our sponsor

Followers

Saturday, July 5, 2014

[ULASAN ALBUM] CHIMAIRA (2005)

Album ini jauh meninggalkan Impossibility of Reason, lebih jauh lagi meninggalkan Pass Out of Existence. Penilaian saya? Seawal track pertama, Nothing Remains, kata saya dalam hati, "I know this CD will going to be awesome, full blown metallic awesome!" Kevin Talley, drummer baru mereka telah meletakkan corak baru dalam lagu-lagu mereka. Jika Impossibility masih meninggalkan sisa-sisa Pass Out, album baru ini adalah dimensi baru Chimaira. Metal dalam erti terma muzik metal yang kita kenali dulu, hitam, gelap, puaka, tenaga, dan apa saja yang melonjakkan hati ini dari terus memendam rasa. Save Yourself dan Inside The Horror adalah track yang pasti akan jadi anthem metal peminat mereka. Jika dahulu saya terpukau dengan Down Again, kerana merasakan ia adalah era baru Chimaira, Salvation pula terlalu epik. Pray For All punya outro orkestra yang amat cantik. Lazarus pula adalah luahan peribadi Mark Hunter tentang rakannya yang membunuh diri. Peminat metal yang rindukan era Clash of the TItans mungkin akan menyukai CD ini, manakala peminat solo ala-ala Metallica lama, pasti merasakan Rob Arnold begitu taksub dengan katalog Metallica lamanya. Grab this!

KREDIT
Rob Arnold - lead guitar
Matt DeVries - rhythm guitar
Mark Hunter - vocals
Jim LaMarca - bass guitar
Chris Spicuzza - keyboards,synthesizers, backing vocals
Kevin Talley - drums

Produced by Ben Schigel and Mark Hunter at Spider Studios
Mixed by Ben Schigel and Colin Richardson
Engineered by Ben Schigel, Tony Gammalo and Tom Kubik
Mastered by Ted Jensen at Sterling Sound
Artwork, design, photography and art direction by Garrett Zunt
Additional photography by Todd Bell

No comments:

Related Posts with Thumbnails