our sponsor

Followers

Thursday, May 23, 2013

Karnival Jom Heboh, Presint 2 Putrajaya, 25 Mei 2013. Temui pelakon filem KIL seperti Redza Minhat dan Cristina Suzanne Stockstill



Temui Cristina Suzanne di Karnival Jom Heboh

Lokasi ketiga janji aktiviti lebih menarik 
   Selepas membuka tirai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu diikuti Johor, acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh meneruskan kemeriahan ulang tahun ke-11 di Presint 2, Putrajaya, mulai esok dengan program lebih segar dan menarik.
   Antara yang menarik ialah pembukaan gerai eksklusif Cereka dan Studio 3; Bananana! Land; Selera @ Jom Heboh; Wow! Bag Booth; Kota Ilmu dan kiosk perkhidmatan yang akan memuatkan segala maklumat, paparan menarik, cenderamata keluaran terhad dan promosi program TV3.
   Gerai Cereka menggabungkan program terbaru dari slot drama, hiburan, majalah dan dokumentari. Antara artis yang akan turun padang ialah Sherry Ibrahim (bintang Akasia : Teduhan Kasih); Syatilla Melvin (Azalea : Kalau Bukan Aku); Jay Iswazir (Aksi : Karlos); Izzue Islam dan Azlee Khairi (Zehra : Sebenarnya Saya Isteri Dia); Qi Razali (Jalan-Jalan Cari Makan) dan ramai lagi.
   Tidak ketinggalan pelakon filem Kil dan Pecah seperti Cristine Suzanne, Redza Minhat dan Ako Mustapha.




A feel good movie about a suicidal young man called KIL. Starring Redza Minhat and Cristina Suzanne Stockstill. Produced by Flux Visual Lab. Copyright 2011.

Peluang tonton episod drama bersiri akan datang 
   Gerai Studio 3 memberi peluang kepada penonton setia TV3 menyaksikan episod akan datang drama bersiri TV3. Antaranya Karlos; Kisah Cinta; Sebenarnya Saya Isteri Dia; Epilog Cinta Khirana; Teduhan Kasih dan Iman Nabila. Pengunjung hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 untuk mendapatkan tiket.
Bananana! Land pula khusus untuk peminat cilik yang pasti ceria dengan kehadiran Deera, Harris dan Hadi dari program Idola Kecil serta Mohamed Solehin (Soccer Kids All Stars) yang akan melakukan pelbagai aktiviti menarik.
   Wow! Bag Booth pula menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan artis jemputan seperti Alex Yanz, Riz Amin, Zalif Sidek dan Nur Risteena.

Persembahan band indie 
   Sementara itu, khusus untuk pengunjung generasi muda, TV9 membawa barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Bunkface, OAG dan Go Gerilla, mulai jam 9 malam, Ahad ini. Sehubungan itu, jangan lupa hadir pada Karnival Jom Heboh di Putrajaya selama dua hari mulai esok untuk bertemu artis pujaan dan memenangi hadiah menarik.

sumber: BERITA HARIAN


Lain-lain yg anda perlu check out!







Anda akan tentukan siapa bakal menang di Anugerah Blokbuster Astro.
Undi pelakon dan filem terbaik sekarang!

No comments:

Related Posts with Thumbnails