our sponsor

Followers

Saturday, August 16, 2014

[ULASAN FILEM] Teenage Mutant Ninja Turtles (2014)

Ninja Turtles kali ini tiada Casey Jones tapi (spoiler!) ada Party Wagon. Selepas menonton TMNT tadi, tak nampak langsung kelibat mamat dengan topeng hoki ais (ataupun mungkin Bayhem sudah menukar penampilannya dengan dressing penjual aiskrim). Casey Jones watak penting kerana boleh dikatakan sidekick kepada Turtles dan dia watak wira mewakili manusia dalam dunia watak hero mutasi TMNT dan dia juga love interest kepada April.

Jika difikirkan, Hollywood gemar menghasilkan trilogi jadi filem pertama lebih tertumpu kepada origin Turtles dan juga musuhnya, Shredder, filem kedua mungkin lawan Krang, filem ketiga lawan Shredder balik. Diharapkan juga sekuelnya nanti ada Bebop dan Rocksteady, and hopefully Krang dan Technodrome.

Pengenalan Vern Fenwick (Will Arnett) sebagai rakan kerja dan ehem... love interest April mungkin bakal mengecewakan peminat siri ini dan akan membuatkan anda tidak menonton Ninja Turtles nanti.Ya, ini adalah love interest April untuk filem TMNT kali ini. Dia yang  tergilakan April sebenarnya,  bukan sebaliknya... Manakan tidak bila April dah berubah bentuk menjadi Megan Fox. Agaknya penulis live action dari komik/animasi ni susah sangat ke nak ikut backstory asal? Sejak Dragonball ke Transformers dan kini TMNT pula? Cuba imbas kembali di kemunculan pertama Casey Jones di episod kartun TMNT. Di penghujung episod, selepas mengucap selamat pada keempat-empat penyu, Casey Jones berjalan dan terus 'hilang' di celah-celah bangunan kotaraya. Tok Guru Splinter berkata, "That is a very special man". KENAPA MICHAEL BAY KATA WATAK NI TAK PENTING?

Apapun, kena sabar. Kalau banyak sangat watak nak diperkenalkan, filem bakal jadi kelam kabut. Dan ini bukan The Expendables. Bayangkan kalau Krang ada time sequel. Nampak gaya macam pembikin filem ini ingin membikin jalan cerita sendri. Splinter tak kelihatan seperti wiseman dengan kata-kata penuh hikmahnya manakala Shredder terus jadie Super Shredder.

Dari sisi lain bagi saya, TMNT kali ni memang berjaya. Kepuasan dari banyak level. Dari lawak mereka, adegan aksi dan fight mereka, gaya penceritaan dan lain-lain. Flaws dan loopholes tu biasa. Mana-mana filem pun ada. Antara banyak dan sikit saja. Tentang Shredder yang terlalu kuat tu saya suka. Penyu ada lubang hidung pun make sense kerana ada DNA manusia yang melekat pada mereka. Tapi Splinter ajar mereka ninja macam Kung Fu Hustle itu yang lemah sedikit. Malah agak over. Nampak sangat Liebesman tak buat research. Lain kali, dia kena tengok filem Bujang Selamat.Well, turtles kali ini boleh beat filem live action TMNT II dan III sebenarnya tapi masih di paras bawah filem yang pertama yang rilis tahun 1990 but honestly speaking none of them were great either. Saya boleh terima penyu dengan muka yang menggerutu tu. Penyu era Jim Henson dulu agak cartoonish sebab mesra kanak-kanak (ini fakta, janganlah nak bernostalgia sangat). There's one point TMNT yang baru ni cuba channel Batman versi Christopher Nolan (siap lawak suara Christian Bale dan plot macam Rha's Al Ghul lagi). Cop mohor Bay (walaupun tidak mengarah) pada saya hanyalah pada penampilan Shredder yang agak robotik pada satu dua keadaan (sedikit macam Silver Samurai dalam filem Wolverine) dan juga adegan letupnya. Tapi saya suka perwatakan setiap penyu yang berbeza mengikut watak walaupun saya rasa Leo dalam filem ini terlebih tua banding penyu yang lain. Kali ini barulah ditunjuk Donatello as the real tech geek. Canon wise, Leo lebih tua setahun berbanding penyu yang lain yang tidak ditetapkan yang mana paling tua dan muda antara Don, Ralph dan Mikey. Ada yang sebut Ralph paling muda berdasarkan rebelnya manakala Mikey pula attitude gila-gilanya yang terlebih muda. But, teenager?

Oh ya, filem ini pendek sangat durasinya. Agaknya bajet Paramount dah habis dilaburkan pada Transformers 4.



Plot: Teenage Mutant Ninja Turtles mengisahkan tentang kota New York yang diancam bahaya dan amat memerlukan mereka yang dapat menjaga keamanan kota yang kini dikuasai oleh Shredder dan para pengikutnya, Foot Clan di mana mereka menguasai seluruh aspek penting dalam kota dari polis hinggalah ke ahli politik. Takdir telah mengubah empat bersaudara yang asalnya haiwan belaan tetapi bertransformasi menjadi penyu mutasi yang mahir njnjutsu. Bersama rakan mereka April (Megan Fox), seorang jurnalis wanita yang berani dan rakan sejawat, Vern Fenwick, penyu-penyu yang dinamakan sempena empat artis Renaisance ternama: Leonardo, Donatello, Michelangelo dan Raphael berusaha membanteras kegiatan Shredder dan menumpaskannya untuk mengembalikan keadaan New York pulih seperti biasa.Selain Megan Fox dan para penyu ninja yang tampil dalam janaan CGI, filem ini juga turut dibintangi oleh Alan Ritchson, Pete Ploszek, Jeremy Howard, Noel Fisher, Danny Woodburn, dan William Fichtner. Teenage Mutant Ninja Turtles yang diarahkan oleh Jonathan Liebesman (Battle: LA) telah mula ditayangkan di pawagam sejak 7 Ogos lalu.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2014
Bahasa: English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Jonathan Liebesman
Pelakon: Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, William Fichtner, Jeremy Howard, Johnny Knoxville, Tony Shalhoub, Whoopi Goldberg.

LUCY, jawapan kepada filem solo Black Widow ini. Mimpi basah fanboys jadi realiti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails