our sponsor

Followers

Monday, November 28, 2011

filem KIL dan iklan Coca Cola



A feel good movie about a suicidal young man called KIL. Starring Redza Minhat and Cristina Suzanne Stockstill. Produced by Flux Visual Lab. Copyright 2011.


it's not because a friend did this movie tapi sebab ianya premis yang mungkin belum pernah ada dalam filem melayu. satu yang saya perasan ialah wajah kuala lumpurnya. bunuh diri bukannya satu rasa yang literal , mungkin kepada metafora sebab kita dah tak ada perkataan lain lagi. contohnya, bila saya sakit hati pada kata-kata orang macam hothotheat yang kritik sebelum melihat, saya rasa nak bunuh dia. tapi itu metafora sahajalah. ataupun bila baca komen student bandung tentang tak jadi nak bunuh diri sebab jatuh cinta, well, itu fakta dan kebenaran. saya rasa macam nak bunuh student bandung pula. tapi itu sekadar metafora saja. im not that dangerous.


saya tahu bani Melayu kita ramai yang pandai menilai. jadi sila tonton dahululah , kemudian baru tampil dengan ulasan sendiri ala roten tomatoes.




Ia bukanlah pengalaman menarik sangat, cuma ingatan tulus ikhlas saya terhadap muzik alternatif yang juga berkait dengan Coca Cola. dalam tahun 1996, kumpulan OAG sedang tengah hit dengan lagu 60's TV dan ada satu program televisyen TV3 tentang muzik alternatif yang banyak menyiarkan video muzik band-band alternatif dalam dan luar negara. anda sebutlah nama Nirvana, Oasis, Butterfingers, Saturnine, Weezer, Dead Milkmen, Radiohead, semuanya mendapat exposure terawal di negara kita selepas program tv ini. kemudian, mungkin atas populariti OAG, Coca Cola mengambil mereka sebagai 'band rasmi' dengan iklan mereka jamming di atas bumbung memainkan instrumental improvisasi 60'sTV mashup dengan melodi Coca Cola. Setahun lepas tu, OAG sekali lagi dipanggil untuk memuatkan satu lagu mereka "What's The Name of the Game" sebagai lagu tema pertandingan Piala Dunia Belia FIFA 1997 yang mendapat tajaan Coca Cola, yang tampil dengan video muziknya yang saya rasa ramai lagi belum kenal Qi (atau Chi), kekasih Yuna sekarang sebagai pemain dram mereka dulu, siap simpan misai lagi.

Satu yang saya ingat masa tu Coca Cola pun buat satu peraduan yang bagi hadiah jersi bola Coca Cola. entah macam mana, saya pun dah lupa, saya ada menang Coca Cola tu, jadi anda bayangkan macam mana kentalnya saya minum Coke sebab boleh hantar peraduan dan menang jersi. Malangnya jersi tu tak dapat saya tuntut sebab saya telah tersesat masa nak ke kilang/pejabat Coke tu (kat Gong Badak, Terengganu nung...). Ya, hadiah kena ambik sendiri. Pergi dari kampung naik basikal., budak-budak cerdas la katakan. Dulu tak ada GPS semua macam sekarang, handphone jauh sekali. Bila kawan kata mungkin jersi dah habis dituntut tinggal topi atau sticker, terus saya hilang semangat. Tapi Coca Cola tetap hutang hadiah kat saya. Hahahaha. Jadi bila Abang Nara alang-alang nak bagi hadiah ni, apa kata Abang Nara pilih saya. Tak adalah pihak Coca Cola terasa bersalah ke apa kat saya. Wassalam. :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails