our sponsor

Followers

Tuesday, March 3, 2015

[ULASAN FILEM] Chappie (Sony Pictures)

Dari pengarah filem District 9 dan Elysium, Neill Blomkamp terhasilnya cereka 'hard-edged violent political sci-fi' Chappie

Humanity's last hope isn't human.

SINOPSIS: Filem ini mengisahkan tentang Chappie yang diculik oleh dua penjenayah tetapi kemudiannya diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga yang pelik. Chappie berbakat luar biasa dan amat pintar, ini kerana Chappie merupakan robot yang dikurniakan dengan kepandaian.

ULASAN: Selepas selesai menonton Chappie semalam, saya tau akan ada pengkritik yang tidak akan menyukai beberapa perkara dan akan membandingkannya dgn District 9 yang jadi kerja terbaik Blomkamp. Itu pun tak menjadi hal pada saya kerana 2 jam saya menonton Chappie saya rasa puas kerana saya faham apa yang hendak disampaikan oleh Blomkamp dan saya kira ia tidak dikongsi bersama kritik-kritik yang lain yang menghentamnya.

Saya lihat filem Chappie begini, kebanyakan ulasan samada dari pengkritik atau peminat menunjukkan apa yang mempengaruhi ulasan/kritik mereka ialah faktanya kerana ianya hasil dari pengarah yang mana kerja breakthrough beliau ialah District 9 tapi dalam masa sama, pernah menghasilkan satu kegagalan yang dipanggil Elysium (malah ia diakui oleh beliau sendiri). Blomkamp ada sejarahnya dan peminat, mereka ada satu jangkaan. (Ini membuatkan Blomkamp terbeban dek jangkaan peminat). Tapi tidak pada saya. Bila saya tonton Chappie, saya tidak melihat sejarah Blomkamp, samada District 9 atau Elysium. Saya mahu lihat apa benda pula yang si Blomkamp ni nak buat. Letupan dalam Chappie seolah-olah ia meminjam filem summer blockbuster (baca: Bayhem), kita tak jangka benda ini dari Blomkamp but he did. Kehadiran Die Antwoord membawa watak ibu bapa angkat Chappie datang bak komedi bagi saya, kita tak jangkakan komedi, but he did. Blomkamp buat filem popcorn, ia nampak tak masuk akal dengan setting Robocop-meets-Short-Circuit (tapi Chappie lebih besar mengangkat dongengan Pinocchio sebagai rujukan, cuma hubungan Chappie dengan pembikinnya, Deon tak dikembang dengan baik) dan sukar kita hendak telan hakikat filem ini hasil dari Blomkamp because dude, you're the District 9 guy! Dan lebih kelakar sebab ada kritik yang menghentam Elysium tapi mengangkat Chappie macam ianya District 9 (walaupun jika dibuat perbandingan, ada banyak perbedaannya). Mudahnya, saya lihat Chappie sebagai satu wacana baru Blomkamp yang berbeza dengan kerja-kerja lamanya. Tapi pada saya, kritik-kritik ini perlu diambil kira juga: tak kira yang membenci atau menyukainya. Anda kena tau apa yang anda bakal tonton. Saya rasa masalahnya hadir bila kita mengharapkan sesuatu dari filem ni,... and it didn't turned the way we wanted (salah pengkategorian dan pemasaran). Saya lihat Chappie macam filem gangster komedi juga, dan di sini, Malaysia, ia genre filem yang dibenci sebab ia melambak di pasaran macam tiada filem lain. Dan Sony Pictures sebagai studio filem gagal memasarkan filem ini dengan sebaik dan setelusnya, the trailer makes it dark and gritty as if we're looking at District 9 number 2 when it wasn't.

Ibaratnya, menyembunyikan tujuan filem Chappie itu sebagai promo grup Die Antwoord seolah-olah mengiklankan filem 'A Hard Day's Night' sebagai filem tentang peminat yang berkejaran semata.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015 Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Neill Blomkamp
Pelakon: Hugh Jackman, Dev Patel, Sigourney Weaver, Sharlto Copley, Jose Pablo Cantillo

No comments:

Related Posts with Thumbnails