Aku cuma nak komen majalah ni sebab aku rasa sejak akhir-akhir ni isi Rottw dah tak semenarik majalah yang dulu-dulu. Memang laa susah nak buat majalah yang menarik tiap-tiap bulan apatah lagi dengan keadaan industri kita yang suram skang ni dan peminat kita yang lebih terbuka selera muzik dengan kebanjiran muzik luar yang semakin berkembang maju. Aku cuba gak meneliti dan membandingkan Rottw skang dan yang dulu-dulu mengikut sentuhan editor yang berbeza. Tapi antara faktor penyumbang yang menyebabkan majalah dulu lebih best ialah keadaan industri dulu yang lebih meriah dan bervariasi berbanding skang dimana label pun dah tak berani nak melabur, dalam mana-mana industri perniagaan takde pelaburan baru bermakna industri memang membawa maksud yang cukup negatif dan tanda dah nak berkubur. Semua ni berlaku sebab peminat skang yang dah tak minat nak beli album sebab saluran hiburan dah bertambah meluas seperti TV satelite,stesen radio yang semakin banyak, telefon mudah alih, internet, konsert percuma, bahan cetak rompak dan macam-macam lagi hidangan hiburan lain termasuk sukan dan lain-lain lagi. Sedangkan album yang ada dipasaran pun mahal dan belum tentu lagi sedap. Lepas tu trend muzik yang cepat berubah dan kadang-kadang terlalu stereotype menyebabkan peminat pun cepat bosan. Itu belum kira bab lain seperti kos hidup yang semakin meningkat, bencana alam, tekanan politik, adu-domba media terhadap artis dan masalah sosial sehingga mencetuskan prejudis masyarakat, masalah Barat dan negara di Asia Barat yang menimbulkan simpati orang Islam yang rasa ditindas, dibuli dan diperbodoh-bodoh oleh Barat menyebabkan kebangkitan nilai keagamaan dan membenci propaganda dari Barat khasnya bahan hiburan. Semua ni antara faktor sampingan yang memberi kesan secara langsung atau tak langsung untuk jangka masa pendek yang tempiasnya terkena pada isi Rottw yang semakin tawar skang ni.
Nak cakap macam mana lagi? Rasionalnya Malaysia ini sebuah negara yang kaya dari segi ekonomi dan dari segi politiknya ia dikagumi seluruh dunia kerana kejayaaan dan kestabilan, keamanan dan perpaduan kaumnya. Tapi malangnya industri hiburan kita khasnya seni muzik sukar nak berkembang maju jika dibandingkan dengan negar-negara membangun lain yang lebih mundur dari segi ekonomi dan kredibiliti politiknya. Apakah rakyat kita terlalu rajin berkerja sehingga takde masa untuk berhibur, atau rakyat kita terlalu kuat agama sehingga tak mahu lagi berhibur?? Kalau di negara maju industri hiburan yang kita anggap remeh dan enteng ini menjadi pencetus kepada pelbagai teknologi baru dan berjaya melahirkan individu-individu kreatif, dikagumi diseluruh dunia sehingga berjaya menjana satu industri yang berbilion ringgit dan menjadi pasaran kerja yang cukup luas dan lumayan, malangnya ia hampir mustahil berlaku disini. Mungkinkah orang kita terlalu sibuk berpolitik dalam segenap ruang yang mereka ceburi sehingga industri hiburan dan sukan kita turut menjadi mangsa pada keadaan. Agak malang jika setelah negara kita menjadi sebuah bangsa maju namun kita masih ketinggalan dalam bidang muzik dan seni hiburan ( atau mungkin juga sukan!) sehingga terpaksa bergantung pada bahan hiburan dari luar sahaja. Lebih malang lagi identiti dan jatidiri kita turut bergantung pada pengaruh dari luar juga.....
3 comments:
Azmn Shrfdn memang bangsat!
Assalamualaikum semua!

Laa..dah tahu spesies gini memang pnipu.apsal nak jugak ikut kata dia.ada otak tu fkirlah.mana ada photographer suruh yg berhijab post lucah bagai.
Post a Comment