our sponsor

Followers

Sunday, March 6, 2016

Filem Boboiboy The Movie meletup! Kutip RM3.2 juta dalam masa 4 hari!

Filem animasi tempatan Boboiboy The Movie terus mendapat sambutan menggalakkan sejak mula ditayangkan 3 Mac lalu. Dalam tempoh empat hari tayangan, kutipan filem animasi ini telah berjaya mencecah RM3.2 juta.

Sambutan yang menggalakkan terhadap filem animasi membuatkan beberapa pawagam telah menambah beberapa slot tayangan. Kutipan yang memberangsangkan ini dijangka semakin bertambah apabila memasuki musim cuti sekolah ini yang akan bermula penghujung minggu ini.

Filem Boboiboy The Movie ialah berdasarkan siri televisyen animasi popular terbitan Animonsta Studios yang ditayangkan di TV3 di mana ia berkisarkan adiwira BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam misi menyelamatkan Ochobot yang diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang bernama Tengkotak. Mereka mahu menggunakan Ochobot untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di sebuah pulau misteri sekaligus meneruskan pelan jahat mereka.

Filem ini dilakonkan oleh pelakon suara Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria dan diarahkan oleh Nizam Razak. Ia telah mula ditayangkan pawagam sejak 3 Mac 2016, edaran Primeworks Studios. Ia dijangka ditayangkan di Indonesia pada 13 April 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai filem ini, layari www.boboiboymovie.com.

Maklumat tayangan filem ini di seluruh negara, layari http://www.cinema.com.my/bm/movies/details.aspx?search=2015.10269.boiboiboi.20059&section=showtimes

No comments:

Related Posts with Thumbnails