our sponsor

Followers

Sunday, September 5, 2010

TV3 memohon maaf atas iklan raya yang disiarkan baru-baru ni. dihentikan serta merta!




Kemain laju je TV3 tarik balik iklan kereta rusa merah tu. sebab koranglah sibuk blog pasal menda alah ni.

Ini pula laporan Utusan Malaysia hari ini tentang kenyataan maaf TV3, most importantly, individu di sebalik idea iklan tersebut yang buat orang ramai tertanya-tanya (dan orang macam saya pula kata, "saya patut masuk industri ni,.... but then i'm not the power that be":



Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.



RM200,000 for one fuckin' minute, guys! we can plant a house and build a tree!

anyway, dalam banyak2 komen Twitter (tapi tak jadi trending paling top...) i pick for this one:

@erk888 Sudah diduga, berlambak blog sibuk cerita pasal iklan raya tv3 , kalau bab rasuah semua penakut


so, who gonna start first? nama siapa nak petik dulu?

btw, benda yang aku tak suka pasal iklan tu mungkinlah sebab dia 'cantik' sangat, takde rupa marhaen. and the song, the voice, they just plain sucks!

2 comments:

Anonymous said...

*yawn* Did I miss anything on TV3? Oh, I didn't watch TV -- much.

True, M'sian are one uppity conspiracy theorist but when it comes to human rights, they become dumb-dumb.

Blitzenius said...

you don't have to watch TV. and the thing is, people who condemn the TV ad the most is the one who read the blog entry, Youtubing their arse, make 5 second frame of jawi terbalik on their Flash software. True.

Fuckin The Arrival. and Da Vinci Code. people become so paranoid these days...


and i fucking hate it when The Arrival steal music from Clint Mansell off his Requiem for a Dream and The Fountain for their score. they misplaced the music. Clint never write score for conspiracy theorist kinda mockumentary.

Related Posts with Thumbnails