our sponsor

Followers

Thursday, October 30, 2014

[ULASAN FILEM] Anak Jantan, lakonan Bront Palarae, Farid Kamil dan Nora Danish

Idea yang agak baru untuk filem melayu namun filem ini seperti kurang rencah penyedap rasa. Caharacter development itu ada sedikit untuk watak utama lakonan Farid Kamil, tetapi setakat itu sahajalah. Jalan penceritaan dalam filem ini tiada objektif yang tertentu dan ini membuatkan audien tertanya-tanya akan perjuangan yg dibawakan oleh watak watak. Kekurangan ini mengakibatkan kurangnya penghayatan audien terhadap keinginan mahupun kesengsaraan yang dialami watak. Penglibatan task force dalam filem ini juga mengecewakan. Tidak membawa apa-apa signifikasi baru dalam filem Melayu di mana mereka mengulangi stereotyping yang sering dijadikan praktis iaitu polis tidak akan cedera sikit pun dalam siri tv mahupun filem Malaysia. Walaupun begitu, para pelakon telah memberikan persembahan yang terbaik untuk filem ini.

Secara keseluruhan, agak kecewa dengan pengisian filem ini, rasa macam pengarahnya lost interest halfway masa bikin filem ini. Idea sudah bagus, tapi sayang tidak digunakan dengan cermat. Filem aksi tangkap muat. Aksinya sendiri juga amat biasa. Kisah cinta, pengorbanan dan betrayal juga sangat biasa untuk aku hadam.

Ulasan oleh Eswandy Asre untuk Movie Addict Facebook group

SINOPSIS: Filem tempatan yang menjanjikan aksi tarungan yang hebat ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang telah dibesarkan oleh sekumpulan askar dan kehidupan lampau yang gelap dan kelam turut menghantui dirinya dalam menghadapi liku-liku hidupnya. Filem hebat ini diarahkan oleh Faizul A. Rashid dan dibintangi oleh Bront Palarae, Farid Kamil dan Nora Danish.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2014
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS

1 comment:

Food Justice Marshall said...

Anak jantan yg x cukup jantan
tunggu kite org review plak..
http://www.youtube.com/user/tellygeram?sub_confirmation=1

Related Posts with Thumbnails