our sponsor

Followers

Saturday, March 28, 2015

Brandon Routh (Superman Returns, Scott Pilgrims, Atom) datang ke Malaysia

Brandon Routh (Superman Returns, Scott Pilgrims, The Atom dalam siri TV Arrow) datang ke Malaysia di mana dia singgah ke kedai merchandise DC Comics Super Heroes Malaysia, yang terletak di Little Red Cube, Nusajaya Puteri Harbour, Johor. Peminat yang singgah ke DC Comics Super Heroes Malaysia sempat bergambar dengan Brandon.

Jika ada yang tertanya-tanya, Brandon sebenarnya berada di Malaysia untuk urusan produksi di bawah Pinewood Malaysia Studios di mana dia terlibat dalam penerbitan Lost in the Pacific. Ini merupakan kunjungan Brandon yang kedua ke DC Comics Super Heroes Malaysia di mana dia bukan hanya membawa satu tetapi dua watak komik DC; selain watak ikonik Superman, dia juga membawa watak Atom dalam siri tv Arrow yang dipadankan dari komik Green Arrow.

Atom mempunyai kelebihan seperti watak komik Marvel, Ant-Man iaitu keupayaan mengecilkan saiznya. Malahan sut versi siri TVnya juga mirip Ant-Man versi filem yang bakal tayang bulan 7 ini. (Kemungkinan disengajakan DC supaya kedua-dua watak ini akan dibuat perbandingan kelak).

No comments:

Related Posts with Thumbnails