Sehingga kini, aku masih menanti filem yang mengangkat 'band' lagenda Malaysia sebagai bahannya. Ya, kita hargai Mamat Khalid yang membawa 'era itu' ke layar (Rimba Bara aku anggap seperti The Wonders yang cuma wujud di layar). Dan jauh di dalam hati, harapan aku pada Leftwings amat tinggi (dan aku dikecewakan!). Slank Nggak Ada Matinya ialah filem yang bakal membuatbukan peminat Slank (seperti aku) mula mencari fakta, adakah benar Slank 'serosak' ini? Kerana papar 'jujur' setiap anggota Slank (terutama Bimbim dan Kaka) di'bogel'kan sejujurnya. Ia seolah memberitahu audien, 'inilah kami yang jahat, dan kami mahu jadi baik'. Ya, kelemahan tetap ada di sana sini, tetapi 'niat jujur' Slank dalam filem ini menutup kelemahan itu.Setakat ini, mungkin Zaiton Ceritaku (yang aku belum tonton dan aku tak tahu sejauh mana jujurnya) mungkin filem berdasar realiti 'artis' yang ada. Kerana risiko mengangkat yang benar (apatah lagi ketika yang diangkat itu masih hidup) adalah perjudian yang bakal menginsafkan atau sekadar membuka 'aib'. (Atas dasar ini, Dukun masih terperap mungkin).Dan track Balikin, sememangnya dicipta Slank untuk memberitahu yang mereka ingin 'Balik'.
Ulasan oleh Hatta Kain Kapan
Pengarah: Fajar Bustomi
Pelakon: SLANK, Adipati Dolken, Ricky Harun, Ringgo Agus Rahman, Ajun Perwira, Aaron Ashab, Deva Mahenra, Meriam Bellina, Olivia Lubis Jensen, Alisia Rininta, Kirana Larasati, Eza Gionino, Tora Sudiro, Mikha Tambayong, Sahila Hisyam, Jessica Mila, Chika Jessica, Deddy Mahendra Desta, Epy Kusnandar, Hanung Bramantyo, PiyuYusuf Mansur, The Changcuters, Joshua Pandelaki, Poppy Sovia
Muzik: Slank Nggak Ada Matinya,Slank
Sinematografi: Aek Bewava
Penyunting: Cesa David Luckmansyah
Studio: Kharisma Starvision Plus
Distributor : Kharisma Starvision Plus
Tarikh rilis: 24 Disember2013
No comments:
Post a Comment