our sponsor

Followers

Friday, July 4, 2014

Ulasan filem.: SONGLAP (2011)

Sebelum saya diminta oleh Loque (pemuzik band Butterfingers / Monoloque yang  juga giat menulis skor untuk filem. Songlap ialah antara yang terawal) menonton filem ini, saya memang nak tengok pun sebab tenaga kreatif dalam filem ini iaitu duo pengarah Fendi (ex Carburetor Dung) dan Fariza Azlina yang pernah buat siri tv dan filem Kami, dengan subjek yang tak ada orang pun nak sentuh. Yes, ini filem jenayah, tapi well executed dan tak lah terasa memperbodohkan penonton. Ada yang kata filem ini filem serius, berat rasa nak menerima, (boring pun ya juga) dia nak yang terhibur saja. Salah tu. SONGLAP ialah cerita setiap hari, tentang orang-orang di sekeliling kita. Unless anda tak nak ambil serius pun akan orang-orang di sekeliling, walaupun jenayah berlaku di depan mata anda dan anda tak ambil peduli, than i'm sorry about that, you’re not ready for this.

Tidak seperti Ombak Rindu yang ada saat-saat unrealnya bila Islam cuma pada adegan awal baca al Quran sedang selebihnya cinta, cinta dan fresh oren. Seolah-olah melayu perlu didodoikan dengan cinta ala Eddie Hamid. Sekurang-kurangnya Songlap ialah cerita tentang kehidupan. Perkara sebenar yang berlaku. Bukan cinta semata menyerah tubuh.

Don't get me wrong. I've got nothing against filem Ombak Rindu atau apa saja filem. Saya suka Songlap kerana garapan dua pengarah ini tersendiri dan lakonan pemain wataknya memang terserlah. Saya juga tonton Ombak Rindu kerana buah tangan pengarahnya Osman Ali jarang mengecewakan dan saya lagi suka bila ia sukses di pawagam sebab nampak yang orang kita memang menyokong pembikin filem tempatan. Kita senang menjatuhkan hukum apabila sesuatu yang nampak sesat macam tagline ‘kerja kotor sapu bersih’ yang digunakan Songlap itu dikatakan mengarah kepada perlakuan yang rosak sedang ia boleh buat kita terfikir akan realiti yang berlaku yang kita mungkin tak endah pada persekitaran kita. Filem akan sentiasa bertujuan untuk menyampaikan cerita. Samada penonton tu dapat kebaikan daripada filem terserah kepada budi bicara dan bagaimana dia menaakul sesebuah karya. Kadangkala filem yang dikatakan menyampaikan mesej yang baik juga tak sampai mesejnya mungkin kerana garapannya yang gagal, kepincangan pada skrip, kegagalan pemain wataknya dalam menzahirkan karakter atau longgar dari segi plot.

Sara Ali patut menang Oscar!

Sinopsis: Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Studio: Grand Brilliance dan Red Films
Pengarah: Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak
Cerita dan lakonlayar: Fariza Azlina Isahak
Lakonan: Shaheizy Sam- Am, Syafie Naswip- Ad, Sara Ali- Hawa, Omar Abdullah- Bapa Hawa, Rozie Rashid- Mak Minah, Hasnul Rahmat- Abang Mat, Normah Damanhuri- Rita, Fauzi Nawawi- Chipun, Lisdawati- Isteri pembeli anak, Eizlan Yusof - Suami pembeli anak dan Nasir Jani- Pemandu Teksi serta Farid Ayam sebagai kawan Am.

No comments:

Related Posts with Thumbnails