our sponsor

Followers

Wednesday, August 21, 2013

Ulasan Konsert Metallica di Kuala Lumpur, Malaysia - 21 Ogos 2013


Ahh,... sudah lama abang Ohbloglagi tak mengupdate blog. busy lah katakan. abang bukanlah blogger sepenuh masa. page selalu dicerca dihina, tak ada yg sudi memasuki. bagaimanapun abang sempat menonton konsert band Metallica yang merupakan antara otai thrash metal, one of the big 4 of thrash selain Megadeth, Slayer dan Anthrax (abang pasti blogger jalan-jalan cari makan yang lain yang setakat popular saja tak mengetahui fakta ini.)

(lagipun Blogserius tak buat report konsert Metallica, keh keh keh...)

Awal2 lagi abang dah beli tiket harga enam rat,,,,, temnpat paling depan sebelah speaker lagi (abang ketika ini mengalami sikit pekak2 kerana kurang mendengar). radio2 swasta semua start main lagu Metallica tapi takat lagu Enter Sandman dgn Nothing Else Matters je watpe???? Koman2 pun main la Creeping Death kan? takut radio kena ban pasal lirik banyak DIE! DIE! DIE! ke? alah, lagu2 clubbing dan pop lembik dan tonggek yang lirik yang mencarut2 tu pun rilek je diorang pasang pagi2. 

Bagi abang the ultimate album Metallica ialah Ride The Lightning dan Master of Puppets. album Kill Em All masih lagi tahap kapak lagi, masih belum bercambah penuh la katakan. masih mencari arah walaupun ramai mat rock kampung yg bersiulkan lirik "SEARCHINGGGGG!!!!! SEEK AND DESTROY!!" Album AJFA (...And Justice For All bagi yang noob) pula bagai mensabotaj sound bass Jason Newkid (sekali lagi, Jason Newsted bagi yang noob) sebab kedua-dua Jaymesss Hetfield dan Lars Ulrich masih meratapi kematian pemain bass asal mereka Master Kliff Bvrton yang terkorban dalam kemalangan bas yang meragut nyawanya... Walaupun AJFA album yang amat prog bagi standard Metallica, tapi amat sayanglah sebab sound bass tak berapa dengar (walaupun ada lagu-lagu macam Shortest Straw, To Live is To Die, Harvester of Sorrow, One, Blackened... betul semua info Metallica ni dalam kepala abang je, takyah google macam blogger jalan-jalan cari makan yang lain yang suka menempek kat barricade paling depan nak ambik gambar Metallica, reporting sikit hapah pun takde, saja poyo nak tunjuk gambar banyak2 konon dia lah yg tengok Metallica padahal tiket sponsor, abang beli tiket okayyyyy). 


Selepas mendapat tiket, abang ke venue konsert iaitu stadium Merdeka pada waktu petang yang mana dah ramai orang dok beratur. Harap mereka sempat jugalah menyempurnakan kewajipan mereka. thrash, thrash juga. Ramai di kalangan mereka yang dah pun berkeluarga. ada yang siap bawak anak bini. ye lah, band ni pun dah umur 30 tahun dah penubuhannya. James tu entah pancit ke tidak menyanyi skang ni. mana la nak jerit metal cam dulu dah. macam dongdang sayang je layaknya (Dave Mustaine jugak yang maintain macam zaman muda. abang ni lagi minat Megadeth, lagipun Mustaine dulu2 banyak tulis lagu Metallica, tapi sayang la diorang tak pernah datang Malaysia). Abang mencari juga kelibat Angkatan Pemuda PAS ke kalau2 ada yang membuat bantahan, ataupun kain rentang dari kumpulan ABC band yang baru2 ini mencari publisiti murahan tulis surat kat Khairy Jamaluddin bantah konsert Metallica, padahal sentap tak dapat jadi opening, Jadi slot opening diberikan kepada Cromok. Selepas melepaskan lapar dan dahaga dengan bebola ikan cucuk kat lidi dengan air sirap, abang pun mula memasuki venue yang dah dibuka dalam sejam lebih sebelum bermulanya konsert pada pukul 8 malam.


Wah, lihatlah permandangan dari dalam stadium. Indah permai bukan??? Tak sabar nak menantikan kelibat gitar Flying V Jaymesssss. kalaulah master Kliff ada lagi, sob sob sob....

