our sponsor

Followers

Tuesday, March 1, 2016

THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS eksklusif di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431)

HBO Asia, penyiar khusus Oscars®, membawa 14 penonton dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Taiwan dan Hong Kong untuk menyaksikan acara permaidani merah secara langsung di majlis penganugerahan 88th Annual Academy Awards. Bersesuaian dengan glamor dan kegemilangan acara tahunan Hollywood terbesar ini, kesemua 14 pemenang peraduan “HBO’s 2015 Ultimate Oscars® Experience” akan dilayan bagaikan selebriti, tiba di Oscars® pada 29 Februari, berpakaian gaya “red carpet”, dan bersedia untuk menyokong pesaing Oscar® kegemaran, penyampai anugerah dan penghibur pada acara tersebut, apabila mereka berjalan di permaidani merah.

Tujuh pasang penonton tahun ini sekali lagi akan berkemungkinan memenangi peluang khusus seumur hidup mengalami Oscars® red carpet secara langsung pada tahun 2017, dengan semua perbelanjaan ditanggung. Penyertaan adalah hanya dengan menjawab soalan yang akan didedahkan semasa siaran secara langsung dan eksklusif acara Oscars® 2016 pada 29 Februari 9.30 pagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hboasia.com/oscars.

THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS akan ditayangkan secara langsung dan eksklusif di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) merentasi pelbagai skrin pada 29 Februari, bermula dengan OSCARS® RED CARPET ‘LIVE’ pada jam 8 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 7 malam), dan THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS ‘LIVE’ pada pukul 9.30 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 8 malam). Majlis anugerah ini juga boleh dinikmati secara langsung dengan Astro On The Go. Penonton juga boleh saksikan pada bila-bila masa menerusi On Demand (OD).

Krew media sosial HBO Asia dan hos Janet Hsieh akan melapor secara langsung dari permaidani merah Oscars® 2016 yang gilang-gemilang, di platform media sosial HBO Asia. Dan buat pertama kali, laman mikro HBO Asia ( www.hboasia.com/oscars ) akan menampilkan rakaman temubual belakang pentas dan rakaman eksklusif untuk laman web.

Dihoskan oleh Chris Rock, Acara Tahunan Anugerah Academy ke-88 akan diadakan di Dolby Theatre® di Hollywood & Highland Center® di Hollywood. PenyampaiOscar® dan penghibur lain yang baru diumumkan adalah Morgan Freeman, John Legend, J.J. Abrams, Sacha Baron Cohen, Henry Cavill dan Dave Grohl.

Penyampai dan penghibur Oscar® yang diumumkan sebelum ini termasuk: Patricia Arquette, Abraham Attah, Cate Blanchett, Emily Blunt, Louis C.K., Steve Carell, Priyanka Chopra, Common, Russell Crowe, Benicio del Toro, Chris Evans, Tina Fey, Jennifer Garner, Whoopi Goldberg, Ryan Gosling, Louis Gossett, Jr, Kevin Hart, Quincy Jones, Michael B. Jordan, Lady Gaga, Byung-hun Lee, Jared Leto, Rachel McAdams, Julianne Moore, Olivia Munn, Dev Patel, Eddie Redmayne, Daisy Ridley, Margot Robbie, Jason Segel, Andy Serkis, Sarah Silverman, J.K. Simmons, Sam Smith, Charlize Theron, Jacob Tremblay, Sofia Vergara, Kerry Washington, The Weeknd, Pharrell Williams dan Reese Witherspoon.

IKUTI HBO ASIA:
www.hboasia.com/oscars
www.facebook.com/hboasia
Instagram: @HBO_Asia
Twitter: @HBOAsia
Hashtag: #HBOAsiaOscars16

No comments:

Related Posts with Thumbnails