Nothing new. Same old shit every year.
Sebenarnya sudah bertahun-tahun kegiatan seperti ini berlaku di Kuala Terengganu. Paling ketara setiap hujung minggu, ketika lewat petang atau tengah malam buta di merata ceruk termasuk jalan kampung seperti di kawasan Tok Molor. Pihak berkuasa dan kerajaan negeri sendiri nampaknya sudah tidak mampu nak membenteras kegiatan ini. Mungkin sudah 'buntu' barangkali.. Last sekali apa yang pihak berkaitan boleh buat ialah mengumpulkan mereka dalam satu majlis kemudian membahagi-bahagikan topi keledar dan jaket 1 Malaysia...
Menurut Sang Bahri, "Hok ni lah yang saya maksudkan. Dalam 100 meter je dari rumah saya. Lokasi ni betul-betul di jalan utama berhadapan masjid lama DB. Setan-setan rempit dan supporter mereka ni memang buta hati dan akal. Orang nok lalu nok gi solat nok keje buat apapun tak boleh. Saya pernah dengan hanya kayu sepotong, heret hambat balik diorang ni. Bayangkan saya sebatang tubuh kering ni 3, 4 kali pernoh dok amuk ratusan, ribuan haiwan-haiwan lior ni sekor diri! Kalau diorang pakat katok (pukul) saya balik pun boleh maut saya. Tapi Alhamdulillah, segerak rasa saya Allah izinkan dan diorang lari. Pasal diorang tahu diorang salah!! Tapi dok ROK lah saya untuk buat kerja gitu sokmo. Letih Tom bila seluruh jiwaraga dan tenaga diolah, dipusatkan menjadi gerak terhadap kebencian tersebut. Apa lagi bila ramainya manusia yang ada hanya kaget terkagum menonton adegan percuma sahaja daripada turut membantu. Di sini bukan niat nok riok besor diri tunjuk gagoh berani atau betapa bahaya tindakan gila saya boleh jadi tapi bila tahap sabar dah hilang dicabar dan orang ramai juga tak mampu bersatu, INI satu orang melayu bodo jugak bole kasi gerak! Maksud saya di sini, kalau ramai yang bersama pakat-pakat dengan tegasnya menghalang perkara mungkar ni lama doh selesai fenomena ni. SOALNYA NOK DENGAN TAKMBOH, BERSUNGGUH ATAU TIDAKNYA SAHAJA UNTUK KITA CEGAH....MEMIKIRKAN DAN MENANGANINYA.... MANA PERGI JKK, PIHAK-PIHAK AUTHORITY DAN BAPOK-BAPOK HEBAT YANG LAIN LAGI??? ..... Bukan sekadar tahu, tengok...... dan hanya hambat ceh-ceh-ceh sahaja."
No comments:
Post a Comment