Memandangkan abang dah banyak kali tengok Cromok dan penat, jadi abang luangkan masa makan kacang putih dulu, lepak2... sehinggalah terdengar alunan muzik latar dari Ennio Morricone iaitu lagu The Ecstasy of Gold dari filem kegemaran abang iaitu The Good, the Bad and the Ugly (blogger jalan2 cari makan takkan tau , bukan lagu, filem pun tak tau. taraf diorang tu layan Adnan Sempit je, sampai kepala pun naik sempit). 

Hit the Lights!!!! Yeah, konsert Metallica dah start dah!!!! Time ni crowd memang gile2 lah. yang beli tiket murah duduk belakang sekali takkan dapat rasa punya. abang duduk depan sekali sebelah sepaker nampak jelas Kirk Hammet dengan Jaymesssss. Mantop lagi beb! Walaupun lagu dari album Kill Em All ni kelakar juga kalau dibawa sekarang sebab kapak sangat!! Teringat abang kat kampung masa layan album Metallica kat pondok , pakat kaset dengan speaker cak ayam DIY. ye lah, dulu mana ada Mp3 dan Ipod semua. 

Master of Puppets !!! MASTER! MASTER!! Berjujuk umat yang melaungkan mantra ini. Awek sebelah abang (rasanya kena paksa ikut boifren dia) mesti tak paham, apa benda yang kami "MASTA! MASTA!"kan . lagu kutuk Mastika ke sebab asyik bahan Black Metal? rasa2 lepas abis konsert ni masuk Mastika tak? konfem...


tetiba stadium ni sound dia best sikit dari biasa. set pentas pun cantik sikit. mesti banyak promoter nak kena bayar nak bagi standard konsert ni macam internasional. ye la, promoter ni kadang2 nama je ambik artis internasional tapi tak pandai buat konsert, tau buat duit je. tapi malam itu membuktikan Metallica ialah salah saktu aksi internasional yang tak rugi ditonton secara live walaupun tiket mahal macam bedil. dan ini BAND METAL BEB!! (lupakan sekejap soal mereka band mainstream. mainstream2 pun radio bukan nak pasang lagu diorang. lagu Stacy yang macam nak tertonggek tu selalu la pasang). 

gimmefuegimmefivegimmedabajadabadaza! YA ITULAH LAGU FUEL! rasa-rasanya ini satu je lagu dari album Reload yang sesuai di mainkan live. takde satu pun lagu dari album Load yang dihentam teruk kerana Metallica dah jadi alternatif pop metal. lagu2 dari album St Anger???? hahahaha, jangan buat wa gelak bro!!!! 

Kemudian masuk pula lagu Harvester of Sorrow yang buat abang teringat masa diorang masa buat show kat Russia, dengan askar penuh kat padang macam siap nak perang, nak bedil dgn kereta kebal kalau mamat metal ni pergi kokak stage. nak metal2 pun  biarlah beradab kan? we are better than Justin Bieber atau lady Gaga fans yang menggelupor dan bimbo tak tentu pasal, kan??? time Harvester ni nak kena ada Newkid jugak kot. Yg orang kata macma tak dengar sound bass dia dalam AJFA. Yes, abang merindu juga kelibat Newkid walaupun ada mamat yang tak suka sebab dia kata "Newkid main bass pakai pick apa kelass????? tengok Kliff, main plucking!!" Lepas tu adalah satu lagu dari album Death MagneticCyanide. Modal kesian buat Rob Truj-susah-nak-ejo. ye la. dia masukMetallica, takkan takde lagu yang dia pernah rekod untuk dimainkan?? apa nama bandmate kan (lu rilek Rob, lua dah kaya dapat juta2, apa kisah. ramai lagi yang teringin sangat nak tempat lu ni.)



Iniilah Rob Trujsusahnakejo tu hahahaha


"KUALA LUMPAR!!!!!!" Begitulah jeritan kesawanan Jaymessss Hetfield yang kesawanan melihat stadium penuh dengan lautan manusia berpakaian serba hitam. Lars Ulrich tersenyum penuh makna di sebalik drumkit kerana khabarnya tiket2 sold out. Mana taknya. 30 ribu yang datang malam tu, memang pack gila la stadium. nak raba awek pun mudah saja. (jahatnya abang. abang tau ex-awek pun ada dalam celahan mat-mat rock kampung yang datang tu kat zon2 belakang. mesti dah kena ratah, kena kekah ramai2. padan muka dia). Solo Kirk Hammett masih mantap siot.


Time diorang bawak lagu Sanitarium, wah sebijik macam XPDC time Ali Terra Rosa tu. 2 kali abang dah sebut Sanitarium ari ni kat twitter. Orang KJ mesti ingat abang nak gi tandas.. hahaha.  adalah yang mencilok masuk iphong dan rekod video. abang harap ada lah yang terekod video malam ni HD, letak kat Youtube, lepas tu Lars Ulrich cari sorang2... hahaha. siap ko Lars, akan ku download juga filem Through The Never ko tu kat torrent. Korang tak nak komen pasal Lars Ulrich ke? Please lah komen. Dok sebelah speaker ni, sebu je bunyi dram dia. Rasa macam nak suruh Joey Jordison je yang main dram, takpun Dave Lombardo yang takde job skang ni. Menyampah sebenarnya dengan sound dram Ulrich ni. tengok je la video dokumentari Some Kind of Mosnter. macam gampang dia buat drama.... bak kata band Sunn O))), moga Lars yang tercampak keluar dari bas, bukannya Master Kliff Bvrton ...sebab kalau tak, mesti rhythm section jadi lain malam ni. I expected more from For Whom Bell Tolls actually... tapi tak seepik yang dijangkakan...

And now I take it back pasal sound kat stadium yang abang kata sedap sikit bunyi tu. Well, now it sounds like Stadium Merdeka. Jauh lagi perjalanan nampaknya bagi promoter kita.... 

save the best for last. DIE, BY MY HAND, I CREEP ACROSS THE LAND! KILLING FIRSTBORN MAN! Here comes Pemuda PAS. What? Nothing from St Anger?  Hahaha! Ya, dah masuk encore dah bang, lepas je diorang habis dengan lagu Enter Sandman. Kini set encore dimulakan dengan lagu Creeping Death, lagu yang liriknya merujuk pada Bible bagi mereka yang faham. Ya, abang nyanyi2 pun tau la apa yang dinyanyikan, bukan buta tuli je ikut macam peminat Selena Gomez dan 1Dirrection hatta Backstreet Boys sekalipun.

Lepas lagu Battery, Jaymesss bagi ayat penge-last lah. Sebut 3 perkataan dia kata. haha. apa lagi SEEK! AND! DESTROY!!!!!! itulah lagu penutup konsert malam itu, (still lagu tu kapak benor. hahahaha!)

But overall, Metallica masih lagi mantap walaupun vokal Jaymess masa Enter Sandman dah commercialized sangat dek peningkatan usianya....



yang bestnya, tengah dok syok2 baling pick tu, abang dapat dua ni. rare tu!!!!  Wherever I May Roam 1991-93 kot!!! (yang sebelah tu pick bass RoB Trulisusahnakejo) 


ini pun akan abang simpan buat kenangan... pasti akan dijual di ebay dengan harga yang berganda kalau ada yg sanggup membeli. eh , mestilah KL punya show beb! kalau show kat Donnington ke , dah selalu sangat diorang buat. INI MALAYSIA!!!!

Terima kasih Metallica kerana sudi membuat konsert di Malaysia. kalau boleh, sudi2kanlah pujuk Mustaine and c. buat konsert kat Malaysia juga. kami sanggup membayar dengan harga kapal selam. lihat sendiri pada konsert Metallica, abang harap Metallica dapat meyakinkan abang Mus itu.

METALLICA IN MALAYSIA! YEARGHHH!!! 


setlist Metallica live in Kuala Lumpur:
Hit the Lights 
Master of Puppets 
Fuel 
Harvester of Sorrow 
Fade to Black 
Ride the Lightning 
Cyanide 
Welcome Home (Sanitarium) 
Sad but True 
Orion 
One 
For Whom the Bell Tolls 
Blackened 
Nothing Else Matters 
Enter Sandman 

Encore:
Creeping Death 
Battery 
Seek & Destroy 

3 comments:

pokjak said...

Abg Mus memang dah nak datang Malaysia tahun 2001/2002 tapi kena banned pasai megadeth didakwa sebagai band black metal. Org lain punya pasal dia plok kena.

Blitzenius said...

Lepas tu kita makan kuaci layan pak pung pak mustope sweating bullet

NazOne said...

yearghhh!!! tora2 ehh silap hahaha gua beli tiket ptg tu gak... al maklumlah aa ingat memember dok pedajal gua hahahaha nyata x sia2 wa mc mengejut 21hb Ogos hahahahah

Related Posts with Thumbnails