kembali (hantu) kemudian menakutkan manusia, tapi ia lebih pada ancaman sihir. Bermakna, rasa takut itu perlu diekstrakkan oleh pelakon dan diterjemahkan rasa takut itu pada audien. Bagaimana jika audien tidak takut? Pelakon baru? Puteri Mardiana ketika kemunculan sulung dalam Santau agak mengkagumkan. Entahlah. Mungkin aku mengharapkan Adibah Yunus se’awesome’ Mamee dalam Long Khong (2005).

Melihat pada teliti Hashim Rejab (mantera jawa, upacara ritual kemudian menggunakan pula Herman Tino (yang bagi aku penyelamat utama di samping Den Wahab dan Delimawati) yang memang jawa sejati Tg Karang dan posternya lazat!) memang sang pengarah berharap sesuatu pada filem ini.

Oh ya. Tapi masih, filem ini menarik, cuma letakkan ekspektasi anda pada garis level Minyak Dagu dan Santau. Jika tidak, pasti akan tetap seperti biasa ke dapur, mencari bihun goreng atau ke kedai mencari nasi lemak bungkus tanpa terbayang tangasan atau kangkangan. Oh ya. Aku pernah teragak-agak nak makan satay dulu walaupun aku tidak memakai susuk!

Ulasan oleh Hatta Kain Kapan untuk Movie Addict Facebook group

SINOPSIS: Mengisahkan seorang wanita bernama Mira yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kasih sayang sepenuhnya dari suaminya Hairi. Kerana cemburukan hubungan persahabatan Hairi dan rakan baiknya Fatin, Mira telah mempelajari bagaimana menghasilkan nasi kangkang dari emaknya dan sanggup bermalam dengan seorang bomoh agar impiannya menundukkan Hairi tercapai.

Klasifikasi: P13
Genre: Ngeri / Seram
Tarikh Tayangan: 18 September 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Azwan Kombos, Shima Anuar, Adibah Yunus, Delimawati, Den Wahab, Herman Tino

No comments:

Related Posts with Thumbnails