our sponsor

Followers

Wednesday, October 1, 2014

[ULASAN FILEM] Annabelle (2014)

Datangnya Oktober, bagi peminat filem kita akan disambut dengan musim filem seram dan spinoff kepada filem seram blockbuster tahun lalu, The Conjuring iaitu ANNABELLE yang akan menemui penonton mulai 2 Oktober 2014 ini membuka tirai slot seram Oktober 2014.

Tugas pengarah yang daulunya digalas oleh James Wan kini disandang oleh sinematografer The Conjuring sendiri, John R. Leonetti yang mana kredit pengarahan filemnya setakat ini ialah melalui filem Mortal Kombat: Annihilation dan Butterfly Effect 2. Mampukah beliau menyajikan keseraman sebagaimana The Conjuring yang menerima pujian pengkritik kerana mengembalikan mood sebuah filem seram klasik yang telah lama tidak dizahirkan sejak The Exorcist.

SINOPSIS: Annabelle memaparkan kisah Mia dan John, sepasang suami isteri yang diganggu oleh makhluk halus yang dipercayai berpunca dari sebuah anak patung yang dibeli oleh John dan dibawa ke rumah. Beberapa kejadian pelik dan menyeramkan mulai menyelubungi kehidupan mereka.

Klasifikasi: P13 Genre: Seram Tarikh Tayangan: 2 Oktober 2014 Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pengarah: John R. Leonetti Lakonlayar: Gary Dauberman Pelakon: Annabelle Wallis, Alfre Woodard,Eric Ladin
Muzik: Joseph Bishara
Sinematografi: James Kniest Suntingan: Tom Elkins
Studio: New Line Cinema, Atomic Monster, The Safran Company

No comments:

Related Posts with Thumbnails