our sponsor

Followers

Thursday, May 23, 2013

[TAHUKAH ANDA] McDonalds Pernah Jual Pizza


Malangnya pizza ni tak laku...


Sekitar pertengahan 90'an, McD pernah terjerumus ke kancah bisnes pizza. Mungkin mereka rasa mereka boleh kalahkan francais Pizza Hut, Domino's hatta Shakey's Pizza sekalipun, tetapi pizza McD ini jadi hidangan sampingan yang bukan saja tak menarik tapi tak sedap hatta membuatkan ianya tak laku. Hakikatnya, penggemar McD dah terbiasa dengan hidangan cheese burger, McChicken, foldover, apple pie,... and thank God for bubur ayam McD jadi pengguna merasakan apa perlunya mereka memilih pizza McD (yang sudah tentunya lebih mahal daripada hidangan ringkas McD yang lain). Tambahan pula, banyak lagi outlet pizza yang lebih sedap dan ikhlas menghasilkan pizza berbanding McD yang lebih ke arah strategi pemasaran saja.
   McD juga  mengalami kerugian kerana terpaksa membeli ketuhar pembakar pizza yang kemudian tidak lagi digunakan. Bukan itu saja, McD melakukan tindakan yang bangang dengan terpaksa meluaskan kelebaran tingkap kaunter drive thru supaya dapat muat dengan saiz pakej pizza tak sedap mereka yang sebenarnya tak perlu pun.
   Yang kami boleh kata pada McD dengan suara ala Donald Trump ialah : McD, you're bodoh, bodoh, bodoh! And you're fired.



Lain-lain yg anda perlu check out!







Anda akan tentukan siapa bakal menang di Anugerah Blokbuster Astro. Undi pelakon dan filem terbaik sekarang!



No comments:

Related Posts with Thumbnails