our sponsor

Followers

Wednesday, October 1, 2014

[ULASAN FILEM] Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Filem ni akan buat penonton berfikir. Kerisauan penonton tu pada saya terletak pada barisan pelakon dari program Raja Lawak yang akhirnya benar-benar berlakon dan bukan buat lawak bangang macam kebanyakan filem yang didepani peserta Raja Lawak. Pada saya mungkin ada yang tak akan tonton Amir & Loqman sebab dia tengok ianya filem yang ada budak Raja Lawak, tapi mungkin ada juga yang menonton yang akan menyumpah filem ni kerana ianya tak menyajikan lawak bangang yang biasa mereka terima melalui program Raja Lawak (anda tau penonton yang jenis macam mana).

Saya terfikir juga, ada sebab kenapa Mamat Khalid menggunakan kata "Ke Laut" dalam tajuk filemnya. Dia sengaja, but people don't get it.

Memetik kata rakan, umum tahu yang genre parodi memang forte Mamat Khalid, dan memang filem-filem beliau (seringkali menggunakan) genre parodi. Amir & Loqman Pergi Ke Laut ini adalah filem parodi tentang gangster Melayu atau filem parodi tentang filem gangster Melayu. Jadi, adakah Amir dan Loqman ni embodiment kepada gangster filem Melayu itu sendiri (dan filem gangster Melayu) yang memang literally "ke laut" perginya?

Well, pada saya pemahaman penonton kita ke laut juga kerana samada mereka lihat pelakonnya dulu, atau tajuk filemnya tanpa melihat tenaga produksinya. Macam filem ni.

Sejujurnya, jika tak kerana saya berkesempatan menonton filem Man Sewel Datang KL lakonan Shuib Sepah semasa hari raya yang lepas (filem yang teruk dicerca semasa mula tayang di panggung dulu) mungkin saya tak ada sebab untuk menonton Amir & Loqman lebih awal di panggung. Seperti yang saya sebut di awal ulasan, akhirnya barulah saya benar-benar menonton sebuah filem yang memperlihatkan pelawak dari program TV realiti benar-benar menuruti tuntutan watak yang dibawanya dan tidak menjadikan watak sebagai versi dirinya sendiri yang akhirnya mengubah skrip filem dan isinya.

Amir & Loqman bukanlah sebuah karya yang sempurna. Adakalanya ada perkara yang tak perlu sebab nampak seperti Mamat kekeringan idea (scene Adi Putra jadi pelakon gangster yang lembut), Mamat sebenarnya boleh buat lebih baik daripada itu. Tapi saya puji pada skor filem yang dihasilkan oleh Luka Kuncevic (komposer yang pernah mengendalikan muzik untuk filem War of the World: Goliath dan akan datang, filem Lelaki Harapan Dunia). Setiap aspek bunyian dijaga dengan teliti dan kena pada setiap adegan.

SINOPSIS : Penceritaan kisah lucu di antara dua sahabat baik iaitu Amir dan Loqman yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan kongsi gelap dan memulakan kehidupan baru. Malangnya, mereka perlu menyempurnakan satu misi sebelum dibenarkan keluar dari kumpulan tersebut. Apakah agaknya misi yang perlu diselesaikan oleh mereka berdua?

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan: 25 September 2014
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon: Sofi Jikan, Nadia Mustafar, Syuk Balas, Shuib Sepah, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie, Rashidi Ishak

No comments:

Related Posts with Thumbnails