our sponsor

Followers

Monday, November 3, 2014

Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya

Dewan Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur akan menerima tetamu yang ditunggu-tunggu peminat selama ini pada 21-23 November 2014. Kumpulan KEMBARA yang diterajui oleh artis tersohor negara Dato’ M. Nasir telah mengesahkan persembahan mereka. Kumpulan popular era 80'an dengan lagu-lagu kerakyatan dan ’art rock’ ini akan menggabungkan semula anggota asal di pentas Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut di dalam sebuah konsert yang dinamakan KONSERT HATI EMAS KEMBARA.

Tiket untuk Konsert Hati Emas KEMBARA‬ boleh didapati di www.ticket2u.biz atau Box Office counter, Istana Budaya yang berharga RM68, RM98. RM188, RM258, RM328 dan RM388 (tidak termasuk surcaj RM3).‪ Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan line up asal Kembara; Dato' M. Nasir, A. Ali dan S. Sahlan dan bersama line-up generasi kedua Kembara iaitu Zoul, Rahman Suri, dan Md Shah. Setelah lebih 30 tahun, khas untuk anda Malaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails